Soalan:
Saya ingin bertanya apakah hukumnya samada batal atau tidak puasa saya sekiranya saya memakai kanta sentuh (contact lens) ketika berpuasa kerana saya perlu menitiskan ubat mata (lens drop) apabila mata saya kering?Jawapan:
Sah puasanya kerana mata bukanlah rongga yang terbuka. Perbuatan tersebut tidak membatalkan puasa.Di dalam Kitab Fiqh al-‘Ibadat, muka surat 191:
“Puasa orang yang memakai kanta sentuh atau contact lens tidak batal kerana ia tidak masuk ke perut dan bukan kategori makanan atau minuman. Dibolehkan juga menitikkan sebarang ubat mata atau telinga ketika berpuasa walaupun jika ia memasuki halkum. Ia bukan makan atau minum juga tidak termasuk makna makan atau minum.”
Berdasarkan ketetapan yang dibuat oleh Majma’ Feqah Islami dalam satu persidangannya, bahawa sesuatu yang dimasukkan ke dalam mata seperti titisan ubat tidak membatalkan puasa. Ia juga adalah pendapat yang pernah ditarjihkan oleh Ibn Taimiyyah.
Maka, tidak mengapa memakai contact lens ketika puasa. Walaupun ketika memakainya, ada cairan solution yang mungkin masuk dalam rongga mata. Ia bukannya makanan dan bukan minuman, dan tidak boleh disamakan dengannya pada hukum.
Wallahu a'lam..
-ibnumustafa-
Adapun penggunaan contact lens semada mengambil wudhuk, solat dan puasa; ia tidak menjejaskan ibadah-ibadah tersebut kerana bahagian dalam mata tidaklah wajib dibasuh atau disampaikan air ketika mengambil wudhuk atau ketika mandi (yang wajib ialah bahagian luar sahaja iaitu kelopak mata). Begitu juga dengan puasa; menurut ulamak memasukkan sesuatu ke dalam mata tidaklah membatalkan puasa. Solat pun begitu juga; tidak ada yang akan menjejaskan solat kerana contact lens.

Tak pernah terpikir pun psl ni... Tanks for sharing rara :)
ReplyDeletethanks utk info ini.. best3! boleh lah sebar2 pada rakan ^^
ReplyDeletethx for sharing..:)
ReplyDeleteinfo yg berguna..tq
ReplyDeletewalaweeihh.. kalau betul ley terbatal pose.. maknyer 11 tahun ar kene ganti pose..sebab dah 11 tahun pakai contact lens..n tak pernah terpikir pon pasal tu..huhu :)
ReplyDeletetapi pakai kanta sentuh dengan tujuan untuk nampak cantik itu berdosa.
ReplyDeleteOwh..mcm tu ke? Tq for sharing this. ^_^
ReplyDeletelaa hai, kte baru tahu ni ;) bgos2^^
ReplyDeletehehehe, tak pkai lens pon :P
wah..sy baru tau ttg ni..
ReplyDeletei mean pakai lens time puasa..
thanks sharing :)
Slmt berpuasa rara ~
thanks 4 tis info rara :)
ReplyDeletesyuk x pakai pun..tapi penerangan tazkirah ini sedikit sebanyak menambahkan ilmu pengetahuan agama..:)
ReplyDeletethank kongsi info..papepon kecohabes xpnh pakai contact lens..huhu!
ReplyDeletehaa..terjawab jugak persoalan yang melanda diri..cik E dok pikir boleh ke pakai contact lense waktu puasa..heheh..tenkiu cik pinky..sweet nye awak ni..suke tgk..=)
ReplyDeletenasib baik x membatalkan..kak ni rabun jadi pakai juga bila keluar umah.
ReplyDeleteinfo yg bgus :)
ReplyDeletei pkai lens!
x pernah pakai contact lens. spek mato je. hehe
ReplyDeletegood info dearie.. ouh btw, i singgah sini.. =)
ReplyDeletetak pernah pakai.macam azab jer pakai benda tu.hehe
ReplyDeletehehe fa pun pernah tanya ustaz dulu pasal benda neh. =)
ReplyDeletetq ustazah...ehehe
ReplyDeleteingtkn xleh.hehe.rara pakai lense kaler2 ke? :D
ReplyDeletehehee . boleh pakai , boleh pakai :)
ReplyDeleterara!lawat blog najilaa cpt.ade segment i tag u
ReplyDeleteoooo..Alhamdulillah..bunga baru tau ni..:0
ReplyDeletex tefikir plak kan. tp tiade keraguan lagi dah! thx rara! ;D
ReplyDeleteptt la rs mkin tak hensem ble pkai..;p
ReplyDeleteTak pernah pun terfikir mengenai pemakaian semasa puasa. Namun memang benar mata bukan rongga dan ia tidak membatalkan puasa.
ReplyDeleteAsSalam, sye nak tanya, mcam mna kalau pakai contact lens semasa menunaikan umrah/haji?
ReplyDeletekalau pakai just untuk suka² & utk nampak cantik boleh ke?
ReplyDelete