Image and video hosting by TinyPic

28 June 2011

mengenali sahabat melalui cr JALAN

nak mengenal sahabat anda.try read this =)


1. Jika berjalan, dari belakang kelihatan seperti tidak memijak tanah. Golongan wanita yang jalannya berginjat, konon wanita ini adalah wanita yang tidak jujur, kalau berbual, mulutnya laser dan menyinggung perasaan orang lain. Wanita yang berjalan seperti ini juga terkenal dengan sikap egonya. Lebih parah, wanita ini biasanya pemboros atau suka membazir wang tanpa berfikir sebelum berbelanja. Padahal, wang yang dimilikinya itu masih banyak kegunaannya. Tapi jangan berkecil hati, kerana wanita seperti ini biasanya menjadi pujaan ramai lelaki.

2. Jika berjalan, sering menoleh ke kanan and kiri. Wanita seperti ini biasanya pandai menyimpan rahsia. Walaupun ramai yang menganggap wanita seperti ini tidak jujur, suka menipu teman sendiri,dan merugikan teman bualnya, namun, ramai lelaki yang berusaha untuk menakluk hatinya. Konon wanita seperti ini senang diatur dan diuruskan.

3. Jika berjalan suka menunduk. Cara berjalan melambangkan wanita seperti ini memiliki sifat yang tertutup. Ia hanya akan berbual dengan orang-orang yang rapat dengannya dan boleh dipercayai untuk menyimpan rahsianya. Wanita seperti ini biasanya sukar untuk ditakluk hatinya. Disamping sikapnya yang dingin, wanita seperti ini tidak peduli dengan
kehidupan cinta. Namun, jika ada lelaki yang berjaya menawan hati wanita dengan cara berjalan menunduk ini, dijamin akan mendapat kebahagiaan. Sebab, wanita jenis ini sangat setia, dan dia tidak akan mengkhianati lelaki yang dicintainya.

4. Jika berjalan menatap lurus ke depan. Wanita seperti ini biasanya memiliki pendirian yang teguh, bukan senang hendak menggoncangkan imannya. Jangan sekali-sekali menentang apa yang pernah dikatanya, jika anda tidak mahu mendengar dia berleter panjang lebar. Meski pendiriannya teguh, tapi dia selalu berselisih pendapat. Jangan hairan jika wanita seperti ini hanya mahu berbual dengan orang yang berpengalaman luas.

5. Jika berjalan badan bergerak ke kanan dan kiri. Wanita yang berjalan dengan gaya yang sedemikian tidak ambil kisah dengan masalah yang berlaku. Apa pun masalah yang ada dihadapannya, dia dianggap kecil. Padahal masalah itu sebenarnya memerlukan kebijaksanaan untuk diselesaikan. Kerana sifatnya yang suka ambil mudah ini, banyak persoalan yang akhirnya tidak dapat diselesaikan dan akibatnya merugikan dirinya sendiri.

6. Jika berjalan badan tampak tegak. Wanita ini tegas menentukan sikapnya sendiri. Dia tidak mahu urusan peribadinya dicampur oleh orang lain. Gaya bicaranya serius seperti ingin menunjukkan dia memiliki pendirian teguh. Yang menarik dari wanita ini, dia bertanggungjawap terhadap apa yang pernah dilakukannya. Dia menyenangi lelaki yang berdikari tanpa meninggalkan sifat-sifat romantiknya.

7. Jika berjalan seperti zirafah. Maksudnya, ketika melangkahkan kaki ,badannya ia kelihatan bergerak ke depan dan ke belakang. Wanita jenis ini sangat lemah perasaannya. Dia seorang yang mudah terasa dan mudah tersinggung. Jadi, jika anda berbual dengan wanita seperti ini kenalah menjaga perasaannya agar tidak tersinggung, kerana wanita ini mudah mengalirkan air mata.



so how?dh tau?hehehe





thanks zat
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

20 comments:

  1. ermmm nnt nak tnya hubby sis jalan cmner hehehehe ;p

    ReplyDelete
  2. alamak uya no 3 n 6 la hehehe..tp uya mcm byk ckp jer hehehe...

    ReplyDelete
  3. ahahah x terpandang dik ! :) akak berjalan punn x pandai nak clarify mcm mane ekekekke

    ReplyDelete
  4. sy suka berjalan menunduk..tpi bukan nk puji dri sndiri ye.. hehe

    ReplyDelete
  5. kena salin nota neh..kot2 boleh wat rujukan heheh..tngok girl jalan lalu lalang n cakap ooo awk tak jujur ye ahahahah...;p

    ReplyDelete
  6. alamak...awe tak tahu cara jalan awe macam mana..hehe

    ReplyDelete
  7. mekchu yang no.2.. hehehe.. mmg banyak pun simpan rahsia orang ni.. :)

    ReplyDelete
  8. boleh percaya cuma jangan percaya sangat...50/50 boleh lah...

    ReplyDelete
  9. thanks nice tips....tp tips yg ketujuh tu ada ker pompuan jalan mcm tu.

    ReplyDelete
  10. Confuse. Tak tahu jalan yg mana satu. Haha!

    ReplyDelete
  11. uikk ada jugak jln mcm zirafah tu...cuak aku...kih kih rara jln mcm mana..kih kih

    ReplyDelete
  12. saya jalan tunduk ke bawah.
    haha.
    pemalu. kehkeh

    ReplyDelete
  13. Cik rara,
    Msred yg no 4 tu...tapi kurang kena la...hheee....

    ReplyDelete
  14. lpas ni nk jln pun teragak2 mengenangkan ada org tau jenis2 jln ni... hehehehe

    ReplyDelete
  15. adehhhhhhhhhhhh like button tu masih error lah sayam kuhhhh!!

    ReplyDelete
  16. untuk wanita je ke ni???
    sahabat akak seorang lelaki..tk dapat nak tengok dia cemana..

    ReplyDelete

sayang anak ditangan-tangankan,sayang rara,di komen-komenkan.heee~ thanks sbb singgah and baca entry and komen skali,i appreciate it. =.='

Busuk!

safura.online.diary © . Designed by MaisarahSidi.com