01 June 2011

apa DOSA ku! perjuangan Sybil Kathigasu

i tak ingat bile cite ni kua.
i tgk pon sbb ada ditayangkan kt astro citra.
bapak sadis cite ni,cite pasal sorg jururawat 
yg sanggup berkorban utk melindungi insan lain
drpd kekejaman jepun.then dye kena tangkap dgn jepun,
kena dera kawkaw.kena rotan,kena ikan,kena sepak banyak kali.bygkan lah.sakitnya.last skali masa nk klimax,
dye tgk jepun nk bakar anak dye hiduphidup.
apa perasaan korg masa tu,i tgk cite ni nanges kot.
hmm mmg seday giler.

jepun mmg kejam masa tu,rogol org,bygkan dlm 1 family,anak preggy,mak pon preggy.sian giler,hidup dlm kebuluran,tibe kite skrg terlalu agungagungkan jepun.i pon kadangkadang suke sgt ngan cite jepun.suke tgk muka comels dorg,but bile tgk citecite
perjuangan org kite dulu menentang kekejaman jepun,i jadik benci giler kt jepun.seyes.i rasa if u oulsss tgk cite ni pon u oulsss jadi bencik kat jepun.try lah tgk.hmmmmm mencik!
bayangkan kena dera cm ni.kena ikat.
Apa Dosaku mengisahkan kehidupan seorang wirawati semasa penjajahan Jepun. Sybil Kathigasu, seorang jururawat dan bidan bersama keluarganya, terpaksa melarikan diri ke Papan bila Ipoh ditawan Jepun.
Di situ, Sybil dan suaminya mendirikan klinik untuk merawat orang di Papan. Bila diminta untuk merawat guerila yang menentang Jepun, Sybil memberi kerjasama dan komitmen sepenuhnya kepada perjuangan mereka.
Selepas beberapa tahun, penglibatan Sybil didedahkan kepada Jepun dan dia sekeluarga ditangkap.
Jepun menyeksa Sybil dan suaminya untuk mendapatkan maklumat mengenai operasi gerila, namun mereka tetap dalam pendirian mereka, dan tidak berkerjasama.
Sybil mengalami kecederaan parah tetapi diselamatkan bila Jepun menyerah kalah.dibintangi oleh Elaine Daly sebagai Sybil Kathigasu, Paranee Damodaran (Dr AC Kathigasu), Beto Kushyairi (Mat Yunus), Zahiril Azim (Rahmat), Cheryl Samad (Hamidah) dan Khatijah Tan (Mak Som).
Sybil lebih daripada itu kerana jururawat berani itu adalah seorang yang bijak selain percaya kepada keadilan serta Tuhan.
"Dia boleh membuat perancangan. Oleh kerana Jepun telah mengepung bandar ini, bagaimana kita mengatasi halangan ini? Siapakah yang boleh membantu dan memastikan sekeluarganya selamat? Siapa mereka yang dirasakan kurang membantu?
"Dia sangat bijak dan menenteramkan orang di sekelilingi dengan keyakinan tinggi dia mengawal situasi. Semua orang termasuk suami, anak, jiran dan komuniti bergantung kepadanya," jelasnya.

5 comments:

Azzah said...

best citer nih.astro ulang banyak kali pun tak jemu-jemu tengok.

daddyzkool said...

adoi...jarang tengok tv...hehe

cik azeya said...

kalau saye, mmg tak lah nak tengok cerita macam ni.

baguslah awk. >.<

diana said...

kenapa akak tak pernah tengok cerita ni..
tapi akak tau la pelakon dia eline ke apa namanya entah..kan???

ABU said...

tak penah tengok cite ni..:(

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...