Image and video hosting by TinyPic

23 August 2011

mati dipanah petir.

salam 23ramadhan semua,pagi ni g keje mendung x?gelap je pagi ni kan.kalau lah dpt tidur ni.alangkah sedapnya kan.hee.i pg ni sahur pun tak bangun,mengantok giler,mls nk bagun,tambah pulak ngan sejuk je.
jeles nya kat org lain yg tgh tidur tu.sape yg tgh tidur tu?bangun cepat! heee

pagie ni i bukak metro,terkejut tgk berita sbbnya 6 org kena panah petir.
takutnya kan.time hujan-hujan mcm ni kena lah berjaga-jaga kan.tak leh nk main-main kat luar sgt.
petir pun sabung menyabung,hati-hati lah kita semua yeeee =)

MAUT...mayat dua daripada tiga mangsa   yang maut disambar petir di Sungai Choh.

KUALA LUMPUR: “Mereka duduk di depan pintu rumah kongsi kerana berteduh daripada hujan sambil menjulurkan kaki ke dalam air apabila tiba-tiba kilat menyambar sebelum berlaku dentuman kuat berhampiran.
“Semua mereka yang berusia antara 20 hingga 40 tahun rebah terkena panahan petir itu,” kata Hunarpo, 42, saksi kejadian tiga buruh binaan warga Indonesia maut manakala tiga lagi cedera disambar petir di U5 Glenmarie, Shah Alam, jam 2.40 petang semalam.

Selang lima minit kemudian, petir turut meragut nyawa tiga lagi warga Indonesia dan menyebabkan dua cedera. Ketika kejadian, semua mangsa sedang menanam sayur di sebuah kebun di Sungai Choh, Hulu Selangor, jam 2.45 petang. Saksi kejadian pertama, Hunarpo, berkata, majikan mengarahkan semua pekerja yang sedang melakukan kerja pembinaan berteduh di rumah kongsi terbabit sebaik hujan.


Selang lima minit kemudian, petir turut meragut nyawa tiga lagi warga Indonesia dan menyebabkan dua cedera. Ketika kejadian, semua mangsa sedang menanam sayur di sebuah kebun di Sungai Choh, Hulu Selangor, jam 2.45 petang. Saksi kejadian pertama, Hunarpo, berkata, majikan mengarahkan semua pekerja yang sedang melakukan kerja pembinaan berteduh di rumah kongsi terbabit sebaik hujan.


“Kami segera pulang ke rumah kongsi masing-masing termasuk mereka yang terkena panahan itu. Keenam-enam mereka tidak dipanah petir secara langsung, sebaliknya terkena renjatan yang terhasil daripada air yang naik akibat hujan sebaik petir meletup.

“Ini kerana mereka meletakkan kaki di luar rumah yang ditakungi air. Akibatnya, tiga mati di tempat kejadian manakala tiga lagi cedera akibat terkena renjatan,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian, semalam.

Difahamkan, keadaan tiga mangsa yang cedera dilaporkan stabil dan sedang dirawat di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang.


Seorang lagi rakan mangsa, Devi, 40, berkata, mereka baru dua minggu berpindah ke kawasan itu untuk memulakan kerja pembinaan.

“Saya berada kira-kira empat meter dari lokasi enam rakan disambar petir itu. Apa yang saya takutkan benar-benar berlaku apabila terdengar dentuman guruh yang kuat manakala cahaya kilat memanah bumi.

“Selepas dentuman itu, saya lihat keenam-enam mangsa bergelimpangan di tanah sebelum diangkat dan diletakkan di atas meja di rumah kongsi. Kami memaklumkan kejadian itu kepada pengawal keselamatan sebelum dia menghubungi ambulans,” katanya - metro

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

15 comments:

  1. kesian..lepas nie kena lebih berhati2 :)

    ReplyDelete
  2. bahayanya...
    time hujan duduk dalam umah je la..
    jangan nak main2 air kat luar...

    ReplyDelete
  3. aduhai..
    dahlah musim hujan skrg nie
    nek motor plak tue
    huhuhuhu

    ReplyDelete
  4. huhuhu kesiannye...sampai mcm tu sekali..smoge roh mereka dicucuri rahmat..al-fatihah untuk yg beragama Islam

    ReplyDelete
  5. ye lah...skrg musim ujan kan..hadoii..

    ReplyDelete
  6. wuishh risaunyer..melaka pown dok ujan je xbenti2 ni .

    ReplyDelete
  7. sedihnyaaa di bulan2 mulia nie dgr berita kematian mcm nie .. semalam mlm masa akak gi terawih memang lebat sgt2 .. sempat masuk ke masjid dan sembahyang dlm ujan lebat huhuhu

    ReplyDelete
  8. astaghfirullah..takotnye kalau mati mengejut macam tu..huhu

    ReplyDelete
  9. ya Allah takutnyer..ajal menjemput tak kira masa :(

    ReplyDelete
  10. akak pun terkejut baca cerita ni kat paper pagi tadi.. tempat akak dari pagi smp ekarang hujan masih tak berhenti.. tadi pun dgr guruh kuat yg sampai rasa bergegar sikit.. seram sangat.. semoga Allah melindungi kita semua..

    ReplyDelete
  11. Ngerinya.. Hujan memang best tp bla ada kilat tu yg tkt.

    ReplyDelete
  12. time petir , eloklah duduk dalam rumah ..

    ReplyDelete
  13. tringat mse balek ari 2 dlm pjln kerumah dgn bjln kaki..,hujan lebat ngan kilat sambar myambar tp sy redah jer.. nak bteduh pun takut..,alhmdllh x jadi pape mase 2..

    ReplyDelete

sayang anak ditangan-tangankan,sayang rara,di komen-komenkan.heee~ thanks sbb singgah and baca entry and komen skali,i appreciate it. =.='

Busuk!

safura.online.diary © . Designed by MaisarahSidi.com