24 April 2011

takut cabut GG? ni solutionnya.

hah sape taku cabut gg?
angkat tgn cepat.i pon takut sgt cabut gg,
arrgghhh tak suke,dgr bunyi dye punye drill tu.
mcm mana ke nk buat bunyi dye.tak reti lah pulak.

i baru tau bout rawatan akar tu,
afta dis bg sape yg takut nk cabut tu leh buat 
rawatan akar gg kat hospital kerajaan.
dye mematikan gg tu.



Rawatan salur akar (rawatan endodontik) merupakan salah satu rawatan pilihan bagi gigi yang telah dijangkiti atau rosak atau mati agar gigi tersebut tidak dicabut dan boleh terus kekal berfungsi di dalam mulut. 

Apakah ciri-ciri gigi yang memerlukan rawatan salur akar?


  • Gigi yang rosak teruk atau mempunyai tampalan yang besar hingga melibatkan lapisan pulpa.
  • Gigi yang telah mati.
Kenapa rawatan salur akar perlu dilakukan?


Rawatan salur akar dilakukan supaya gigi yang rosak itu tidak dicabut yang mana akan dapat mengekalkan gigitan dan fungsi gigi.


Apakah akibatnya jika rawatan ini tidak dibuat?

  • Ketidakselesaan atau kesakitan akan bertambah teruk.
  • Jangkitan atau nanah akan terjadi pada gigi tersebut.
  • Gigi itu mungkin terpaksa dicabut.

Prosedur



Rawatan ini mungkin memerlukan satu hingga dua atau lebih temujanji.
Salur akar (kanal) gigi akan dibersihkan terlebih dahulu dengan
menggunakan peralatan dan ubatan sebelum ianya ditutup.


Soalan yang kerap ditanya


Adakah rawatan ini menyakitkan?

  • Kebiasanya rawatan ini tidaklah menyakitkan. Bius setempat kadang- kadang digunakan jika perlu.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...