Pelawak veteran, Zami Ismail,67, meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) dekat sini, kira-kira pukul 10.30 pagi Ahad akibat kegagalan jantung.
Menantu sulung Allahyarham, Azizah Amdih,35, berkata, Allahyarham yang dimasukkan ke IJN sejak dua minggu lalu dilaporkan tenat pada malam Sabtu dan terpaksa bergantung hidup dengan bantuan mesin perubatan.
“Doktor memberitahu jantungnya sangat lemah dan terpaksa dirawat di Unit Rawatan Kritikal (CCU) sehinggalah pada malam tadi (Sabtu) keadaanya menjadi semakin tenat. Bagaimanapun Allah lebih sayangkan dia,” katanya kepda mStar Online ketika dihubungi di sini, Ahad.
Azizah berkata, pihaknya reda dengan pemergian Allahyarham dan berharap semua peminat dapat mendoakan kesejahteraannya.
Allahyarham yang popular dengan drama “Pi Mai Pi Pai Tang Tu” pada tahun 1980-an turut berlakon hampir 20 buah filem termasuklah dua filem yang belum ditayangkan iaitu “Husin Mon Dan Jin Pakai Toncit” dan “Shh… Dia Datang”.
Dia juga pernah memenangi anugerah Pelakon Komedi Terbaik, Festival Filem Malaysia ke 9 (FFM9) pada tahun 1991 menerusi filem "Mak Som".
Jenazah Allahyarham dijadual akan dibawa pulang dan dikebumikan di kampung halamannya di Tapah, Perak.
Allahyarham meninggalkan seorang balu, Hanizan Ibrahim,58, dan sembilan orang anak-mstar
Al-Fatihah buat arwah.moga dicucuri rahmat dan ditempatkan di tempat org org soleh.
Cik rara,
ReplyDeleteMuga rohnya dicucuri rahmat...amin
Celebratw fathers day tak?
al fatihah :(
ReplyDeletealfatihah...slmt hari bpa..:)
ReplyDeleteal-fatihah..pemergiannya sukar dicari ganti..T_T..
ReplyDeleteteringat citer pi mai pi mai tang tu
al-fatihah..pemergiannya sukar dicari ganti..T_T..
ReplyDeleteteringat citer pi mai pi mai tang tu
innalillah..
ReplyDeletetu la pesal rara..td dengar dekat melodi pesal berita nie..sedih je rase~
al fatihah... tk sangka ..
ReplyDeletetakziah dan al-Fatihah! lagi info tentang serangan jantung di SIHAT SELALU - Bagaimana Serangan Jantung Terjadi
ReplyDeletesemoga arwah dicucuri rahmat .
ReplyDeleteal - fatihah .
al fatihah..
ReplyDeleteAl-Fatihah , teringat cerita pi mai pi mai tang tu. Pakai baju butang tak betul. ehehe.
ReplyDeleteAnd selamat ahri bapa :)
Innalilla... semoga dicucuri rahmat...
ReplyDeletehttp://bloggeralif.blogspot.com/
alfatihah .. sgt2 memeranjatkan akak dik ! .. takziah buat kelaurag arwah ..
ReplyDeleteal-fathah semoga arwah ditempatkan bersama orng2 yg beriman
ReplyDeleteAl-Fatihah buat hero pimai pimai tang tu...
ReplyDelete