Image and video hosting by TinyPic

21 December 2011

Ariff Alfian - Saya Akan Kekal Muslim Hingga Akhir Hayat

KUALA LUMPUR – Arif Alfian Rosli, bekas pelajar Malaysia jurusan perubatan di Ireland enggan mengulas berita yang dia telah melangsungkan perkahwinan dengan seorang lelaki warga asing.
Arif Alfian yang dihubungi media Ireland, IrishTimes.com, menegaskan bahawa dia masih lagi seorang penganut agama Islam, tidak memeluk mana-mana agama lain dan kekal sebagai seorang muslim sehingga ke akhir hanyatnya.
Saya Akan Kekal Muslim Hingga Akhir Hayat - Ariff Alfian
“Saya tidak memeluk agama lain, apa yang dilaporkan sangat bertentangan dengan hakikat sebenar. Saya dilahirkan sebagai Muslim, saya masih seorang Muslim dan akan kekal Muslim sehingga saya meninggal dunia. Tiada apa yang mampu menggoncang keimanan saya,” katanya kepada media tersebut hari ini.
Arif Alfian juga menjelaskan bahawa dia sudah beberapa tahun tidak menghubungi ibubapanya di Malaysia ekoran satu perselisihan faham antara mereka, namun mengaku kerap menghubungi adik beradiknya yang lain.
“Saya ada sedikit salah faham dengan ayah saya pada tahun 2009…sehingga saya dilaporkan hilang, saya masih tidak berhubung dengannya, tapi saya sering berhubung dengan anggota keluarga yang lain,” katanya lagi.
Bapa Arif Alfian, Rosli Harun, 56, baru-baru ini memohon pertolongan dari akhbar Utusan Malaysia untuk mencari anaknya yang dikatakan ‘hilang’ setelah pencariannya menemui jalan buntu.
Memburukkan lagi keadaan, anaknya juga dikatakan telah berkahwin dengan seorang lelaki warga asing dan beberapa keping gambar serta video perkahwinan songsang itu turut tersebar di internet, termasuk salah satunya di lama web bigayweddingproject.com.
Majlis perkahwinan sejenis itu dipercayai berlangsung dalam sebuah gereja di luar negara dan Arif Alfian digambarkan memakai baju Melayu berwarna hitam, lengkap bersamping serta tanjak berwarna emas.
Pasangannya yang dianggarkan berusia lewat 30-an pula mengenakan busana sut lengkap warna hitam yang biasanya dipakai ketika majlis perkahwinan masyarakat Barat.
Arif Alfian ketika dihubungi media Ireland turut menafikan dakwaan dirinya ‘hilang’ dan menegaskan dia kini telah bermigrasi di Ireland secara sah.
“Saya tak hilang. Pihak berkuasa Ireland tahu saya tinggal secara sah di negara ini (Ireland). Kedutaan Malaysia juga tahu dan sedar mengenai saya yang tinggal secara sah di sini,” katanya lagi.
Selain itu, Arif Alfian juga menjelaskan bahawa dia secara tidak sengaja menarik perhatian masyarakat umum dan tidak mahu mencetus kontroversi atau masalah, khususnya terhadap keluarganya di Malaysia.

...................................................................................................................................................
mulanya bila dgr berita pasal Ariff ni i jd geram sgt.tak tau apa nk kata,kesian kat family dye,but bila baca artikel ni pulak,rasa kesian,tapi nk kesian cane kalau btol dye buat perkara diluar tabii tu kan.so skrg ni tak tau lah mcm mana keadaan dye,kalau dye kata dye islam,sah-sah islam xboleh kawen lelaki dgn lelaki,agak-agak lah,Nabi pon x ampunkan umat kalo cm tu.moga dye jumpa jalan keluar n bertaubat lah.


p/s : ni lah masalahnya org yg pandai sgt ni.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

18 comments:

  1. hurrmm .. moga2 keluarga kita di jauhkan perkara2 macam ni ♥

    ReplyDelete
  2. Takutnya sy...bukan takut apa. Sy takut amalan sy nie diterima atau tak oleh Allah. Inikan pula sy nak mengata yg bukan2 tentang org yg buat dosa.

    =(

    ReplyDelete
  3. berdoalah semoga pintu hati dia dibuka utk taubat.

    ReplyDelete
  4. ingatkan belajar tinggi2 boleh pikir secara rasional tapi sampai dengan ibu bapa pun boleh berlaku salah faham apa makna nyer tuu..sebab tu hidup pun jadi tunggang langgang!!!

    ReplyDelete
  5. sedih akak rasa...
    rasa rugi sangt..kan??

    ReplyDelete
  6. tetapi yg haram tetap haram dan kita doakan beliau terjumpa jalan pulang insyaallah.

    ReplyDelete
  7. emmmm... kalau betul dia islam, nape die kawin sesama lelaki? belajar agama tak abis ke?

    ReplyDelete
  8. muslim pada nama je... tapi pegangan dalam diri dah jauh terpesong!

    moga dia diberi hidayah utk kembali ke pangkal jalan..

    ReplyDelete
  9. semalam kite baru search pasal cerita dia ni.
    kalau betul islam, kenapa dia nak kena buat perkara yg tak elok tu kan. hmm.

    ReplyDelete
  10. semoga dia bertaubat..plus, semoga kita turut dikekalkan malah ditingkatkan imannya.kan sist kan.kan2...?

    ReplyDelete
  11. eh x der pula kisah dia di soal pasal kawin tuu .. hurmmm berita nie pun satu .. selalu x lengkap ..

    nyampahhh !! :)

    ReplyDelete
  12. hurmm..die islam tp die dah tersesat kan..huhu..

    ReplyDelete

sayang anak ditangan-tangankan,sayang rara,di komen-komenkan.heee~ thanks sbb singgah and baca entry and komen skali,i appreciate it. =.='

Busuk!

safura.online.diary © . Designed by MaisarahSidi.com