24 July 2017

Misi Menghabiskan GAJI sebelum GAJI - Smiggle SALE

Esok gomen gaji, aku ingatkan harini. HAHA. Orang lain sebelum gaji, simpan duit, aku menghabiskan duit. Skali tak keluar, memang tak keluar, skali keluar, rabak, better duduk rumah kalau taknak cari nahas, hahaha.

Ni kes diana lah ni, dgn kak Yana Ujang, last week bagitahu aku, Smiggle ada sale, pencil-case Rm28 je, kalau tak Rm70, mak dah lama usha dari jauh, nak beli kat kakak Sophea. Tapi mengenangkan rm70, mak duduk jauh-jauh sikit. HAHA. ni dah offer, makan meh lah kita beli.

Skali skala, aku pun tak manjakan Princess dengan barang mahal-mahal, tapi kalau aku rasa aku ada rezeki lebih, nak hadiahkan kat anak, aku belilah. huhu. Tak salah kan, jangan risau, kita yang didik anak kita. Barang-barang smiggle ni mmg mahal, tak dinafikan, tp kalau skali-skala beli as a reward untuk anak, apa salahnya. hehe.

Cantik beg ni, tapi tengok harga, telan ailio, beg ni takde sale ye. HAHA.

Then sementara tunggu diana, singgah MPH, aku seram sebenarnya nak masuk MPH, tapi, singgah jugak sbb nak cari novel. HAHA. skali tengok ada book fair pulopppp. adudududud. ok lah usha-usha, mcm nak usha je, tapi TERbeli jugerrrr. HAHAHA. nasib sale.

beli mendalah ni untuk kakak, nak bagi dia rasa seronok untuk belajar, main sambil belajar kekdahnyaaa. hahaha. sale tadi, jadi rm30 lebih je, murah kan! Then beli buku untuk adik juga, senang! nanti ajar kakak, takde lah adik kacau. adik baca buku adik okays!

Yeay! NOVEL yg dicari, aku mmg dari dulu ikut novel dari Siti Rosmizah ni, ehhhh skali ada keluar plak Andai Itu Takdirnya 2, adududuududud. lemahhh! novel yg sebelah tu, beli pun tak habis lg baca hoi! ni dh beli yang baru, bila nak baca ni, sayangggg jom lepak tepi pantaiii, acah-acah duk tepi pantai baca novel. #berangan. Novel dapat less tadi, rm32 jeee. Korang cepat pergi beli. #teamSitiRosmizah

See, dalam pada nak jimat-jimat, penuh tangan, hahaha. nasib semua sale. kofkofkof. TQ kak ain sebab temankan hamba. Nanti kak ain beli tau buku omputih tu. kihkih. 

1 landyard untuk ibuu, satu pencil case untuk kakak, mesti kakak suka, nanti kakak belajar pandai-pandai lagi, ibuu beli hadiah lain pulak untuk kakak. Aku suka bila kakak ada achieve apa-apa, aku akan hadiahkan sesuatu untuk dia, untuk naikkan semangat dia, tu cara aku, jangan kecam pulak. Mungkin cara kira berbeza, mom knows best kan. ok BAI!
Read More ->>

Report Card Day Sekolah Kakak Sophea

Hai! Assalam, sihat ke semua? Monday blues ke? nammo lah monday-monday blues, tak helokkkk, aku harini tak monday blues punnnn, sebabnyaaa, harini kesiangan, hahaha. Tu yang jadi kelam kabut, laju-laju bangun, solat, gosok baju, siapkan kakak, zasss pergi kerja, luls. Tak sempat nak bernafas, mengah! HAHA.

Nak cerita pasal report card day kakak hari Sabtu haritu, orang lain sibuk beraya sana sini, kami amik report card, then mereput kat rumah, HAHA. Papa busy work sana sini. Takpe lah, papa cari duit sikit.Kakak je beraya sakan ikut nenek sabtu tu. Ibuu dengan adik duduk rumah. Budak manja tu suka sangat lah ibuu duduk menempek je dengan dia kannn!

Besar dah kakak, nampak anak dara sangat! Budak manja. Tapi sejak ada adik, dah tak boleh manja sangat, bermanja dengan nenek jelah, adik conquer ibuu sepenuhnyaaa. Kesian kakak. Hari Sabtu tu dia excited nak pergi school, sebab semua orang pergi school bawa parents, dia siap cakap, ibuu, kakak tak payah pakai tudung ke? haha, tak payah lah kakak, kejap je. HAHA. adesss.

Kami sampai school kul 10am, dah ramai dah orang, tapi tunggu sekejap je, sempat jugak kakak bedal nasi lemak, padahal dah makan nasi goreng nenek masak kat rumah. Dasar kuat makan. Tapi kurus. hahaha. takpelah kurusss, kata model. hihi.
Then lepas habis makan, teacher panggil, Teacher Nadzrah, untuk kelas 5y, masuk-masuk je, teacher tunjuk result, aku sebenarnya debor tau, sebab kakak mmg kurang belajar kat rumah, belajar sekejap-sekejap je, mcm aku cakap tadi, adik mmg menguasai ibuu sepenuhnya. Sampai tak sempat ibuu nak ajar kakak sangat. So aku tak letak expectation yang tinggi untuk result kakak.

Tapi bila tengok result kakak, aku bangga juga, dengan hanya belajar di sekolah, then just belajar sikit-sikit je kat rumah, kakak boleh juga score, Alhamdullillah, tidak lah teruk sangat result kakak, boleh improve lagi.

Aku tengok kertas periksa dia, boleh tahan juga, sebab kakak mengadu masa exam haritu, " kakak tak boleh buat exam, susah, teacher tak nak tolong kakak " hahaha. Alololo kesian kakak. aku pun tanya teacher, ni semua buat sendiri ke? teacher kata " aah, sebab nak tengok budak tu di tahap mana ". betuk jugak, kalau teacher ajar, baik tak payah exam.

Tapi ashu cik marah, kenapa semua reading B, hahaha. mcm ibuu cakap lah, ibuu kurang masa untuk kakak. Takpe, lepas ni, ibuu akan cari masa, lebih tumpukan perhatian kat kakak. ibuu mintak maaf kakak. Lepas ni kakak ada bilik study sendiri, mesti lagi best kan. Kita cuba baiki result ni okay! Ibuu tau, kakak budak pandai.

Tengok lah si adik tu, yo yo ooo je, macam dia pun nak amik result jugak, rasa nak pok je montot. haha. Adik dah nak masuk 8 bulan, dah besar sikit. dah boleh kot ibuu bagi semula sikit masa tu kat kakak ye dik. Jangan mengada sangat, amboiii iyer tu.

Sains mmg drop habis, haha. teacher kata semua murid drop, kenapa eh? korang suh budak buat experiment eh? hahaha. Reading semua B, so lepas ni kena improve sikit reading skills ya kakak. Alhamdulillah Bahasa Arab and jawi boleh score, good job kakak! nanti ibuu bagi hadiah okay!

tu je nak cerita, oh nak bagitahu, roti ni TAK SEDAP! hahaha. RM1.30, tak yah lah beli, HAHAHA. ok bai!
Read More ->>

21 July 2017

Rasa Macam Nak Update Blog

HAHAHAHA tajuk apekah ittew, holloh holloh busynya i issss, mcm-mcm hal, isnin sampai rabu haritu i Kursus, HD File-base Workflow, kemahen, kami kena cukupkan kursus 7 hari setahun, aku baru ada 4 hari, haha. Dalam masa kursus pun sempat lari-lari jap pergi HQ Young Living amik minyak, then lari-lari pergi jamuan raya. memang penat lah berlari-lari sana sini. Untung Muhammad Fadhlan dapat bini cam ni, berdikari. HAHA. #ehh

Macam-macam cerita kat FB, dalam banyak-banyak cerita, aku paling terkesan dengan kes budak TERTELAN cincin tu, aku pun akui, dulu masa aku ada Princess, mmg excited, bagi pakai cincin segala, ingat lagi, masa tu raya, aku pakaikan cincin tu, last-last masa adik ipar aku pergi cuci tangan dia kat singki, cincin dah takde, huaaaa nanges! sebab cincin tu agak tebal, aku syak cincin tu masuk dalam lubang singki. Lepas tu aku terus tak bagi dia pakai dah cincin. simpan!

Dan aku bersyukur gak, tidak pulak masuk mulut, kalau masuk mulut, mau aku fobia. Bayangkan anak tertelan cincin, ngeri weiii! Terbaru, tertelan brooch plak, Ya Allah, itu lagi ngeri, ada jarum, haih, tak boleh hadam weiii. ngeri. Aku sejak ada Alfi, memang aku tak pakai pin kiri kanan bahu, sebab mmg takut, 1- sebab aku dukung alfi, risau terkena muka dia, 2- sebab tu lah, risau tertelah ke apa, mintak simpang lah. Takutnyaaaa. Biar lah orang kata aku ustazah ke apa, janji aku avoid benda-benda yang " mungkin " berlaku.

Korang dengar tak Sepahtu Sinar tiap pagi, aku dengar tiap pagi, Jerat sepahtu dah sampai 10k weii, sampai harini takde pemenang, aku likeee errr, kalau aku menang kan best! hahaha. Tapi aku ni tak boleh, jenis nervous sgt, belum pape kang aku dah jawap TAK, haha. Syarat dia, tak boleh sebut " YA, Tak Ermm, Ahhh " masa dorang tanya soalan. nampak sangat perkataan tu kita dah immune kan, hari-hari guna perkataan tu, tu yang sampai terkumpul 10K takde sape menang tu.

Alfi selsema, dah 2 hari, semalam batuk. 2 benda tu aku paling tak suka, sbb Alfi kalau batuk, mmg teruk, hurmmm. Tapi selsema dah kurang lepas sapu RC dari Young Living, tinggal batuk je, malam tadi sapu jugak vick kat dada dia, pagi tadi sedut hingus, nampak dah hijau, tapi berkurang, tak pe, esok cuti, ibuu process hidung awak tu, tunggguuuu! hahaha.

Esok nak pergi ambil report card kakak. Nervous lagi, hahaha. semua pun nak nervous, kahkah. Ntah num berapalah kakak dapat nanti, takpelah, percubaan, aku tak salahkan kakak, sbb dia study dalam keadaan tak sempurna, aku sibuk BF adik, asal dia nak belajar, mesti adik kacau, tarik rambut, tarik buku, kesian kakak. insyaAllah nanti kakak akan dapat tempat study yang lebih sempurna. Kakak suka belajar, tapi tu lah, ibuu sibuk dengan adik, papa kerja, tapi now adik mcm dah boleh main sendiri, dah boleh tumpu kat kakak pulak.

Adik nampak mcm dah nak tumbuh gigi, dah merangkak, tapi yg laju nya ke belakang, kedepan masih terhangguk-hangguk lagi, 2 3 langkah ke depan, then tersembam, hahaha. Alfi? manja yang hamat wei, tak mcm kakak dulu. kakak sado! adik manja.

Aku masih lagi belum start baking, ntah bila nak mula, rindu sangat nak bake Pavlova, Pavlova Laici kan tengah trending skrg, adudududu, tp tak dapat nak buat, Alfi merap sangat. Ramai PM, Wasap nak order brownies and pavlova, tapi x mampu nak menunaikan hajat mereka. sobs. InsyaAllah, tunggu alfi besar sikit.

Aku aktif jual Young Living, sebab mmg dapat sambutan, Tak sangka EO ni sangat bagus, serius korang, kalau tak percaya boleh cuba, kalau tak, takkan aku boleh bertahan, dah masuk bulan ke empat, semalam dapat EO orange for free sbb masih bertahan sampai bulan ke empat, anak-anak aku pun dah makin ramai, happy pulak rasa. aku pernah rasa nak give up. tapi skali cust datang, jadi semangat balik.

Ok lah, banyak dah bebel, nanti borak lagi. BAI!

LOVE, vivy #ehhh. RARA. HAHA.
Read More ->>
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...