salam,haihai.1st of all.i nk wish congrats to my friend yg
telah selamat di ijab kabul.congrats,moga anda anda kekal
hingga ke akhir hayat.dan juga moga cepatcepat dpt baby
yg comels comels eh.ni list friend i yg dh kawen.ngeh3.
*sorry tak dpt nk hadirkan diri sbb clash dgn majlis lenggang perut
my aunty.actually not really lenggang lah.just biasabiasa je.
kalau lenggang perut yg betulbetul nk tau cane?meh nk tunjuk
firman and eja
marul and faezah
suria and iz
my housemate bro - piccy tak dpt dikesan.hee
-curik piccy from thier FB.thnks.heee
MELENGGANG PERUT
Adat melenggang perut kebanyakannya lebih difahami masyarakat Melayu di selatan semenanjung manakala di sebelah utara semenanjung lebih dikenali dengan panggilan kirim perut. Adat ini ialah suatu adat yang dijalankan ke atas seorang isteri yang telah genap tujuh bulan hamil dan ia bertujuan untuk meletakkan kedudukan bayi di dalam perut di tempat yang sepatutnya, iaitu bahagian kepala di pintu rahim. Ini penting bagi memudahkan si ibu bersalin dan bayi tidak kelemasan di dalam perut. Maka pada masa itu, bidan akan dipanggil untuk memeriksa dan menentukan isteri yang hamil itu betul-betul telah genap tujuh bulan hamil atau belum cukup bulan lagi. Jika didapati sudah genap tujuh bulan isteri itu hamil, maka mulailah bidan itu diupah untuk melangsungkan adat melenggang perut ini. Kelengkapan yang mustahak perlu disiapkan untuk menjalankan adat ini. Antara kelengkapan tersebut disediakan adalah seperti berikut:
• Tujuh helai kain yang berlainan warna.
• Satu gantang beras.
• Sebiji buah kelapa.
• Beberapa urat benang.
• Satu batang damar.
• Sedikit minyak kelapa atau minyak urut.
• Beberapa batang lilin.
• Satu tepak sirih, yang lengkap dengan isinya.
• Pengeras wang sebanyak lima suku ($1.25) di dalam tepak itu.
Setelah semua barang tersebut disediakan, tok bidan akan menjalankan adat melenggang perut seperti berikut:
Mula-mula tok bidan membentangkan ketujuh-tujuh helai kain berwarna itu secara melintang sehelai demi sehelai. Ibu yang hamil itu akan dibaringkan di atas lapisan-lapisan kain tersebut. Kemudian, perut ibu itu akan diurut dengan minyak kelapa atau minyak urut secara perlahan-lahan.
Selepas itu, kelapa yang sudah dikupas tersebut akan diguling-gulingkan secara perlahan-lahan di atas perut ibu itu ke atas dan ke bawah sebanyak tujuh kali dan pada kali yang ketujuh itu, kelapa itu akan dilepas serta dibiarkan jatuh bergolek daripada perut ibu itu sambil diperhatikan oleh tok bidan itu. Tok bidan akan memerhatikan bagaimana kedudukan muka atau mata kelapa itu setelah berhenti bergolek. Jika mata kelapa itu menghala ke atas, ibu itu akan beroleh anak lelaki, dan jika ia menghala ke bawah, anak perempuan akan dilahirkan.
Setelah itu, sebelah tangan tok bidan akan memegang satu hujung kain lapisan atas sekali dan dengan tangannya yang sebelah lagi, dipegangnya hujung yang satu lagi. Kemudian kain itu diangkatnya sedikit sambil dilenggang-lenggangkan badan ibu itu. Dari sinilah terbitnya panggilan Lenggang Perut itu. Selepas itu, kain itu ditarik keluar daripada bawah badan ibu tersebut. Perbuatan ini akan dilakukan sehingga habis ketujuh-tujuh helai kain itu dikeluarkan dari bawah pinggang ibu tersebut. Kain yang di bawah sekali akan diberikan kepada tok bidan bersama-sama dengan kelapa, beras, damar, sirih pinang beserta dengan wang pengeras lima suku di dalam tepak sirih itu.
Biasanya, pada hari melenggang perut akan diadakan kenduri kecil-kecilan yang akan dihadiri oleh orang tua-tua dan kaum keluarga yang rapat. Pada masa kenduri itu berlangsung, si ibu yang akan melenggang perut itu akan dipakaikan dengan pakaian yang baru dan cantik.
but! menurut masyarakat skrg adat melenggang perut ni
tak elok di amalkan sbb dianggap khufarat khurafat.
tu sbb skrg ni dh tak banyak dh amalan melenggang perut
diamalkan,dan digantikan dgn "baby shower"
ala yg mcm artisartis buat tu.baby shower ni pulak dh mcm
kebaratan pulak,but ikut lah mcm mana cr korg nk adaptasi kan
benda tu,terpulang kepada cara masingmasing lah ye.
*baby shower is : 'sirami bakal ibu dengan hadiah' adalah majlis untuk meraikan bakal ibu yang mengandung sulung ketika usia kandungan mencecah tujuh hingga lapan bulan

![]() |
dynaz baby shower |

ade lagi ke eh amalkan melenggang perut..rsa jijah da kurang dan mungkin d kg2 la ade sikit2..hehe
ReplyDeletebtway kawan2 dah kawin..xlama g rara ler tu..jgn lupa invite tau..
dulu masa mengandung..ada gak buat melenggang pewot ni..tapi nama je...takde apa2 pun..tak kena golek kelapa atas pewot ke apa...just kenduri doa selamat je....
ReplyDeletebuat kenduri doa selamat je....lebih afdal kn....
ReplyDeletebunga pun dengar xleh..cz khurafat..kat kg bunga ada wak gak tapi sekadar panggil orang ramai doa selamat..n jamu makan..tapi dipanggil melengga perut gak..
ReplyDeleteteringin nak buat baby shower satu hari nnt...
ReplyDeletesuka entry awak best..kakak saya pnh wat lenggang perut jgk..jom follow saya balik dan komen disini
ReplyDeletehttp://menulisdenganhati.blogspot.com/2011/06/bercinta-sebelum-kawin-vs-bercinta.html
melenggang perot pn oke jgak..:)
ReplyDeletehttp://takkeciksgtpown.blogspot.com/2011/06/lelaki-vs-perempuan-sapa-lagi-terer.html
akak ke duanya tak penah buat lagi...walaupun anak dah 2...
ReplyDeletemelenggang perut??
ReplyDeleterase kat negeri kelantan je kot yg buat kn??kn??
selamat pengantin baru :)
ReplyDeleteCIK RARA,
ReplyDeleteBABY SHOWER MY 1ST SON, BYK PERESENT.YG BEST TU TUK MAMA PON BYK....BEST BEST.RASA NAK PREGNANT LAGI LAK...HEHEEE
kawan echa pun ramai yg dah kawin..hehe..
ReplyDeletebtw, setuju dgn cik panadol..
hehe :)
khurafat semuanya tu..akak tak pernah buat.so majlis doa selamat je biasanya bonda buat waktu akak 8 bln
ReplyDeletebetol ! buat kenduri aje . hehee . kak , dah canti balik template akak dengan polka dots . ngee ;)
ReplyDeleteuntuk 3 kali mengadung, memang akak tak buat pun melenggang perut.. baby shower apatah lagi.. he..he.. rara share kat sini pasal melenggang perut tu, baru akak tahu mcm mana caranya.. sblm ni mmg tak tahu..
ReplyDeletemacam2 sekarang ni...
ReplyDeletebesnya dapat baby :D
kat kampung sya masih ada lagi adat ni..saja tanda kesyukuran,,tak lama lagi nak dapat anak..=)
ReplyDeleteada lagik adat melenggang perut ni, kita peranh denagr kawan wat kat kampung dia...masing2 punyer cara la kan
ReplyDeletesaya nak tahu sekarang ini kan dah tahun 2018....
ReplyDeletemasih ada lagi ke orang yang mengamalkan adat ini? dan masih ada boleh kalau saya nak tahu di mana tempat itu. tq