Image and video hosting by TinyPic

31 January 2012

Makcik Panic,langgar habes semua kereta!

KUALA LUMPUR – Mungkin kerana terlalu panik setelah melanggar sebuah kereta mewah jenis Volvo XC60, seorang wanita kemudiannya merempuh dua buah kereta lagi di belakangnya sebelum bertindak merempuh masuk ke dalam sebuah kedai ‘Superbike’ dan menghentam empat buah motosikal berkuasa tinggi di Bandar Sri Permaisuri di sini.

Dalam kejadian pukul 4.30 petang, pemandu wanita dalam lingkungan usia 50-an itu telah menggerakkan kereta Wira gear automatik miliknya berulang kali ke depan dan ke belakang sebanyak enam kali hingga melanggar semua kenderaan terbabit.

Seorang saksi kejadian, Mohd Nooraimee Othman, 23, berkata, wanita itu pada mulanya mengundurkan keretanya untuk keluar dari kawasan tempat letak kereta di hadapan kedai motosikal berkuasa besar berkenaan dan secara tidak sengaja melanggar Volvo milik adik kepada pemilik kedai ‘Superbike’ berkenaan.

“Mungkin makcik tu panik sangat.. lepas dia langgar volvo kat belakang..dia reverse dan ke depan dan belakang lebih kurang lima kali..kali yang kedua dia reverse (mengundur) itu dia hentam pulak dua buah Myvi yang terletak kat tempat letak kerata kat belakang dia.

“Kali ke enam dia maju ke depan dan terus rempuh masuk dalam kedai..masa melompat masuk kedai tu dia sempat langgar sebuah motosikal Honda VFR 1000..pelanggan punya tu,” katanya bercerita mengenai kejadian yang mencemaskannya itu.

Menurut Mohd Noraimee yang merupakan pekerja kedai Superbike tersebut, wanita itu turut melanggar tiga buah motosikal berkuasa tinggi jenis Suzuki GSX 1000cc, Honda CBR 1000cc dan BMW 1400cc yang berada di dalam kedai berkenaan.

Screen Shot 2012-01-31 at 12.58.23 AM.png 

Seorang lagi saksi, Sarah Zamzuri, 30, pekerja RHB Bank yang terletak bersebelahan kedai superbike itu berkata, dia terkejut dengan bunyi dentuman kuat membuatkannya berlari keluar dari pejabat untuk melihat punca bunyi berkenaan.

Sarah berkata, dia bingung sebentar apabila melihatkan kereta yang dipandu oleh wanita terbabit berulang kali bergerak ke depan dan ke belakang dengan laju.

Melihat kejadian itu, Sarah berkata, dia terus berlari mengalihkan kereta Avanza miliknya sebelum sempat dilanggar oleh wanita berkenaan.

“Saya panik tengok mak cik tu laju aje reverse dan pecut ke depan, saya terus lari ke kereta saya untuk alihkan kenderaan saya. Memang Tuhan sahaja yang tahu macam mana saya menggigil berlari ke kereta.

“Waktu saya alihkan kereta saya, wanita itu masih lagi menggerakkan keretanya dengan laju,”terang Sarah.

Adik kepada pemilik kedai Superbike yang enggan dikenali itu mendakwa, abangnya mungkin terpaksa menanggung kerugian mencecah setengah juta ringgit akibat insiden tersebut.

Sementara itu, ketika mendapatkan kenyataan dari suami wanita tersebut, lelaki itu hanya banyak berdiam dan turut terkejut dengan kejadian yang berlaku.

Lelaki berkenaan tidak percaya kemalangan yang berlaku itu berpunca daripada isterinya yang ditinggalkan sekejap sewaktu dia keluar untuk membeli barangan.

Orang ramai yang turut berada di tempat kejadian sempat menjerit ke arah wanita berkenaan supaya menghentikan enjin keretanya supaya dia tidak terus menggerakkan kenderaannya.

Wanita berkenaan juga kelihatan masih bingung



korg bayang kan kalau myvi silver n kuning tu milik korg,apa korg rasa.apa korg rasa bila tibe tibe tgk kete korg jd cm tu,dh lah kete baru,tanpa buat salah,tanpa apa apa angin or ribut,tiba tibe kete korg jd cm ni.Ya Allah,mmg sgt dugaan kan,masa i baca artikel ni kat OH Tidak td,rasa cm nk nanges,apa lah sebenarnya yg makcik tu rasa kan,padahal suamy dye keluar g kedai kejap je,apa motif dye nk bawak kereta wira dye tu,then knp dye nk reverse n kedepan banyak kali,makcik tu nk larikan diri dr suamy dye ke,huh! mcm mcm lah org mesia ni kan.hmmm tapi i simpati kat kedai motor n pemilik kereta myvi ni.seday nya.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

26 comments:

  1. huh? like i don't believe this story at all. that makcik did that sebab maybe dia takut kot? perhaps

    ReplyDelete
  2. takutnye tengok..teruk cam 2 skali

    ReplyDelete
  3. macam manalah mak cik tu leh jadi camtu kan..

    ReplyDelete
  4. kalau la saye ade kat tempat kejadian..sy yg panik huhu

    ReplyDelete
  5. rasanya makcik ni blm mahir. sbb dari cerita saksi2 tu mcm makcik ni tak reti nak agak bila pijak pedal minyak tu. sian suami makcik ni...tak terkata dia.

    akk baca kt fb ptg tadi..

    ReplyDelete
  6. saya biasa dgn kwsan kejadian.. x dinafikan kawasan kejadian adalah sempit dan sesak dengan kenderaan.. jadi, x mustahil makcik tu sukar nak keluarkn kndrn.
    Namun, mungkin dsbbkn trlalu panik dan tindakan rempuh merempuh ini berlaku.

    kesian pada makcik dan mangsa2 lain..
    jadikn ikhtibar :)

    ReplyDelete
  7. panik tahap gaban ni..kih kih kih

    *pmpuan biasa la..kih kih kih

    ReplyDelete
  8. DULU KAN AKAK PERNAH TAU BUAT ENTRY PASAL PEMANDU WANITA NI..DALAM ENTRY TU AKAK SARANKAN PADA WANITA YANG TAK YAKIN BOLEH BAWAK KERETA SUPAYA JANGAN BAWAK KERETA..TAPI RAMAI YANG BANGKANG..ADA YANG KATA PATUT CUBA.SAMPAI BILA TAK YAKIN??..

    SEBENARNYA BENDA MACAM NI LA YANG AKAK MAKSUDKAN DALAM ENTRY TU..
    KALAU DAH JADI MACAM NI SIAPA YANG SUSAH.KALAU HILANG NYAWA LAGI LA TERUK..

    INGTLA..BAWAK KERETA KAT JALAN RAYA NI BUKAN BOLEH CUBA2.NAK CUBA2 PI KAT TEMPAT BELAJAR MEMANDU.BELAJAR SAMPAI PANDAI BARU BOLEH PEGANG STERENG.

    JANGAN MENYUSAHKAN ORANG LAIN.JANGAN TUNJUK TEROR.SEBAB IANYA MELIBATKAN NYAWA..

    ReplyDelete
  9. sesak napas baca! huhh.. napa dorg tak interview mak cik tu, kenapa mak cik tu wat cmtu kan..

    ReplyDelete
  10. makcik 2 sht ke tak??

    ade ke bawak keta cm 2.... aish.... mati lah nk tanggong semua 2

    ReplyDelete
  11. sadis kan? kebetulan husband my friend pon ade hantar motorbike dia kat kedai tu sebelum kejadian...sib baik motorbike dia tak jadi mangsa... kalau tak... huiihh... xtau la nak kata ape..

    pelik la.. patut kalau dah langgar skali tu..stop la terus kan?even panik pon...patut alih2kan kaki tu dari pedal minyak cepat2...hmmm..

    ReplyDelete
  12. Ya Allah....nape yea dia jd smpai cm gitue....cian jugak kt yg jadi mangsa tue..hurrmmm

    ReplyDelete
  13. itulah..dugaan yg dtg tnpa diduga.ble2 mse je kte blh rugi wlpn tnpa apa2 kesalahan dr kte.klau sy ditempat dorang,tak tahulah mcm mn sy nk bt.

    ReplyDelete
  14. kesian pun ada..hangin pun ada.....isy3...

    ReplyDelete
  15. Salam Puan Rara,

    Pelik juga dgr cite ni... alahai, byk sgt kerugiannya tu, adus...

    Apa sbnrnya makcik tu pk ye?

    ReplyDelete
  16. rasanya la kan.. makcik ni dah kemaruk nak pegang stereng ni tapi tak tahu bawa kereta. jeles kut tgk husband dia bawa keta.

    ReplyDelete
  17. macam nilah jadinya kalau panik tak tentu pasal kan? sepatutnya kalau dia dah langgar tu stop teruslah dan matikan enjin...

    ReplyDelete
  18. sedih pulak bila mengenangkan owner myvi dan owner superbike tu kan..hish..takut. takut.

    ReplyDelete
  19. Eee.. Saikonye makcik tu.. Nape ek? Kalau kete liyana tu bkn takat nangis.. Koma.. Eee.. Myvi kuning lak tu.. Eee kesian sgt sgt..

    ReplyDelete
  20. kesian makcik tu.. mungkin dia tak pandai nak stop keta tu... tu mcm tu...

    ReplyDelete
  21. Gila ah!

    Just wonder, who's going to pay for all those damaged cars and bikes? Hopefully mokcik tu ada insuran third party. Ehh still boleh cover ke kalau kes macam ni?

    ReplyDelete
  22. terkezut dgn berita ni....sian pun ada kalu dah panik macam2 leh jadi...

    ReplyDelete

sayang anak ditangan-tangankan,sayang rara,di komen-komenkan.heee~ thanks sbb singgah and baca entry and komen skali,i appreciate it. =.='

Busuk!

safura.online.diary © . Designed by MaisarahSidi.com