Image and video hosting by TinyPic

01 July 2011

Tunangku pembelot!


TAK JADI...Mimi menunjukkan sebahagian barang hantaran perkahwinan yang  disediakannya.

Barang hantaran dan kad undangan sudah disiapkan, namun remuk hati seorang wanita apabila tunang kesayangannya tanpa diduga berkahwin dengan orang lain pada tarikh yang ditetapkan untuk majlis perkahwinan mereka.
“Tarikh 4 Jun 2011 sepatutnya dia bersanding dengan saya tetapi luluh hati saya apabila pada hari itu bekas tunang saya diijab kabul dengan wanita lain,” kata wanita itu yang mahu dikenali sebagai Mimi, 25.


Mimi berkata, dia tidak menyangka pengorbanan selama enam tahun berkenalan dengan lelaki itu yang dinamakannya, Z sebelum mengikat tali pertunangan pada 6 April 2007 berakhir dengan titik hitam dalam hidupnya.
“Hanya Tuhan yang tahu bagaimana perasaan saya kerana segala persiapan untuk perkahwinan disiapkan keluarga saya dan hanya menunggu tarikh majlis kenduri diadakan.


“Tergamak dia menconteng arang di muka saya dan keluarga, sedangkan saya dan keluarga melayan dia dengan baik sepanjang perhubungan kami,” kata anak ketujuh daripada lapan beradik yang bekerja sebagai jurujual itu.
-METRO

1 word i nk cakap.
KEJAM!
TAK BERPERIKEMANUSIAAN
TAK BERHATI PERUT.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

10 comments:

  1. oit Rara...tajuk hang ni bikin aku cuak ja..ingatkan tunang hang yang belot..haha..apo pun tak boleh..

    ReplyDelete
  2. kurang ajar punye lelaki eeeee...byk gk kes mcm tue skang eeee

    ReplyDelete
  3. lamanya tempoh bertunang?huhu..klu lelaki tu syg takkan bertunang lama2 punya

    ReplyDelete
  4. ape ke buruknya perangai..heheh
    xde hati perut lgsg!

    ReplyDelete
  5. gila la..cuak aku kes mcm ni..kih khi kih

    ReplyDelete
  6. Takpelah Maybe Allah nak tunjuk yang lelaki tu memang jahat..so naseb baik dye xkawen dengan lelaki jahaat tu (=
    memang la sakit hati tapi bila pikir balik banyak kebaikan nyer..mane taw pompuan tu dapat lelaki yg jauh lagi baik(=

    ReplyDelete
  7. OMG! sampai macam tuh sekali . Seriously memang kejam :/

    ReplyDelete
  8. kalau akak memang menangis hentak2 kaki dah..
    entah2 tunang dia kena mandrem kot...
    kesian nya..
    sedih la!!

    ReplyDelete

sayang anak ditangan-tangankan,sayang rara,di komen-komenkan.heee~ thanks sbb singgah and baca entry and komen skali,i appreciate it. =.='

Busuk!

safura.online.diary © . Designed by MaisarahSidi.com