13 June 2011

JIMMY SHANLEY : luahan hati seorg suami.

"INAI masih merah di jari, isteri dah lari. Kami sempat duduk serumah selama 20 hari tetapi kalau diikutkan, saya hanya dapat bersamanya 10 hari. Bulan madu saya pun tidak seperti orang lain.
Mulanya rancangan diatur untuk pergi berbulan madu ke destinasi lebih jauh dan romantik tetapi kerana keadaan kami tidak seperti pasangan pengantin baru yang lain, kami rancang untuk pergi ke Koh Samui, Bangkok dan Bali saja. Itupun, apabila sampai di Koh Samui, dia dah ‘lari’. Katanya, dia hendak ke Bangkok seorang diri.
Saya dah letih hendak memikirkan apa berlaku antara saya dan dia. Perasaan saya bercampur baur. Semakin lama dia pergi, semakin jauh. Dia ada anak angkat dan dia lebih suka tidur bersama anak angkatnya daripada melayan suaminya.
Saya dah tak kuasa hendak menyembunyikan perkara sebenar kerana semua orang dah tahu. Kalau ikutkan hati, hendak jadi apa pun jadilah, tetapi bila memikirkan anak kami yang sedang dikandungnya, hati saya jadi sebak, pilu dan sedih. Apa hendak jadi dengan saya, ada isteri macam tak ada isteri.
Dia sempat bermalam di rumah saya di Putra Heights, semalam saja. Apabila dia mahu duduk bersama saya, alangkah gembira rasa hati kerana dalam angan-angan saya dapatlah kami hidup bahagia seperti orang lain.
Di rumah itu semua saya sediakan, bahkan makan minum pun saya yang buatkan. Kain baju, saya hantar dobi. Dia tak perlu buat apa-apa dan saya tak kisah asalkan dia gembira. Bangun pagi, sarapan sudah terhidang. Namun, dia lari juga dari saya. Apa lagi perlu saya buat untuk menambat hatinya, bingung jadinya.
Sejak dia keluar rumah dan tak balik lagi, setiap hari saya menunggunya. Apabila terdengar kereta berhenti depan rumah, pantas tangan menyelak langsir, manalah tahu kalau dia yang balik. Berbulan saya menunggu tetapi hampa belaka. Dah kering air mata mengenangkan keadaan rumah tangga kami.
Saya tahu dia mengandung pun daripada orang lain dan wartawan yang bertanya kepada saya. Hancurnya hati, sebagai suami saya tak tahu apa-apa mengenai isteri. Orang lain lebih tahu daripada saya.
Sudah bermacam cara saya buat untuk mengambil hatinya, tetapi dia tetap tak mahu berjumpa saya. Kalau orang lain bahagia berkahwin, tetapi saya pula hanya mendapat malu dan sengsara. Saya tidak pernah berniat menumpang hartanya atau keluarganya, cuma mengharapkan sebuah rumah tangga yang bahagia.
Sebelum berkahwin, saya tidak pernah membenarkan mana-mana media mengambil gambar rumah, tetapi selepas berkahwin saya terpaksa melakukannya untuk membuktikan saya memang mampu menyara hidup kami berdua. Saya tidak mengambil sesen pun harta keluarganya.
Sebaik saja tahu dia mengandung, teringin benar hati ini untuk menjaganya, membawanya menjalani pemeriksaan di klinik dan melihat gambar imbasan bayi kami. Namun, saya tak merasa itu semua.
Saya ini bapanya, tetapi tiada apa yang dapat saya lakukan. Saya hanya boleh membayangkan saat-saat indah itu. Saya juga tak tahu bila dia hendak bersalin, khabarnya dalam sehari dua ini. Meronta hati ini untuk mengetahui jantina bayi itu.
Sebagai menyambut kehadiran orang baru itu, saya membeli peralatan bayi. Saya melihat dan membeleknya setiap hari, semakin saya memandangnya, terasa sangat sedih. Kasihan si kecil itu. Sebaik saja mendengar tangisannya nanti, saya mahu mengazankannya tetapi adakah saya akan dapat peluang itu. Saya mahu menjaganya kerana saya tahu, saya boleh menjadi bapa yang baik.
Pada awal kehamilannya, ibu mentua saya berjanji mahu menyerahkan bayi itu kepada saya tetapi sekarang rentak percakapannya sudah lain. Sudah terlalu banyak mereka menabur janji, saya tak tahu janji mana satu yang betul.
Saya serahkan segala-galanya pada Allah SWT. Bagaimana dan macam mana rupa bayi itu, saya mahu menjaganya dengan sepenuh kasih sayang.
Saya tak tahu dia ini macam mana orangnya, macam tak ada hati perut. Ke manakah pergi kewarasannya sebagai manusia. Dia lebih pentingkan kawannya daripada suami. Setiap orang ada kisah silam dan saya pun bukan orang yang sempurna.
Lupakanlah cerita lama dan bina hidup baru. Rupa-rupanya itu cuma harapan dan impian saya seorang, sedangkan ingatan dan fikirannya entah ke mana. Ingatkan selepas berkahwin, dapatlah lebih mengenali hati budi isteri tetapi kami semakin terpisah jauh.
Ketika mula mengandung dulu, alasan berjauhan dari saya kononnya tidak tahan bau badan suami. Alahan orang mengandung. Saya terima, tetapi sampai berapa lama. Orang lain mengandung juga, kalau tak tahan bau badan pun, setakat berpisah bilik namun masih tinggal sebumbung.
Dengan sekian banyak alasan, saya dah muak mendengarnya. Selepas bersalin nanti, entah apa pula alasan diciptanya. Ada juga saya dengar, selepas bersalin dia mahu membawa anak kami lari ke luar negara. Aduhai hati… sudah terlalu lama ‘engkau’ menderita. Bilakah akan berakhir.
Dalam kegelisahan dan kehampaan ini, tiada tempat hendak mengadu. Sejak kecil, emak dan ayah sudah pergi menghadap illahi. Hanya kepada Allah SWT saya serahkan segala-galanya. Dia ke umrah bersama keluarganya pun tidak minta izin saya.
Apapun, saya tetap mendoakan kebaikan untuknya dan dengan harapan tinggi menggunung moga kelahiran bayi itu nanti akan menyatukan kami semula.
Bersama sekeping hati yang duka, saya pergi mengerjakan umrah baru-baru ini. Saya memanjatkan doa ke hadrat Ilahi supaya memberi ketenangan dan kekuatan untuk menempuh hidup ini.
Alhamdulillah, sekembalinya dari Tanah Suci, saya rasa tenteram dan tidak lagi terikut-ikut kata hati. Saya akan lalui saja apa yang ditetapkan oleh Yang Maha Esa. Untuk mendapatkan kekuatan, saya baca buku motivasi dan agama.
Sesungguhnya sebagai isteri, tidak sukar untuk mencari keredaan Allah. Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: “Seorang perempuan yang menegakkan solat lima waktu, berpuasa pada Ramadan dan mematuhi suaminya akan memasuki syurga melalui pintu mana saja dia suka.” Andai kata dia mahu kembali kepada saya, saya sedia memaafkannya dan menerimanya. Saya mahu bayi yang bakal lahir itu mempunyai keluarga sempurna.
Imbas kembali detik melalui tempoh pertunangan, pernikahan dan malam pertama, sebaknya hati tidak terkata. Sepanjang tempoh pertunangan pun, dia tak mahu rapat dengan saya. Ada saja yang tak kena.
Dua minggu sebelum berlangsungnya kenduri dan majlis persandingan, kami ambil gambar praperkahwinan di Cameron Highlands, itu pun dah kecoh.
Oleh kerana jodoh kami kuat, kami bernikah juga. Selepas itu pun, banyak benda yang merepek-repek dan huru-hara jadinya. Tiba malam hendak bersanding, dia tetap dengan perangainya.
Jika orang lain naik pelamin dengan wajah ceria, saya rasa biasa saja. Malam pertama, pasangan pengantin baru diulit bahagia, saya pula lain ceritanya.
Jika dia tak mahu juga berubah dan masih tidak dapat menerima saya sebagai suami, tunggulah kes di mahkamah nanti. Kalau boleh, saya tak mahu masalah kami dibawa ke mahkamah kerana akan mengundang aib, tetapi saya terpaksa melakukannya kerana perlu pertahankan hak saya.
Peliknya, dia berkahwin dengan saya bukan kerana dipaksa keluarga tetapi atas kemahuannya sendiri. Pada hari jadinya tahun lalu, apabila ditanya ibu bapanya, dia mahu hadiah apa, katanya dia hendak berkahwin dan ciri lelaki yang diidamkannya adalah saya. Kami pernah berjumpa lima tahun lalu dan pernah mengambil gambar bersama.
Kebetulan ketika ibunya datang berjumpa saya, saya masih solo dan segala-galanya diatur untuk menjodohkan kami berdua. Entahlah, saya tak tahu hendak kata apa lagi. Agaknya kerana saya penyabar, Allah SWT berikan saya ujian ini.
Sesungguhnya Allah SWT berikan ujian itu mengikut tahap kemampuan hamba-Nya. Jika itulah ketentuan hidup saya, moga Allah SWT kuatkan iman dan hati ini untuk menghadapinya.
Saya tak suka hendak bercerai-berai, tambahan saya artis. Nanti masyarakat ingat, artis ini tak ada kerja lain, asyik bercerai saja. Apabila orang dah tahu kisah rumah tangga saya, hendak keluar rumah pun malu dengan jiran tetangga.
Apabila kawan datang ke rumah ajak keluar makan, baru saya keluar. Beratnya tanggungan ini. Hanya Allah SWT yang mengerti derita saya.”-beautifulnara 
i tak tau nk komen apa,yg i boleh ckp.
jimmy mmg seorg suami yg sabar.sabar yg amat.
sape kata SETH TAN tak wujud,apa yg jimmy buat.
mmg nak dekat sama dgn watak seth tan.sabar lah jimmy.
ALLAH sedang menguji kamu.
to wife jimmy : knp lah kamu mcm ni?
bukan senang nk jumpa lelaki yg baik skrg ni.
sedih sgt!

29 comments:

leya said...

seriously sdh + trharu bce sttment die ni smlm kt paper...trgamak wife die bt cmtu kt suami die ni yg syg gler2 kt die..xbrsyukur btol... sian sgt kt jimmy ni kn.. pnyela sabar die mnnti isteri trcinta die blk ke pngkuan die..btol kte jimmy tu kalo btol xde prasaan kasih n cinta knapa mse nk ajk kawen die stuju je kn... bgus jimmy ni, die tau t'jwb die n btol2 nk pikul t'jwb tu tp ade org yg xhargainye n xnk trimanya...wallahualam

Mama Gee said...

Pelik bila pkkan isteri dia tu..apalah agaknya masalah..nk kata kahwin paksa tak...suami dh baik..penyabar..hensem...pun leh buat camni..kalo dh bertahun kahwin masuk akal gak lah..kot dh tak cinta...dah nampak perangai sebenar...ni br je kahwin dh lari...huhuhhuu sedeynyaa..

ASaDa RyutaRo said...

kesian lak ngan jimmy. walaupun tak kenal sangat dengan jimmy, selalu tengok dia dalam trek selebriti je dulu, tapi tahu dia baik orangnya..

semoga jimmy diberi ilham untuk pilih jalan yang terbaik.

mOoN said...

moon nanges!! huhuhuhu... sedih bila jadi hal cam ni... as a wife even x sampai sebulan, keinginan untuk hidup sebumbung dengan suami memang kuat... maybe jarak dan keadaan memisahkan kami buat masa ni...

but macamana wife jimmy ni blh jadi cam ni? x bersyukurkah dia dihadiahkan seorang suami yang penyayang?

YA ALLAH,, lindungilah ikatan kami.. Jauhilah kami dari perkara-perkara yang mengaibkan... amin...

leyzajamil said...

kasihan kan..memilih isteri pandang pada rupa semata2 memang tak kekal lama, yang penting kenali hati budi sedalam2nya dan pengetahuan asas agamanya. hmm jimmy..jimmy..

Munna said...

hDOI...mmg sedih baca luahan jimmy tu...mgkin btul ada sbb knp wife dia mrh sgt smpai xnk blk,tp apepun dia ttp bdosa sbb buat husband mcm tu...xdpt keredhaan Allah...jimmy sediakan brekfast? hantr bju ke dobi? aiii.....

munirah said...

Baik je jimmy ni.. Tahap kesabaran tinggi.. Yang kesian tu sebab Jimmy tu anak yatim.. mesti dia rase sedih kalau anak dia tak de famili yang sempurna cam dia dulu.. papepun, kita doa je lah yang baik2 utk dorang..

MYA EL QAYREENA AZRYAN said...

kadang2 manusia memang tak tau erti bersyukur...hancus itu pompuan..hurmmmm

lizz said...

entah la dunia skarang ni...macam2 hal..kesian la kat jimmy ni sedih betul...tapi wifenya baru blk umrahkan moga dier terbuka hati untuk bersama dgn jimmy kembali sama2 la kita doakan..

~NajiLaA~ said...

gile kesian jimmy ni.dah la both parents da xd.dpt lak isteri yg abaikan die totally.ape la jd ngn anak die nnt if dibawa ke oversea.haih~dunia skang..

Miecyber said...

Berat juga dugaan yang di alami Jimmy...

Basikal elektrik boleh lipat

risa said...

alahaii...baru baca menda ni tadi
emmmm...susungguhnya lelaki yg baik adalah untuk perempuan yg baik..
semoga jimmy dapat tempuhi segala dugaan ini

ArulchelseA said...

sebelum ni de tgok kat melodi..sedih jugak dngr cite dia...dia nmpk cam thn nangis je..lelaki kan kna kuat..

bunga said...

semoga jimmy tabah..bunga kan ada..:0

ieda said...

adoiii sedihnya .. x perlah kita doakan yg terbaik buat dia .. akak percaya kalau dia di pihak yg benar dan apa yg dia lakukan selama ini ikhlas .. insyaallah , allah akan dgr dan dia selalu ada disisi org2 yg teraniaya .. kita sama2 doakan ya dik :)

fara_farez89 said...

sesungguhnye Allah bersama org2 yg sabar...semoga Allah kuatkan semangat jimmy n mengubah kehidupannya aminnnn

LiLy @ MumMyQiStInA said...

alahai..siannye Jimmy ni..
mmg penyabar orgnye..
mungkin ada hikmah disebalik apa yg berlaku ini..DIA takkan menguji hambanye melebihi kemampuan mereka.

UyaRayza said...

saje la tue nk laki ensem eee...kalo tau awal2 memang dh aku rampas seth tan malaya nie hehehe

アヌム ちゃん said...

kompius dgn wife dia..kenape eh..huhu

EYFAalias said...

sedih. kesian jimmy. Hm. xtau nak kata apa. Hope jimmy tabah hadapi dugaan ni dan bertemu dgn kebahagiaan macam org lain. Amin :)

CikHaniBhulat said...

kesian nya...bila dpt suami baek, isteri mcm haremmmm...bila dpt isteri baek, suami lak cam hareeeemmm...

aih, jimmy2, u dtg pinang i la.u xpayah nak hntar baju g dobi, bak sini hani basuh kan...hohoho...menggilak jap...

Rina AVAIL a.k.a Cik Betty said...

kesian jimmy..ish tpt seorg isteri pttnya di sisi suami..kalau dulu x nk jd isteri buat apa kawen..pelikk

KAMIHIDUP said...

KAMI doakan rumah tangga mereka selamat. :)

nurul ain said...

nangis jap ..sob3

ABU said...

aku pun tak tahu nak komen apa..:D

Ejat said...

sedih+pilu ble dengar luahan hati Jimmy ni..seorang yg baik..penyabar..peramah tp si isteri xde perasaan nk bersyukur..dunia..dunia..

vampire's lovex said...

sedih ohhhhh...macam la manusia kat dunia nih...

cik lyna kaman said...

manusia tak pernah bersyukur dengan apa yang diorang ada . jimmy banyak besabar . Allah maha adil :')

cik lyna kaman said...

manusia tak pernah bersyukur dengan apa yang diorang ada . jimmy banyak besabar . Allah maha adil :')

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...