12 October 2011

Doktor gigi kaki lima

BERBAHAYA...‘doktor’ gigi warga China tidak mengamalkan ciri-ciri keselamatan ketika menjalankan proses rawatan.

salam pagie rabu semuuaaaaa.hai hai,i tau rini wordless,tp jgn nk wordless sgt,meh baca ni,giler lah gangster.kat Pudu ada DOKTOR GIGI,bukan bukak kedai,tapi tepi kaki lima je.sempoiii x?

relaxxx sudah,cabut gigi pelanggan sambil diri je.hehehe.sepanjang i lalu lalang kat pudu tu,tak penah pulak jumpa.kalau x boleh try.hehehe.xpon mintak tolong tampal gg i ni ke.ok gak kan.dh lah murah.jimat duet.heeee~

"Kerana yuran perkhidmatan yang murah, segelintir pengguna masih sanggup menggadaikan nyawa dengan mendapatkan rawatan pergigian daripada ‘doktor gigi’ tidak bertauliah di kaki lima Jalan Pasar Pudu, di sini.
Doktor gigi yang dipercayai berasal dari China itu memulakan perkhidmatan pergigiannya di kaki lima kawasan itu setiap hari bermula jam 9 pagi hingga 3 petang.

Mereka menawarkan perkhidmatan memasang gigi palsu dengan harga lebih murah daripada klinik swasta iaitu RM50 hingga RM80 satu gigi dan tempoh pemasangannya mengambil masa 20 minit.

Biarpun tidak tahu berbahasa Melayu, doktor terbabit mengupah jurubahasa yang bertindak sebagai pengantara untuk memaklumkan semua harga perkhidmatan.



Tinjauan Metroplus ke Jalan Pasar Pudu, baru-baru ini, mendapati empat doktor gigi warga China membuka klinik kaki lima di kawasan itu.



Berbekalkan peralatan pergigian, air, kerusi, carta dan sampel gigi palsu, mereka membuka klinik di tengah laluan itu tanpa memikirkan aspek keselamatan dan kebersihan.

Namun, masih ada segelintir pengunjung menggunakan perkhidmatan itu, biarpun tiada ciri-ciri keselamatan diamalkan.

Malah, doktor kaki lima terbabit mendakwa peralatan yang digunakan bersih dan selamat kerana semuanya sudah dicuci dengan ubat yang boleh membunuh kuman tanpa mensterilkan peralatan terlebih dulu.

Menurutnya, yuran perkhidmatan bergantung kepada jenis gigi yang digunakan, namun ia tahan sehingga tiga tahun, malah pelanggan boleh mendapat diskaun.

Katanya, pelanggan tidak perlu risau kerana doktor yang merawat sangat terlatih, berkemahiran dan pasti berpuas hati dengan perkhidmatan diterima.

“Sudah lima tahun kami menawarkan perkhidmatan pergigian di kaki lima ini dan sambutan amat menggalakkan. Pengguna tidak perlu risau kerana semuanya pasti selamat, prosedur yang dijalankan sama di klinik swasta dan lebih penting yurannya murah,” katanya - metro

16 comments:

Hana Soffelia said...

Euwwww.. gelinya. Plus ngeri pun ada. Nk jmpa dentist pun agak tkt, main selamba je cabut gigi kt kaki lima.

siti kektus said...

Nk cbut gg kt klinik yg gne bius tu pon tkut, inikn nk cbut tepi jln. Kng ada ape2 implikasi, diri sndri susah.

e k i n ♥ y u s r i said...

ishk,ade jugak org nk dtg...
huhuhuhu

mizzkechique said...

erkk, tkt kot nk gn perkhidmatan dia..

Niena Pengembara Ilahi said...

walaupun murah jgn la pergi..kn bahaya, xde jaminan..ish

::EIDA:: said...

Hohoo!! takutnya!! Rela byr lebih.... =P

ieda said...

adoiiii
macam2 skrg .. dah tuu kerajaan tgk je ke ?? x ambil apa2 tindakan ..
dah ada yg mati sbb cabut gigi baru nak serbu ! .. hurgh !!!

aTy _faRed~ said...

waaahh..ingat kat thailand jer ade macam ni..rupernyer kat meleysia pon ade jugak...

aTy _faRed~ said...

waaahh..ingat kat thailand jer ade macam ni..rupernyer kat meleysia pon ade jugak...

♥Lady Ainaa♥ said...

Yawwwww, manyak sakit ma lau cabut gune tgn jew...sape yg pegi tu mesti org yg tough2 ni an...lau org cam sy ni, sure bukn gg yg tercabut, kepale yg tercabut...hahahahah....

merahitujambu said...

ahahaha..kt situ pon jadi...haish

kecohabes said...

ta sanggup maaa~!

YOUsoF said...

Ada terbaca pasal klinik gigitepijalanmurah.. Ingatkan dekat India je..



Pantang nampak MURAH, orang kita pantas je rembat peluang tu. Side effeCt belakang kira. ;D

nazirah said...

mak aih tak sngke ada gk cenggini ek ee ngeri tengok gmbor kat ats ni pun aih .. ngeri cci dibuatnye ish mcm2 skang ek nak murah sekali pun pikirlah keselmatan tu eee

ArulchelseA said...

sapa nak kwen kena la jumpa dr gigi ... hehehe

KAMIHIDUP said...

ini sama macam nenek KAMI ni, cabut gigi cucu semuanya sendiri. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...