Image and video hosting by TinyPic

26 July 2011

bila isteri JIMMY SHANLEY dedahkan rahsia rumah tangga.

 Setelah sekian lama berdiam diri, isteri kepada pengacara Jimmy Shanley Norjahan Saleh, iaitu Nursuhaila Eliani Suhaimy, mendedahkan faktor utama berlaku keretakan rumah tangga mereka adalah disebabkan suaminya itu pernah memukulnya serta terlalu mengongkong.
"Saya tidak suka Jimmy kerana perangainya pelik yang bukan seperti orang biasa. Semasa majlis pertunangan kami, rombongan pihak lelaki yang hadir hanya lima orang sahaja dan semasa majlis akad nikah, rombongan pihak lelaki tak sampai 10 orang... itu pun di kalangan ahli keluarga sahaja.
"Tidak ada artis atau selebriti yang hadir bagi pihak dia (suami). Untuk pengetahuan umum, itulah perangai Jimmy Shanley yang tidak mempunyai kawan," ujar Nursuhaila dalam satu kenyataan bertulis yang diedarkan kepada para wartawan dalam satu sidang akhbar khas yang diadakan di syarikat milik keluarganya, Perwanza Enterprise (M) Sdn Bhd, di Damansara Damai di sini, Isnin.
Suhaila, 25, berkata, sejak berumah tangga pada 1 Oktober tahun lalu, kehidupannya tidak tenteram kerana mereka sering bertengkar disebabkan Jimmy,32, enggan membenarkan dia keluar bersama rakan-rakan.
Malah dia menyifatkan Jimmy sebagai seorang yang "pelik" dan enggan bercampur gaul dengan ahli-ahli keluarganya yang lain dalam apa-apa majlis yang diadakan.
"Dia ingat dia tu superstar tak layak untuk bergaul dengan sanak saudara saya. Setiap kali majlis kenduri diadakan oleh bapa saya, Jimmy jarang bertegur sapa dan bersalaman dengan sanak saudara kami.
“Paling teruk saya pernah dipukul lebih kurang empat hingga lima kali sepanjang sebulan bersamanya. Sebelum akad nikah dan semasa berbulan madu di Koh Samui (Thailand) saya juga mengalami peristiwa yang serupa.
"Selama ini saya berdiam kerana tak nak publisiti murahan...saya orang bisnes dan tak suka publisiti macam ni.Banyak lagi yang saya pendamkan dan tak perlu dihebahkan kepada umum," ujarnya.
Tambah Suhaila, dia tidak faham mengapa Jimmy tidak cuba untuk berkomunikasi dengannya setiap kali mereka menghadapi masalah tetapi pengacara itu lebih senang mengadu kepada ibu Suhaila, Muniroh Kasim.
Dalam pada itu, Suhaila juga mendakwa, Jimmy tidak membuat sebarang pembayaran kos rawatan bersalinnya, bayaran mengurut mahupun wang untuk membeli lampin untuk anak mereka Zahrah Shanley yang lahir pada 24 Jun lalu.
"Dia kata dia seorang yang bertanggungjawab... semestinya dia sudah membuat persiapan tersebut dan bukan cakap kosong di media sahaja.
"Selepas bersalin, saya tidak pernah pun menghalang dia untuk berjumpa anak kerana saya tahu, Zahrah juga memerlukan Jimmy dan saya tidak akan halang kasih ayah terhadap seorang anak," ujarnya.
Sementara itu Jimmy yang dihubungi mStar Online bagi mendapatkan reaksi ke atas dakwaan-dakwaan yang dibuat isterinya itu tidak menafikan yang dia pernah memukul Suhaila.
Tetapi katanya, dia berbuat demikian kerana isterinya telah mengingkari nasihatnya.
Peristiwa itu kata Jimmy berlaku sebanyak dua kali sahaja iaitu selepas perkahwinan dan semasa berbulan madu.
"Ya, memang benar. Saya pernah memukul Suhaila pada hari ketiga perkahwinan dan hari kedua kami bulan madu. Kejadian itu disebabkan dia mengingkari nasihat saya. Tetapi saya tidaklah memukul sehingga mencederakan dirinya,” ujar Jimmy.
Tambah Jimmy, dia tidak pernah mengongkong kehidupan Suhaila sebaliknya cuba mendidiknya menjadi seorang isteri yang baik selain memintanya mengurangkan aktiviti yang sering dilakukan semasa hidup sebagai seorang bujang.
Paling menyedihkan kata Jimmy sepanjang sebulan selepas perkahwinan, dia hanya sempat bersama Suhaila selama 10 hari sahaja dan selepas itu isterinya cuba mengelak untuk meluangkan masa bersama selain lebih pentingkan rakan-rakan berbanding suami sendiri.
Mengenai tuduhan Suhaila kononnya Jimmy tidak membayar kos bersalin, katanya masalah itu timbul kerana dia sendiri tidak diberitahu mengenai hari kelahiran anaknya.
"Saya hanya diberitahu menerusi SMS pada hari kedua bahawa anak saya sudah dilahirkan tetapi dia tidak beritahu saya bila dia akan keluar (wad) jadi macam mana saya mahu menjelaskan bil perubatannya itu?" soal Jimmy.
Mengenai dakwaan isterinya yang majlis perkahwinan mereka tidak dihadiri oleh rakan-rakan artis yang lain, Jimmy mengakui memang dia tidak ramai kawan rapat.
Jimmy juga bertegas, setiap kenyataan yang diberinya selama ini bukan kerana ingin meraih publisiti murahan sepertimana yang didakwa kerana sepanjang tujuh tahun bergelar selebriti, dia tidak pernah mencetuskan sebarang kontroversi murahan.
Tambah Jimmy, dia juga mengakui, sepanjang masalah rumah tangganya berlaku, dia sering mengadu kepada ibu mertuanya tetapi itu berlaku kerana kesukaran untuk berhubung dengan Suhaila sendiri - mstar

i xfaham kenapa wife dye nk bukak semua hal rumah tangga dorg kat media,knp nak cerita buruk suami pulak ke media,bukan ke tu dikira mcm membuka pekung didada?
i maybe tak berumah tangga lagik,but yg i tahu,hal rumah tangga ke,pukul memukul ke,takkan sampai nk cite ke media? lagi pun jimmy pukul isteri dye krn nk mengajar.
nak mendidik seorg istri agar jgn terlalu sosial dgn rakanrakan.dye tak sedar ke dh berumah tangga tak sama hidup mcm bujang?ich tak faham btol i bini mcm ni.ada ke ckp suami sendiri berlagak diva.ckp suami dye tak nak bergaul dgn org.sblm kawen takkan tak faham btolbtol perangai suami.
then sempat ag nk buat tuduhan yg jimmy tak byr kos bersalin dye.tu bukan memalukan suami ke.benda tu pun nk jd isu ke?mmg lah masa dye dipukul tu dye bersalah.tp ntah lah.biar lah dorg yg tau apa sbnrnya yg terjadi.
Suhaila akhirnya "membuka mulut" kenapa dia enggan bersuamikan Jimmy.
-enggan bersuamikan jimmy?knp sblm kawen tak nak batalkan?
batalkan sblm kawen i rasa lagik kurg aib nya dr jdkan isu mcm ni lepas kawen.
p/s : dorg ni tak cerai lagik kan?



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

36 comments:

  1. er..baca pun dh tau kes ni rumit..
    apapun hrp2 dorg dpt kembali bahagia dgn kehadiran bayi mereka berdua~

    ReplyDelete
  2. xtahan lagi kot dengar cemuhan org len...

    ReplyDelete
  3. hmmm..kesian jimmy..spt membuka pekung didada..mengaibkan suami sendiri..

    ReplyDelete
  4. Rara kena ikuti gossip 2 mereka di beautifulnara...ini kenyataan balas suhaila terhadap segala kenyataan jimmy pd media... so, sis dah dengar dua2.... kiranya masing2 ada salah..

    ReplyDelete
  5. tempat sorang isteri di sisi suami...bukan kat sisi kawan kawan...kalau nak sosial sosial, kuar ngan kawan suke suke hati macam mase bujang dulu, takyah la kawen. adehhh. ape la pompuan ni...takde kawan selebriti yang datang pon jadik isu.

    ReplyDelete
  6. rasanya klu tutp mulut dan selesaikan secara tertutup pastinya lebih baik untuk mereka..
    cun betul isteri dia bila natural mcm ni.. bila mekap tak terserlah sgt..

    ReplyDelete
  7. ish3..xsngka lak suhaila ni nk bkk cte sbenar cmnie..xkesian ke kt jimmy tu..dh mmg jimmy xrmai kwn juz respect je la..die kaya kn msti rmai kwn n slalu bersosial tp xyahla nk bndingkan lifestyle die ngn jimmy tu..jimmy ni dhla ank yatim piatu,xmcm die ade mak ayh, harta byk lak tu...berdosa besa kn istri mmbuka aib suami, syurga die kt tapak kaki suami mngkin die xtau...kesian jimmy

    ReplyDelete
  8. haha enggan bersuamikan?
    lawak betol sampai jadi wedding of the year pon cakap tak sudi kawen. lawak! lawak!

    ReplyDelete
  9. huhu..masalah x abes2 diorang nie..hai rara..morning!

    ReplyDelete
  10. hisy!! ta abis-abis lg dieorg nie..dah-dah lor tu kn?

    ReplyDelete
  11. mkin lama mkin terbelit kisah ni..aku pun tk paham dah..

    ReplyDelete
  12. haihhh macam2 org zaman skg,asal nk bercerai je mula la buka pekung di dada..bukan sorg dua cmni tp ramai lg kan kak...xsuke tol >_<

    ReplyDelete
  13. amik cerita ni sebagai pengajaran bagi pasangan yang ingin berumah tangga...sebab proses awal berumahtangga selepas akad nikah ialah proses untuk mengenali attitude sebenar pasangan. Time ni sebenarnya memang kena banyak bersabar...pernah dengar tak lagu Tan Sri P.Ramlee? Sedangkan lidah lagi tergigit...apa pula suami istri...

    ReplyDelete
  14. rara, tatau la cerita sape betul sape salah. mcm2 versi ade....

    ReplyDelete
  15. aDEH TATAU MNE STU BTUL NI... Poning mokcik.. Lantak mereka.. Huhuhu~

    ReplyDelete
  16. apa pun tak blh lah wife dia.. cerita at media.. n sapa2 dgr mmg dia yg slh pun.. hrm betul lah cr jimmy coz dia suami dia berhak.. si isteri.. mmg x blh pakai ar.. x sdar diri yg dh kawin.. geram pulak gn wife jimmy nie.. muka kalu lawa sedunia tak pe lah juga..

    slm singah ..

    ReplyDelete
  17. tak faham ar dgn bini jimmy ni.. setahu sy selama jimmy menjadi selebriti tsk pernah sy dengar jimmy buat publisiti murahan.

    memalukan suami sendiri..

    ReplyDelete
  18. tak faham betul diorang ni.. kes laki bini, cuba lah setelkan elok2.. ni dah sampai keluar paper.. memalukan rumahtangga je... hmm, sape yang cari publisiti ni.. jimmy ke bini dia?

    ReplyDelete
  19. bab rumah tangga org ni, lebih baik kite kunci mulut dr bkata ape² sbb kite ni org luar...biarla mereka selesaikan sndri..Allah tu Maha Mengetahui..lebih baik kite doakan kebahagian sesame insan...

    ReplyDelete
  20. eii memang pelik dik .. naik menyampah pulak bila baca .. entah ape2 konon dah lama bersabar .. dah tuu pi kawin jugak kenapa ?? dan baru skrg nak dedahkan itu dan ini ..

    eiiiii kalau akak jadi somi dia nie .. bukan setakat tampar .. ceraikan aje .. ramai layie wanita baik kat luar sana jimmy ...

    rara punn ada nie ! ahaksssss ( ngosekkkkk ) :))

    ReplyDelete
  21. jimmy tak bagi keluar sebab nak jaga nama baek keluarga la, nanti kang bini asyik keluar pegi sosial media sure cakap jimmy tak reti jaga bini ke.

    hishh pening la diorang neh

    ReplyDelete
  22. dia tak boleh terima sb..

    suhaila.. xpernah kene pukul kot, mungkin jarang2 di ajar

    suhaila.. dia ingt dia kwen dgn artis, sume artis kene dtg ms dia kwen.. gila glamer.. bila artis xdtg dia kecewa.. sb ape dharapkan x ksampaian.

    suhaila.. dia cerita husb dia xtggung kos rawatan.. sbnrnye nk tunjuk.. "oh, aku anak jutawan, xkisah pun kalo dia xbyr sume tu, aku blh byr la"..

    orgg kaya xsedar diri mmg cm ni.. lempang laju2..

    ReplyDelete
  23. erkk, sape yg salah sape yg betul x kisah kan. yg penting selesaikan lah diam2. x yah cite kat media. mengaibkan

    ReplyDelete
  24. susah la nk cakap pasal rumah tangga ni..tepuk dada tanya selera

    ReplyDelete
  25. huhu...pape tah bini dia ni..bukak aib suami sdiri..tak cium bau syurga... biar la dia nak kongkong ke apa ke...once da kawen, mmg la da jadi hak suami..terpulang la suami nk didik isteri dia camne..lg pun bini dia ni kene la paham kehidupan seblm dan slps kawen..haiyo..

    ReplyDelete
  26. tak kira lah sapa yang salah..
    sekarang kan dah ada anak..
    masing2 kena perbaiki kelemahan diri sendiri..yang suka pukul jangn la jadi kaki pukul dah..yang degil jangan la degil dah..
    berubah ke arah kebaikan tu kan sesuatu yang di tuntut dalam islam...

    ReplyDelete
  27. kenapa sebelom kahwen boleh terima je keburukan laki dia ? gila la pompan ni.

    ReplyDelete
  28. xtau nak caye yg mane..
    payah nak jinakkan pompuan liar ni..huhu

    ReplyDelete
  29. bini dia yg jahat sbnrnya. hahaha

    ReplyDelete
  30. kesian tgk pasangan ni.sangat memalukan.mula2 jimmy bagi kenyataan.ni si perempuan pulak.pasni keluarga mertua plak masuk campur.media pulak suka besar2kan hal.haihh apa nak jadi.

    ReplyDelete
  31. adoii mslh2 makin besar kan..msg2 ego...dorang tak cerai lagi sis..jimmy tak nak ceraikan suhaila tu..kalau tak lagi pnjg langkah suhaila tu kot. haha

    ReplyDelete
  32. Wow! Blog nie byk bercerita tentang artis ye?

    ReplyDelete

sayang anak ditangan-tangankan,sayang rara,di komen-komenkan.heee~ thanks sbb singgah and baca entry and komen skali,i appreciate it. =.='

Busuk!

safura.online.diary © . Designed by MaisarahSidi.com