Image and video hosting by TinyPic

20 July 2011

Luahan lelaki tukar jantina

pix_gal0

Mohd Ashraf Hafiz Abdul Aziz, 25, yang gagal menukar nama dan status jantina dalam MyKad kepada Aleesha Farhana selepas ditolak Mahkamah Tinggi di sini kelmarin, mengakui tertekan dengan pandangan negatif masyarakat terhadapnya, tetapi tidak akan patah semangat untuk terus memperjuangkan hasratnya itu.

“Suka atau tidak, perjuangan perlu diteruskan sehingga semua wadah perundangan tiada lagi. Ramai mahu saya berdiam diri daripada masalah ini, tetapi saya mahu kehidupan yang aman,” katanya dalam satu pertemuan di sini, semalam sambil ditemani ibu bapanya.

Menceritakan punca permohonannya ditolak, beliau mengakui tidak mendapat bantuan perundangan yang kukuh ketika mengemukakan permohonan, malah ketika peguam Horley Isaacs menawarkan diri membantu, pendengaran kes itu sudah sampai penghujungnya. 

Berkongsi kesedihan ditanggung anaknya itu, ibu Mohd Ashraf yang mahu dikenali sebagai Mak Yah, 50, berkata masyarakat mudah melemparkan cacian kepada keluarganya tanpa memahami perasaan mereka. 
Mak Yah dari Kampung Telaga Daing di sini, berkata sejak kes anaknya dilaporkan media, beliau dan suami, Abdul Aziz, 60, mendapat kritikan dan cemuhan masyarakat yang melabelkan mereka ibu bapa tidak bertanggungjawab.

“Hinaan itu sangat pedih, seolah-olah kami membelakangkan Allah dengan menyokong keputusan Mohd Ashraf membuat pembedahan menukar jantina,” katanya sambil mengesat air mata dengan kain tudungnya. 

Mak Yah berkata, walaupun ciri kewanitaan Mohd Ashraf dikesan sejak bayi, mereka tetap terkejut apabila mengetahui anak lelaki sulungnya itu membuat pembedahan menukar jantina di Hatyai, Thailand pada 2009. 

“Ketika pembedahan itu, kami menunaikan haji di Makkah. Dia tidak pernah memberitahu ujian perubatan dan penilaian paras hormon yang dibuatnya di Pusat Perubatan Pantai, Kuala Lumpur dua tahun sebelum itu.

“Disebabkan marah dan sedih dengan perbuatannya itu, kami menghalaunya dari rumah dan membakar semua baju perempuan, tetapi kami tahu dia yang bertukar menjadi perempuan selalu pulang ke rumah dan hanya tidur dalam kereta,” katanya. 

Sementara itu, Abdul Aziz yang juga bekas anggota tentera berkata, beliau selalu menekankan aspek disiplin kepada anaknya, tetapi buntu mencari jawapan masalah dihadapi Mohd Ashraf. 

“Akhirnya, kami sekeluarga menerima hakikat dialami Mohd Ashraf dan tidak lagi hidup dalam penafian, tetapi kami disisihkan masyarakat. 

“Mungkin masalah itu tidak serumit sekarang jika dari awal kami mendapatkan pandangan pakar berhubung keadaan Mohd Ashraf. 

“Jika cara didikan dikatakan punca dia begini, kenapa dua anak angkat kami dan dua adik kandungnya tidak sedemikian,” katanya - BH

i tak niat nk copy paste bulatbulat dr BH,but i just nk share
bg semua baca article ni,maybe ada yg tak sempat nk bukak BH
kan?heee.dlm persoalan i smlm adakah family dye
tak tau kes ni,actually dye g mahkamah dgn mak bapak dye.
n mak bapak dye turut bersedih dgn sikap masyarakat
yg mencemuh perbuatan anak dye.huh! WTFishhhhh?
tak tahu ke DOSA?




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

39 comments:

  1. kalau terpaksa trima pon diam2 je la kan..x payah le nk bersedih dengar cemuhan masyarakat..hihi..susah2 p duk luar negara bwk mak ayah sekali tukar kwarganegaraan..hoho

    ReplyDelete
  2. kita tak berada dalam situasi mereka..jadi kita tak tau camner..

    fizikal lelaki tapi jiwa perempuan(bila hormon wanita menguasainya)..sungguh siksa tekanan bila menjadi sedemikian..cuba bayangkanlah..

    sapa x sayangkan ank..whatever sekeji manapun anak dia..

    apapun isu sebegini harus diselesaikan dengan sebaik2nya..

    eh ingat syuk bela dia ke hahahahah..apapun mari kita sama2 doakan dia menjadi lelaki sejati..InsyaAllah

    ReplyDelete
  3. emmm pelik lak parent die ni..siap dh g mekah pn xkn xtau halal haram dlm islam lak kn..kalo bkn salah didikan,mngkin dorg x amik kisah kot psl si 'Alesya' ni sbb tu die leh buat ape die nk smpai kemuncaknya nk brtukar jantina plak..haih mcm2 hal la

    ReplyDelete
  4. so pathetic la this fella's life.i duno wat's he thinking.dah end of days la ni.haih~~

    ReplyDelete
  5. Bagi saya dosa tetap dosa..jgn nak menghalalkan sesuatu yg dah disebut Allah

    ReplyDelete
  6. ituke wajahnya???

    hmm.xtau nak kata apa..

    ReplyDelete
  7. mungkin telah ditakdirkan demikian. Terimalah dia seadanya..

    ReplyDelete
  8. Alamak sampai tukar jantina... dunia akhir zaman...

    ReplyDelete
  9. "ntah la nak komen apa...semuanya dah terjadi kan..tp mendengar cerita parents dia sedih sgt kan..kalau kita yg takde kaitan ni pun terasa macamana dgn ibu bapa yg melahir dn membesarkan dia...disisih masyarakat pulak tu.."

    ReplyDelete
  10. parents dia sedar anaknya berbeza sejak dari bayi lagi.. ape yg berbeza tu? dan ape result paras hormon yg dilakukan di pusat perubatan panai? adakah ia menunjukkan yang dia sebenarnya perempuan? ....p/s teringin nak tau kisah sebenar

    ReplyDelete
  11. lelaki ni bodoh.. die tak pikir ke efek kalau die tukar nama tu nnti pd msyrkt kite? mesti ramai lagi pondan2 kat luar sane pun nak buat mcm tu..then mcm mana kite nk bezakan lelaki ke perempuan sejati kalau semua dah tukar nama n jantina kat IC? nnti lelaki terkawin dgn 'perempuan' ni bukan ke dah jd bertmbah2 dosa.. haih bodoh sungguh manusia ni..

    p/s: rasa geram sgt n nak hantuk2 kpale die kat dinding kasi sedar sikit..

    mood: emo..haha

    ReplyDelete
  12. rara....sy rasa ashraf ni khunsa kot...mgkin mak bapak dia tersalah pilih dan letak jantina lelaki masa baby dulu...tak sangka pulak naluri lebih kpd perempuan bila dah membesar...perkara mcm ni selalu terjadi kat khunsa. kadang2 kesian jgk dgn golongan mcm ni..

    ReplyDelete
  13. hurmm..tak tahu nk komen mcmana sbb mak x mengikuti sebenar2 kisahnya. Takut memberi komen yg x adil utk dia.

    Apa2pun, hanya Allah maha mengetahui

    ReplyDelete
  14. tak berani nk komen lebeh....maybe ada jln penyelesaian yg lebih baik

    ReplyDelete
  15. dunia zmn skrg..mcm2
    mak ayh lak tu jd mgsa, ksian

    ReplyDelete
  16. @Syuxerntah lah syuxer,rara tak tau lah cane.

    ReplyDelete
  17. @ayanutsakk sokong,jgn halalkan benda yg haram.

    ReplyDelete
  18. sepatutnya mak ayah dia dapatkan rujukan dari ustaz2 atau mufti kalau dah tertekan sangat..apa kes nak bagi tau media.nak suruh kita simpati dan terima apa yang anak dia buat agaknya...

    ReplyDelete
  19. @Green Applemmg lah takdirnya,but dye buleh ubah.hmm ntah lah.

    ReplyDelete
  20. akak setuju dgn syuxer .. hanya dia dan allah sahaja yg lebih mengetahui .. ia dalah sgt2 subjectif utk diperbincangkan .. insyaallahh sama2 kita doakan dia jumpa jalan yg benar ..

    semua makhluk allah adalah yg terbaik ciptaan dia ..

    ReplyDelete
  21. kita tak ley benarkan asyraf nie tuka nama .

    dah memang hukum Allah kan .

    tapi masyarakat kalau nak mara , marah budak tu jer , jgn salahkan famly skli . tul tak ?

    ReplyDelete
  22. kesian kat die...mesti jiwe bercelaru...dah besangkut family lak..mcm2 kan skng..

    ReplyDelete
  23. hormon terlebih tu..
    memang tak leh salahkan diorg..
    tapi sampai nak tukar name?huhu
    sangguh dibunuh?adoii

    ReplyDelete
  24. hurrmm... tu lar namenyer zaman sekarang.. kalau dalam islam dah kate tak boleh.. tetap tak boleh...mane boleh melawan hukum agama...*sigh..[takut same2 menanggung dosa]tak boleh menghalalkan ape yang haram walau dengan ape care sekalipon.. sepatut nyer ashraf tu berpikir dulu..kalau tak takut n ingat ngan Tuhan pon..pikirkan maruah keluarge.. hah sekarang nak salahkan saper..[emosi lak]..huhu

    ReplyDelete
  25. straight to the point la kan, ingat la awk tu beragama apa bla nk buat ape2 pn..sama kt bdoa utk diri sendiri dan rakan2 seagama ISLAM, mintak jauh mende2 camni..

    ReplyDelete
  26. yg salah ttp salah.. takde apapun dpt membenarkan sesuatu yg salah

    ReplyDelete
  27. kenapela nk tuka ape yg ade.elok2 jadi laki nak jadi pompuan..jadi pompuan nak laki..adoi x paham tol

    ReplyDelete
  28. die khunsa ke time dilahirkan? if khunsa pun masa kecik tue kn dipilih untuk lelaki so die sepatutnye terima mende tue..kan qada dan qadar..dosa la dik non

    ReplyDelete
  29. err.. don't know what to say..
    but i think she's beautiful =.=
    sure can be a handsome men as well..
    sygnye >.<

    ReplyDelete
  30. arrayah.info - Hukuman terhadap Si Penukar Jantina Jika Dia Tidak Bertaubat

    ReplyDelete
  31. ish, dahlah tukar jantina, lepas tu pakai tudung plak..tak bleh terima betul..cukur kening pon dah dikira mengubah ciptaan Allah, ni kan tukar jantina..

    ReplyDelete

sayang anak ditangan-tangankan,sayang rara,di komen-komenkan.heee~ thanks sbb singgah and baca entry and komen skali,i appreciate it. =.='

Busuk!

safura.online.diary © . Designed by MaisarahSidi.com