Sebuah kumpulan yang menamakan diri mereka sebagai Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia cawangan Pulau Pinang berhubung dakwaan pembelian sebentuk cincin oleh isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.
Ketua SAMM Badrul Hisham Shaharin berkata beliau juga akan menyerahkan salinan cetakan dokumen itu dari skrin komputer bagi membuktikan pembelian cincin berharga RM24.4 juta itu bebas daripada dikenakan cukai import.
Menurut Badrul, yang popular dengan panggilan Chegubard, berdasarkan maklumat yang diterima SAMM pada 16 April lalu, berlian yang dikenali sebagai“Natural Fancy Gray Cushion Cut Diamond” diterbangkan melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.
Harga barangan itu diletakkan pada RM24,458,400, dakwanya.
Antara maklumat tertera pada cetakan komputer itu adalah:
Nama Barangan: Natural Fancy Blue Gray Cushion Cut Diamond
Nama Pengekspot: Jacob & Co dari New York
Nama Pengimpot: Datin Seri Paduka Rosmah Mansor dan Jeremi Beh Sin Tee
Tarikh Impot: 6-04-2011
Tempat Impot: KLIA
Sehubungan itu, Badrul menggesa SPRM mengadakan siasatan secara terperinci dan telus sebelum menyatakan hasil siasatan.
"Kita mendesak SPRM untuk tampil menyatakan hasil siasatan mereka kepada umum kerana ini melibatkan bukan sedikit jumlah wang rakyat Malaysia."
Beliau berkata cetakan maklumat yang diperolehi "hampir mustahil" untuk dipalsukan.
"Hampir mustahil untuk seseorang membekalkan butiran penerbangan, nama pegawai kastam yang bertugas, nama pengimport dan sebagainya," kata beliau.
"Ini mengingatkan kita kepada negara jiran kita yang pernah dihancurkan oleh seorang wanita pertama yang bernama Imelda Marcos. Kita tidak mahu negara kita jadi begitu.
“Cukuplah rakyat yang terseksa. Kita tidak mahu orang yang bernama sebagai wanita pertama bersikap sedemikian rupa." tambahnya.
Badrul turut menggesa Rosmah tampil memberi penjelasan bersabit dakwaan itu, khususnya mengenai cetakan maklumat pengisytiharan Kastam yang diperolehinya.
Beliau juga berkata syarikat Jacob dan Co yang dikatakan mengeksport cincin itu, turut dikaitkan dengan barangan perhiasan yang diguna oleh isteri Perdana Menteri.
"Jacob & Co merupakan sebuah syarikat yang berpengkalan di New York. Beberapa barang keluarannya yang terpapar dalam web sitenya, kita dapat padankannya dengan beberapa perhiasan yang sering dipakai oleh Rosmah Mansor," katanya.
Beliau juga mempersoalkan bagaimana pengimport cincin berlian itu mendapat pengecualian cukai bagi membawa masuk perhiasan itu.
"Adakah suami individu yang dinamakan di atas menggunakan kuasanya sebagai Menteri Kewangan untuk memperolehi cukai kosong itu?" soalnya. - malaysia kini

Menurut Badrul, yang popular dengan panggilan Chegubard, berdasarkan maklumat yang diterima SAMM pada 16 April lalu, berlian yang dikenali sebagai“Natural Fancy Gray Cushion Cut Diamond” diterbangkan melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.
Harga barangan itu diletakkan pada RM24,458,400, dakwanya.
Antara maklumat tertera pada cetakan komputer itu adalah:
Nama Barangan: Natural Fancy Blue Gray Cushion Cut Diamond
Nama Pengekspot: Jacob & Co dari New York
Nama Pengimpot: Datin Seri Paduka Rosmah Mansor dan Jeremi Beh Sin Tee
Tarikh Impot: 6-04-2011
Tempat Impot: KLIA
Sehubungan itu, Badrul menggesa SPRM mengadakan siasatan secara terperinci dan telus sebelum menyatakan hasil siasatan.
"Kita mendesak SPRM untuk tampil menyatakan hasil siasatan mereka kepada umum kerana ini melibatkan bukan sedikit jumlah wang rakyat Malaysia."
Beliau berkata cetakan maklumat yang diperolehi "hampir mustahil" untuk dipalsukan.

"Ini mengingatkan kita kepada negara jiran kita yang pernah dihancurkan oleh seorang wanita pertama yang bernama Imelda Marcos. Kita tidak mahu negara kita jadi begitu.
“Cukuplah rakyat yang terseksa. Kita tidak mahu orang yang bernama sebagai wanita pertama bersikap sedemikian rupa." tambahnya.
Badrul turut menggesa Rosmah tampil memberi penjelasan bersabit dakwaan itu, khususnya mengenai cetakan maklumat pengisytiharan Kastam yang diperolehinya.
Beliau juga berkata syarikat Jacob dan Co yang dikatakan mengeksport cincin itu, turut dikaitkan dengan barangan perhiasan yang diguna oleh isteri Perdana Menteri.

Beliau juga mempersoalkan bagaimana pengimport cincin berlian itu mendapat pengecualian cukai bagi membawa masuk perhiasan itu.
"Adakah suami individu yang dinamakan di atas menggunakan kuasanya sebagai Menteri Kewangan untuk memperolehi cukai kosong itu?" soalnya. - malaysia kini

perghhh... tak tau nak kata apa dah.. membazir aje..
ReplyDeletehuhuh panas ni...kalau betul la..mmg hell gila la pakai duit krjn byk mcm tu beli cincin..
ReplyDeletebalin lembu..pengsan lembu tu..kih kih kih
ReplyDeletecincin je dah 24 juta...perghhh...bek buad rumah anak yatim =.="
ReplyDeletemewah dunia,akhirat jgn lupa
ReplyDeleteO.o
rakyat ni pulun perah peluh cari rezeki.. dia senang-senang je guna duit rakyat joli sana-sini... maap la bukan niat nak politik ke apa.. tapi nampak sangat bermewah-mewah melebihi had.. sakit jiwa betul.. hoho
ReplyDeleteperghh..24 juta..bole makan untuk beberape generasi :D
ReplyDeleteCik rara,
ReplyDelete24 juta cincin dier? Cincin msred 2ribu pun tak sampai....kalu guna duit sebanyak tu untuk kebaikan, kan indah....
Harga cincin tu boleh beli tudung banyak2 untuk tutup dia punya rambut yang terdedah tu . Apa daa beli cincin , bukan boleh bawa mauk kubur pun :)
ReplyDeletemahalnya...rugi je beli benda macam tu :)
ReplyDeletecerita yg cuma cerita belum ada bukti ...kalau percaya buta2 begini lama2 kita semua hancur binasa...yg untung bukan kita tapi mereka...cina dan india!
ReplyDeletekita terus bertelagah tak sudah2!
betul ke ? eii teruknyeee
ReplyDeletenak curi cincin tersebut boleh ? :)
ReplyDeletebanyak duit beli cincin..harap2 xpakai duit rakyat la...kan tersiksa dlm kubur kang =)
ReplyDeletefusyoo 24 juta..byk tu
ReplyDeletememang GILER lah kalau betul.
ReplyDeletepembetulan untuk cik Aish..
ReplyDeleteitu bukan duit kerajaan..
itu duit rakyat..
sekian..
pehhh! kalau nak dikutkan mana ada orang mampu nak beli sampai 24 juta tuu. tuhan maha adil.
ReplyDelete24 juta us dollar...
ReplyDeletealhamdulillah bukan 24 us dollar :)... dia kan dah bnyk berkhidmat :).. semoga dia gembira a:)
ReplyDeleteyola lbh baik beli tudung, nama jek negara Islam wanita nombor 1 x pakai tudung pun... memalukan jek
ReplyDeletejwb r sendiri dgn malaikat kt dlm kubor tu nti....biar rakyat x halalkn...itukah pemimpin negara islam..???
ReplyDeleteperghh org len sme kais pagi makan pagi..siap ade yang x de rumah...die ley bli cincin harga juta2..
ReplyDeletebapakkk laaa.. abiskan duit rakayat je kejeee diaaa
ReplyDeleteisu hot btol nie..agaknye datin seri rosmah nie nak pegang rekod wanita di m'sia yang ada cincin termahal agaknye,,hihi
ReplyDeletebapak mahal..
ReplyDeleteduit cantu baik pegi buat haji beli umah sume..