18 October 2011

Cincin Untuk Bakal Suami : HUKUM LELAKI MEMAKAI CINCIN

oke,tajuk entry mcm biasa,mmg tak boleh blah.tu trademark i.so what.hehehehe.sory,gurau je.entry smlm i cite pasal hantarhantar kad kan,rini nk cite pasal cincin pulak.last weekend kami g cari cincin lelaki,adoooooiii banyak kedai jugak kami singgah untuk cr cincin en.bambam.biasa lah,cincin lelaki kan,mana lah nk dpt yg gojes-gojes,sume nye yg biasa je,tak glamorrrr mcm mak punye.hehehe.mak punye haruslah lah diamond sebijik.kikikiki.



pusing lah sume kedai,Tomei,Poh Kong,bapak Tomei,atok Poh kong sume tak de.last-last ada satu kedai melayu ni,cantek-cantek design dye,cincin Suasa,and Suasa putih.before beli tu i ckp dh kat tunang i,

"Cincin Suasa ni ada EMAS jugak,but beberapa percen je"

tapi en.bambam diam je,mybe dye tak caye apa yg i ckp kan,then dh smpai kedai tu,budak perempuan tu bgtau, "bang,cincin Suasa ni mmg ada emas taw,kalau suasa putih,dye ada emas putih,kalau yg tak kisah tu mmg dorg pakai je,tyme solat je dorg bukak"

then en.bambam diam,i tanya lah.mcm mana?nk x?dye kata dye TAK SANGGUP nk heret dosa tu hari-hari,sbb nya dh tau mmg dlm cincin tu ada emas,bukannya tak tau ada emas.so i pon rasa mcm nk mengkaji mcm mana hukumnya lelaki pakai suasa ni.

hukum nya ini : 


JAWAPAN DARI JAKIM

Soalan : Assalamualaikum WBTH.
Tuan Panel, saya ingin mengetahui apakah hukumnya lelaki memakai cincin suasa yang bertatahkan berlian. Saya bercadang membelinya untuk perkahwinan saya. Saya keliru sebab ada yang mengatakan boleh dan tidak kurang juga mengatakan haram. Jika ianya haram apakah alternatifnya. Mohon penjelasan para panel yang budiman. Sekian, terima kasih..

Jawapan :
Memakai cincin menurut sunnah yang diperbuat daripada perak adalah harus bagi lelaki. Manakala bagi perempuan harus memakai cincin yang diperbuat daripada emas. Rasulullah SAW pernah memakai cincin diperbuat daripada perak sehingga baginda wafat. Baginda melarang memakai cincin emas sebagaimana sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh al-Tirmizi bermaksud:

"Rasulullah SAW melarang daripada memakai cincin emas".

Cincin suasa adalah campuran daripada dua unsur logam iaitu emas dan perak. Oleh kerana cincin suasa campuran emas lebih daripada perak maka ia dihukumkan emas dan haram dipakai oleh kaum lelaki.

Menurut laporan Mesyuarat Panel Kajian Syariah JAKIM kali ke 31 pada 2-4 Oktober 2000mengenai hukum memakai suasa bagi lelaki adalah HARAM.

Panel menasihati agar pengantin lelaki memakai cincin perak atau platinum.

Nota:1. Jawapan kepada soalan disediakan oleh Panel Kemusykilan Agama, JAKIM
2. Setiap borang yang dihantar hendaklah mengandungi hanya satu soalan sahaja.
3. Jawapan yang diberi adalah berdasarkan Mazhab Shafie kecuali dinyatakan sebaliknya.

2. JAWAPAN DARI UST. AZHAR IDRUS(ustazazhar.com)

SOALAN:
Assalamualaikum.. Apa hukum org lelaki memakai cincin suasa? Ada pendapat mengatakan haram. minta penjelasan dari ustaz.

JAWAPAN:
Waalaikumussalam.. Apa yang saya ketahui hukum memakai cincin suasa bagi orang lelaki adalah haram kerana ia diperbuat daripada emas yang bercampur dengan logam lain. Samalah seperti haramnya lelaki memakai emas putih seklipun emas putih itu bukan 100% diperbuat daripada emas.

Kata Imam Nawawi dalam kitab Syarah Muslim yg bermaksud:"Emas itu adalah haram atas lelaki memakainya samdaa emasnya sedikit atau banyak."

Syeikh Abd Qadir Al-Mandili menyebut dalam fatwanya :"Dan adalah suasa itu haramlah bagi kaum lelaki memakainya."

Rujukan:
Kitab Fatwa Syeikh Abd Qadir , Fatawa Mufti Negeri Johor dan Pelita Penuntut.

sumber : blog ustaz naim

so mmg dh bertanya kepada org yg lebih tahu,katanya HARAM pakai SUASA.tak kira lah suasa putih or yg biasa,bg yg tak tau,ni mybe perkongsian untuk kita,bila kite pergi ke kedai cina,dye mmg takkan bg tau yg suasa ni ada emas,yelah dorg tak tau sgt kan hukum hakam,so kita yg tau ni better elak lah.mcm tunang i sendiri mmg dye taknak,so kami decide untuk bli cincin PALLADIUM.


nk tau Palladium ni mcm mana,korg search lah eh.but skrg ni utk selamat mmg ramai lelaki yg pakai Palledium,harganya hmmm agak lah,boleh lah n berbaloi lah jugak,tgk besar mana cincin yg korg bli.tp design dye mmg nice-nice semuanya.Palladium ni adik kepada Platinum.so dye nampak lagik cantek n berseri dari silver.so untuk yg blum bli cincin lelaki,cr lah Palladium okeh! chill yaw.

27 comments:

Hana Soffelia said...

Hana pun beli cincin palladium untuk hubby. Beli kat kedai emas cina. Reganya blh thnlh. Tp nk buat mcm mana, xkn nak bg suasa kot dah terang2 suasa tu ada kandungan emas kn.

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

perkongsian yg hebat dik.akak pun tak tau suasa ada emas.selamat suami mmg tak pki cincin.tq adik rara syg...muahhh.tu ke cincin en.bambam?

Golden Rose said...

cantik la cincin palladium ni..bagusla safura at least nak siasat pasal cincin suasa ni....tak ramai yang concern...good info

MYA EL QAYREENA AZRYAN said...

info beshhh

cik fadh said...

palladium, ok set dlm kepala dah . thanx 4 sharing da info ;)

yana halim said...

ye. harus pakai cincin utk menambah kehenseman. tapi kena cari yg halal la ye? palladium tu ok jugak. encik hubby akak pakai tu la...

Ct Arina said...

sekarang mmg banyak pengantin lelaki carik palladium je utk cincin kawen dorang. kalau laki jenis x pakai cincin lagi bagus, jimat. haha.

Nailah Azman said...

Assalamualaikum.

Sebenarnya kalau nak lagi elok, beli cincin yg ada batu delima or so on. Itu for sure mmg boleh.

Sbb paladium ni takut tetiba kang, ada yg kata tak boleh like kes suasa jugaklah. Dulu kata ok, after that baru ckp suasa ada campuran emas. Huhuhu.

Pia said...

"nice sharing ni rara...baguslah kalau kita tak tau kita siasat dan kaji dulu drpd terus jer pakai tanpa mengetahui isi kandungan barang tu kan....."

nur said...

nice info..br tau nih..palladium :)

Lelaki Ini said...

hahaha..
bagus!
nasib abek tak pakai!

bobiedanbad said...

masa akak kawin akak je dapat cicin husband akak tak nak

Miss Sunshine said...

dulu memang nak belikan cincin palladium.. tapi tengok harga.. huhu, harga tak mampu milik, jadi, beli cincin perak je..

nuraien said...

tq rara,aien memang x tau..selamat rara bg info..memang best and terbaik lah..

diana said...

sepupu suami akak ada kedai emas kat ipoh kat bercham..ada la jugak akak tengok cincin palladium ni dulu kat kedai dia.memang warna dia agak menyerlah la berbanding silver...tapi katanya ada orang tak tahan pakai.kulit jadi gatal2..

Luna Shoppe said...

Salam, jemput datang ke Luna Shoppe :)
lunashoppe.blogspot.com

KAMIHIDUP said...

bagus entri ni. :)

KAMIHIDUP said...

ada kerja yang tak dapat nak elak. nak online pun tak sempat. :)

stellaizz said...

org skrg kawen mesti nak tukar2 sarung cincin kan.....nasib my hubby x pakai cincin

Wanie said...

ha,ah kalau ade emas sikit mane pun kire haram jugak bagi lak yg pakai..

cincin palledium?tak penah dgr & tau..thanks berkonsi..nape takcari silver?

ieda said...

thanx dear !
perkongsian yg sgt2 bagus
akak pun dah lama tahu ..
dulu hubby ada pakai sekejap .. masa tuu ada yg cakap boleh tapi kena make sure x ada kandungan emas ..
lepas tuu dah was2 .. x pakai dah :)

cik mas said...

alhamdulillah. terjawab segala persoalan dalam minda ni. thnks atas perkongsian yang jelas :)

syaz@rozelt said...

baru nak bace entry2 rara..thanks for sharing dis important info..hehe

Anonymous said...

My ѕpοuse and I ѕtumbled οѵer here from a diffeгent wеb address and thought I might
as ωеll сheck thіngs οut. I liκе what
I sеe so now i'm following you. Look forward to exploring your web page repeatedly.

My homepage - payday loans

Anonymous said...

No matter if some one searcheѕ for hiѕ requireԁ
thing, ѕo he/she neeԁs to be available thаt іn dеtаil, thus that thing is
maintained over hеre.

Also visіt mу blog Same Day Payday Loans

dmep event said...

haram bagi lelaki islam pakai emas betul dan dalam suasa memang ada emas... sy lelaki tapi kadang kadang sarong aja cincin emas sebab chantik kata nya kikikiki sy memang suka pada emas utk investment diri dan ekonomi,sesak sesak jual balik kat ar-rahnu settle huhu beli suasa atau perak atau emas putih tak mahal jual balik rugi...pokok pangkal nak pakai emas terpulang lah yer wahai umat adam tanggong lah sendiri,yg penting jaga diri elok elok jgn sampai kena samun dah lah yer.... kikiki sy pegemar emas tak boleh nak elak huhu still sy sarong jugak di jari agar nampak bergaya sedikit..tapi jgn lupa diri sudah lah..insyaallah pakai sekadar ingin merasa aja..tu pendapat sy

dmep event said...

haram bagi lelaki islam pakai emas betul dan dalam suasa memang ada emas... sy lelaki tapi kadang kadang sarong aja cincin emas sebab chantik kata nya kikikiki sy memang suka pada emas utk investment diri dan ekonomi,sesak sesak jual balik kat ar-rahnu settle huhu beli suasa atau perak atau emas putih tak mahal jual balik rugi...pokok pangkal nak pakai emas terpulang lah yer wahai umat adam tanggong lah sendiri,yg penting jaga diri elok elok jgn sampai kena samun dah lah yer.... kikiki sy pegemar emas tak boleh nak elak huhu still sy sarong jugak di jari agar nampak bergaya sedikit..tapi jgn lupa diri sudah lah..insyaallah pakai sekadar ingin merasa aja..tu pendapat sy

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...