Image and video hosting by TinyPic

23 August 2011

Amy (Search) Terkejut Nabila Mahu Cerai

Amy Search
PETALING JAYA: Vokalis kumpulan Search, Suhaimi Abdul Rahman atau Amy ternyata terkejut dengan keputusan anaknya, Nabila Huda, 27, yang ingin memfailkan permohonan cerai terhadap suaminya Zaidi Zailani, 30, selepas tiga tahun berumah tangga.
Amy yang dihubungi mStar Online pagi Selasa berkata, dia hanya tahu mengenai tindakan anaknya yang merupakan seorang pelakon itu selepas membaca laporan di sebuah akhbar.
"Saya baru tahu tentang hal ini (mahu cerai). Itu pun selepas membaca akhbar hari ini (Selasa) yang melaporkan tentang tuntutan cerai anak saya.
"Memang saya terkejut dengan hal ini dan saya enggan memberi komen lebih-lebih kerana belum berjumpa dengan Nabila lagi," katanya.
Nabila Huda
Ditanya adakah dia tahu selama ini Nabila mempunyai masalah rumah tangga, kata Amy, dia sekadar mendengar khabar angin sahaja tentang pergolakan rumah tangga anaknya itu tetapi tidak menganggapnya serius.
Sementara itu Nabila yang dihubungi tidak dapat memberi sebarang komen dengan alasan sibuk di lokasi penggambaran.
Nabila pada Rabu telah mengunjungi Pejabat Kadi Bahagian Perkahwinan, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) dekat sini untuk membuat permohonan cerai.
Bagaimanapun dia tidak dapat meneruskan hasratnya itu kerana terlupa membawa sijil nikahnya.
Hasil perkahwinannya Nabila dikurniakan seorang cahaya mata bernama Keisha Lalila yang kini berusia lebih setahun.
-mstar

__________________________________________________________________________

sorry post ag sekali,td blog i ni kena malware.huh!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

15 comments:

  1. semoga rumah tgga tu dpt diselamatkan lagi..tak best bila da org nak cerai berai ne..


    JOM BACA ENTRI INI,KISAH GENK DI ROTAN

    ReplyDelete
  2. sadis laaa,.=((

    kat mana2 cerita kat tv tu ada je muka nabila ni,.murah rezeki dia skunk,.tbe2 nak cerai plak,.

    ReplyDelete
  3. hermmm anak ayah same je huhuhuh

    ReplyDelete
  4. Adess sesungguhnya perceraian tu bukan jalan penyelesaian yang terbaik...masa mahu kawin tak fikir panjang nak cerai pun tak fikir panjang juga...

    ReplyDelete
  5. dah pulak. alahai. sian le kat anak tu.

    ReplyDelete
  6. Eeee .. artis Malaysia skrg dh mcm artis Hollywood lah. Tak suka .. "Cerai".

    ReplyDelete
  7. ohh . patutlah . hehee . ala , dah ada anak pun nak fikir cerai lagik ?

    ReplyDelete
  8. bergegar lg arash Allah bila isteri minta cerai. nauzubillah..

    ReplyDelete
  9. adoii..bercerai lg pulak dah..adoii

    ReplyDelete
  10. tulah artis. cerai saja. lihat saja yang bukan artis bahagia siang malam :)

    ReplyDelete
  11. alahai anak kecik lg..moga ada jln penyelesaian..Amin..hari baik bulan baik ni kan...

    ReplyDelete
  12. msred pon terkejut...macam nekad je dia nak cerai....bulan baik ni...

    ReplyDelete
  13. bulan baik ni tak baik bercerai..
    kalau nak bercerai tunggu2 la bulan depan..
    bulan ramadhan ni elok la kalau bersabar sikit..

    ReplyDelete

sayang anak ditangan-tangankan,sayang rara,di komen-komenkan.heee~ thanks sbb singgah and baca entry and komen skali,i appreciate it. =.='

Busuk!

safura.online.diary © . Designed by MaisarahSidi.com