26 May 2011

SITI NURHALIZA nak jadi Askar Wataniah

Penyanyi nombor satu negara Datuk Siti Nurhaliza Taruddin dijangka menyertai Rejimen Askar Wataniah dalam masa terdekat.
Menurut Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Siti bersetuju menyertai pasukan tersebut selepas direstui suami, Datuk Khalid Mohd Jiwa.
"Siti bersetuju menyertai Askar Wataniah atas sokongan suaminya," 
Seorang lagi penyanyi, Jaclyn Victor, dan bekas pengacara TV3 Maznah Zolkifli turut melahirkan hasrat menyertai pasukan sukarelawan itu.
Tambah Ahmad Zahid, dia turut mengajak beberapa pelakon lelaki untuk menjadi askar wataniah.
"Mereka dijangka menyertai dalam masa terdekat dan majlis pelancaran akan dijalankan sebelum mereka menjalani latihan sebelum bulan Ramadan," katanya.
Sesiapa yang menyertai Rejimen Askar Wataniah perlu menjalani dan menamatkan latihan 39 jam dalam masa setahun mengikut kelapangan masing-masing sebelum ditauliahkan. Ahmad Zahid berkata selebriti yang menyertai rejimen itu dapat dijadikan sebagai ikon untuk menarik minat lebih ramai individu di bawah usia 35 tahun menjadi askar wataniah.
Beliau juga berkata Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sedia menjalankan tugas sampingan bagi misi mencari dan menyelamat mangsa-mangsa yang terlibat dalam bencana alam.
Katanya meskipun tugas hakiki ATM khususnya Tentera Darat menjadi benteng menjaga kedaulatan dan keamanan negara, pasukan itu sentiasa bersedia menjalankan misi yang memerlukan khidmat mereka.
"Malaysia adalah sebuah negara aman dan tidak terlibat dengan perang maka dalam keadaan aman, tentera darat dan lain-lain perkhidmatan bersedia untuk menjadi tentera 'rakyat'," katanya-mstar
cayalah sini,mmg salute lah kt dye ni.dh nak jd askar pulak.i ni bukan nk ckp lah.kalau jadi askar,mau nanges je dulu.blum pape ag jadi dh nanges.hehe.siti i rasa boleh dijadikan artis yg betulbetul berjaya dlm life dye.dr sorg gadis yg biasa,sehingga jadi gadis yg luar biasa.dye mmg hebakkk.dye pun mesti tak jangka life dye akan jd mcm ni kan.besh nya.dye naik naik dan naik.she's lucky!

p/s : pas ni mesti ramai yg berlumbalumba nk jd askar kan.

3 comments:

Bazilah said...

woh, tak dapat bayangkan siti jadi askar..burned la kulit die yg mulus tu nanti hohoh. anyway, goodluck siti ;D

tia @ Ini Kisah Tia said...

wow ! Tia pun tak sanggup .. dasat la ct ;)

Munirah said...

salute dekat siti!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...