25 January 2012

Fakta tentang KENCING!






SEKALIPUN terpaksa menghadiri mesyuarat penting atau memandu untuk jarak yang jauh, menahan air kencing bukanlah satu tindakan yang bijak. Air yang ditahan itu hakikatnya kotoran beracun yang perlu dikeluarkan daripada badan. 

Menurut Pakar Urologi, Kesihatan Lelaki dan Pembedahan Robotik, Pusat Perubatan Prince Court, Datuk Dr. Sahabudin Raja Mohamed, menahan diri daripada membuang air kecil akan memberi kesan negatif kepada kesihatan. 

Namun, perkara itu mempunyai kesan yang berbeza mengikut jantina dan usia. “Kanak-kanak yang menahan kencing terlalu lama boleh menyebabkan masalah besar. Tidak kira lelaki mahupun perempuan, ia boleh meningkatkan kejadian jangkitan saluran kencing. “Dalam kes yang lebih buruk, ia akan mengakibatkan inkontinens iaitumasalah hilang kawalan untuk menahan kencing,” kata Sahabudin. 

Masalah itu menyebabkan penghidap tidak mampu menahan kencing daripada terkeluar sendiri terutamanya ketika batuk, bersin atau meneran. Seseorang juga sukar untuk menahan kencing sehingga dia boleh terkencing di mana-mana sahaja sebelum sempat pergi ke tandas. 

Antara tanda-tanda seseorang itu mendapat masalah inkontinens adalah sering berasa tidak puas ketika membuang air kecil atau aliran air kencing yang lemah. Masalah itu boleh terjadi kepada mereka yang mengalami kerosakan ginjal, uretra yang tersumbat ataupun kerosakan saraf akibat diabetes. 

Dalam pada itu, Sahabudin menjelaskan, membuang air kecil sebanyak di antara lima hingga enam kali sehari merupakan situasi yang normal. Namun, mereka yang membuang air kecil melebihi lapan kali sehari menunjukkan keadaan yang sebaliknya. “Kencing kurang daripada lapan kali sehari merupakan keadaan yang normal. Urin mereka akan berwarna jernih seperti air paip,” ujarnya. 

Pundi kencing yang berfungsi secara normal ditunjukkan apabila seseorang membuang air kecil dalam tempoh tiga hingga empat jam sekali iaitu tidak lebih lapan kali sehari. Mereka yang normal akan membuang air kecil hanya sekali pada waktu malam.
Jelas Sahabudin lagi, mengurangkan minum air masak bagi mengelakkan seseorang itu kerap ke tandas adalah satu tindakan yang salah. Mereka tidak seharusnya mengurangkan pengambilan air kerana bahan tersebut penting kepada tubuh bagi mengelakkan dehidrasi. “Jangan mengurangkan kuantiti air yang diminum. Sebaliknya pergilah berjumpa dengan doktor untuk mengatasi masalah itu.
“Jika terdapat jangkitan, pesakit perlu dirawat terutamanya mereka yang mengalami pundi kencing terlalu aktif,” katanya lagi.
Antara tanda kencing terlalu aktif adalah sukar menahan kencing, kencing tidak puas, pergi ke tandas melebihi 10 kali sehari dan berlaku kebocoran jika menahannya.
Masalah ini boleh terjadi lebih kerap dalam kalangan wanita muda. Seseorang yang menghadapi masalah ini akan membuang air lebih daripada 10 kali sehari serta tidak dapat menahan kencing.


Antara kaedah yang boleh digunakan untuk mengatasi masalah itu adalah senaman otot untuk mengawal kencing, latihan pundi kencing dan penggunaan ubatan. Jelas Sahabudin, masalah tersebut sering berlaku akibat kesibukan kerja yang mengundang masalah malas ke tandas selain ketiadaan kemudahan tandas yang bersih.



Sementara itu, melakukan aktiviti seperti memandu sambil menahan air kencing boleh mengundang bahaya. Perbuatan menahan kencing didapati mempunyai kesan yang sama dengan keracunan alkohol atau tidak tidur selama 24 jam secara berterusan.
“Apabila manusia sampai kepada titik kesakitan, mereka tidak mampu berfikir dan membuat keputusan lagi. Ia sama seperti mabuk,” kata profesor neurologi di Universiti Brown di Providence , Pulau Rhode, Amerika Syarikat (AS), Peter Snyder.
Kajian Synder bersama kumpulan penyelidiknya itu memenangi kategori perubatan anugerah Ig Nobel anjuran majalah Annals of Improbable Research (AIR) di AS baru-baru ini. Ig Nobel memberikan anugerah untuk pelbagai kajian yang dianggap melucukan tetapi kemudian membuatkan orang mula berfikir.

dh lama i cari artikel pasal ni.dan bila mama pipie publish.

huh rasa lega sgt.sekurang kurang nya i boleh tau cara kencing i ni normal.

sebelum ni i takut sgt sbb i mmg kuat kencing.tambah lagik bila minum air putih.

so skrg tak yah risau nk minum air putih banyak,
sbb bila kite tgk air kencing kite putih,
maknanya air dlm bdan kita dh cukup.
indahnya ciptaan Allah.

dpt angpow CNY sini 

21 comments:

cheqna said...

cheqna dulu2 suka sangat tahan kencing
skang tidak lagi

shaFazie said...

info yg sgt2 bagus nie...

Cik FaRiZaM said...

nice info...tq for sharing.....:)

nuraien said...

aien sker tahan kencing.huhu

diana said...

DULU AKAK TEROR JUGAK LA TAHAN2 KENCING NI TAPI SEKARANG TAK BOLEH LA...DAH TAK TEROR..EKEKEKEK

Liyana Zahim said...

Hehhe.. Doktor Rara is giving her article bout urine.. :D

Daddylicious said...

betul tu ...jgn buat main2 boleh naya kita nanti...

yana-feehily said...

skrg pun masih lg dok tahan kencing..huhhu. bahaya btl..

nuyui a.k.a miss YUI said...

owh,gtu ea..xcukup air la gtu..hihi

syaz@rozelt said...

hihi..dh mcm dalam kelas sains la plak..erm ingt lg dulu syaz pernah tahan kencing dlm bas..seksa gila!huhu

Liyana said...

sy pun suke tahan kencing, sbb kdg2 bz sgt kt opis, huhu

pasni xmo tahan2 dah, huhu

hyz said...

baguih la info ni... baru tau kita perlukan air byk mana kan?

zOeY zAu YaH said...

good info =)

Rtp Farra Arisha said...

slalu mengamalkan minum air putih banyak2. emm, bagus dan berguna infonya!

ieda said...

suke baca
tq sharing dear ! ... ;)

chemay said...

nice info.
nasip baik chemay punya urin selalu dalam kategori 123 je.
heee
:)

Etong said...

info yg baik. thanks :)

KAMIHIDUP said...

baru lepas tahan kencing dari putrajaya ke melaka semalam. haha. seksa.

merahitujambu said...

sy kerap ke toilet..igt x normal..alhamdulilah normal

aTy _faRed~ said...

mase mengandung ni kerap sangat nak buang air kencing..pantang minum..may be sbb baby dok tekan2 pundi tu...hurrmmm

mas saari said...

sebab tu kita kena minum air banyak2... kerap pi toilet pun takpe!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...