Image and video hosting by TinyPic

23 August 2011

Nabila Huda : nekad cerai

NEKAD...Nabila hadir di pejabat Jawi, semalam.

KUALA LUMPUR: “Saya ke sini untuk membuat permohonan cerai kerana suami tidak mahu menceraikan saya. Saya sudah tidak mampu meneruskan perkahwinan yang berusia lebih tiga tahun ini.

“Saya tidak nafikan suami saya seorang yang baik cuma ada beberapa perkara yang menghalang saya meneruskan hidup bersamanya,” kata Nabila Huda Suhaimi yang mesra dipanggil Abil ketika ditemui di Pejabat Kadi Bahagian Perkahwinan, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), di sini semalam.


Dia yang terkejut kehadiran jurugambar The New Straits Times Press (M) Bhd, (NSTP) di pekarangan pejabat Jawi berkata, dia ke Jawi untuk memfailkan permohonan cerai terhadap suaminya, Zaidy Zailani, 30, bagaimanapun tidak dapat berbuat demikian kerana tidak membawa sijil nikah.


Katanya, dia mahu menyelesaikan kemelut rumah tangganya secepat mungkin kerana masalah yang membelenggu dirinya dan suami berlarutan lebih dua tahun sebelum disahkan hamil lagi.




“Apabila melahirkan anak (Keisha) saya harapkan ada perubahan dalam perhubungan kami. Bukan itu saja, memikirkan kesihatan juga membuatkan saya menangguh hasrat hati.



adehhhhh!apa dh jadi ni.i tgk hubungan nabila dan suami cm oke je,tapi ada masalah rupenya.hmm bulan-bulan baik ni,moga mereka dpt cari jalan penyelesaian yg baik.nk ckp lebih-lebih pon tak boleh sbb hanya mereka yg tahu apa yg mereka rasa.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

34 comments:

  1. betul! semoga dia mendapat jalan yang terbaik untuk diri dia dan suami :)

    ReplyDelete
  2. peh..memang terkejut...rasanya diorang ni loving couple kan...hope tak jadi la diorang ni bercerai...huhu

    ReplyDelete
  3. berkerut muka nabila..mmg btol dlm masalh tu..hrp diorang akan berbaek semula~

    ReplyDelete
  4. kita mampu doakan mereka jelah :)

    ReplyDelete
  5. lagi..lagii ..lagiiii cam ni la ka artis..

    ReplyDelete
  6. Doakan yg terbaik buat Nabila semoga tabah menghadapi dugaan ini. Amin !

    www.anastasyea.com

    ReplyDelete
  7. hmm... xmo komen lebih-lebih takut terkena btg hidung sendiri.. apapun moga mendapat jalan penyelesainnya... jangan jadikan institusi perkahwinan tu nampak buruk...

    ReplyDelete
  8. alahai...kes artis cerai lagi ker?terkejut dengar nabila nak mintak cerai...

    ReplyDelete
  9. laa cerai pulak, muga ade jalan penyelesaianye...

    ReplyDelete
  10. herm... harap pergi kaunseling dululah.. muga dapat penyelesaian

    ReplyDelete
  11. serius terkejut baca berita ni!

    ingatkan dia bahagia jer dgn husband dia..tambahan pula diaorang dh ada permata hati kan..

    ReplyDelete
  12. kita tk tau apa masalhnya..pandai2 la diaorg selesaiknya sndiri..

    ReplyDelete
  13. salam,

    Doakan yg terbaek untuk mereka berdua..

    ReplyDelete
  14. alahai... ciannya... mcm pkara biasa jer bg mereka yang bergelar artis ni yer...

    ReplyDelete
  15. luar nmpk baik.. dlm kite xtaw kn :)

    ReplyDelete
  16. jgn sangka panas sampai ke petang siapa th apa yang berlakukan...kalau boleh selesaikan selesaikan..tapi dh x boleh nk buat mcm mana..pekara halal yang di benci ALLAH

    ReplyDelete
  17. aduhhhh macam mana nie .. apa yg x kena .. huhuh hanya allah sahaja yg tahu .. :(

    ReplyDelete
  18. huh.. sungguh x sgka..
    InsyaAllah, semuanya akan baik

    ReplyDelete
  19. Kan? nmpak ok je dia orang. Tak sangka btl. Mintak jauhlah nanti bnda2 xelok mcm ni.

    ReplyDelete
  20. aiyok.. xde angin x de ribut cerai

    ReplyDelete
  21. eh terkejut akak dik non..rasa mcm eppy family je..moga moga ada penyelesaian terbaik buat mereka..aminnn

    ReplyDelete
  22. sekarang ni cerai org buat suke hati je..huhu..menakotkan golongan yang tak kawin lagi je..

    ReplyDelete
  23. aduhhh..lagi kisah artis cerai...

    Allah tahu yg terbaik..moga diorg pk semasak-masaknya..ehhe

    ReplyDelete

sayang anak ditangan-tangankan,sayang rara,di komen-komenkan.heee~ thanks sbb singgah and baca entry and komen skali,i appreciate it. =.='

Busuk!

safura.online.diary © . Designed by MaisarahSidi.com