05 January 2012

Perkara penting sebelum anda bercadang untuk hamil

Makan asid folik

Walaupun anda merasa diri anda sihat dan tidak mengalami sebarang kekurangan zat dan vitamin, anda masih perlu memakan asid folik sekurang-kurangnya 400mcg sehari sekurangkan kurangnya 1 bulan sebelum mengandung. Asid folik, walaupun terdapat dengan banyak dalam makanan dan sayuran seharian, ia mudah rosak apabila semasa proses memasak. Kekurangan asid folik dikaitkan dengan kecacatan saraf seperti spina bifina.

Jangan merokok dan meminum alkohol

Hentikan serta merta sekiranya anda bercadang untuk hamil dalam masa terdekat, banyak penyelidikan yang telah dijalankan menunjukkan merokok dikaitkan dengan bayi yang kecil semasa lahir, bayi pramatang, keguguran dan sebagainya. Ia juga dikaitkan dengan ketidaksuburan dan kekurangan sperma pada lelaki.

Kurangkan minuman berkafin

Terlalu banyak minuman cafin boleh mengurangkan keupayaan usus anda untuk untuk meyerap zat besi dan meninggikan risiko keguguran dan kematian anak dalam rahim. Kurangkan pengambilan secara beransur-ansur dan gantikan ia dengan minuman jus jika anda suka. Walaubagaimanpun anda masih boleh meminum minuman bercafin satu cawan sehari semasa mengandung.

Pastikan berat badan optimal!

Sekiranya anda mempunyai berat badan yang normal, anda lebih senang untuk hamil. Penyelidikan telah menunjukkan meraka yang mempunyai berat badan yang terlalu rendah dan terlalu tinggi lebih sukar untuk hamil. Sekiranya berat badan anda tidak memuaskan, cuba untuk memperbaiki dengan mengurang atau menambahkan berat. Berbincanglah dengan doktor anda cara terbaik untuk menguruska berat badan anda.

Simpan cuma makanan yang sihat sahaja dalam peti sejuk.

Anda tidak perlu makan untuk dua orang, tetapi dengan amalkan memakan buah-buah dan sayuran 4-5 hidangan sehari ia boleh membekalkan nutrient yang anda perlukan sebagai persedian untuk hamil. Makanlah bijiran whole grain, susu, yogurt atau jus yang kaya dengan kalsium. Sekiranya anda pengemar ikan, kurangkan memakan ikan dari jenis jerung, sword fish dan tuna kerana ia mungkin berlebihan dengan kandungan merkuri, bahan yang boleh memberikan kemudaratan kepada bayi anda.


--------------------------------------------------------------------------------------------------

i tau ni pon sbb friend i bg tau.hmmm yelah.i kan budak baru belajar.
so tak salah kan kalau share,dan kalau ada kakak-kakak yg pakar nk bg pendapat pon oke.
leh share-share kan.hmm ada kah i patut amik asid folic ni?
dye takde effect pape ke?

this is sweet huh!




p/s : sorry kalau entry agak keibuan.hehehe

19 comments:

mOoN said...

tak penah amik benda ni... pas peknen baru tau sal asid folic ni... penting utk babies... :)

::EIDA:: said...

Rara, ida makan acid folik setiap hari sebelum pergi kerja.. Acid folik makanan tambahan untuk menguatkan rahim.. Tak salah makan... Nak preggy kan... =)

mas saari said...

bagus asid folic tu, akak makan tiap2 hari!

maszmadi said...

cayork! rara cayork! hehe

CikPuan Fara said...

mkn asid folik tau setiap hari.. akak mkn setiap hari sebelum cnfirm preggy.. :)

Aeen said...

ain pn ambil asid folic gk b4 pregnant....but now...alhamdulilah..dah pregnant...doktor pun suruh teruskan mkn asid folic ni...=D

Ieda AlHabsyi said...

asid folic ni bagus makan masa ngadung, insyallah boleh elak anak cacat :)

Prettywrite said...

auw comel lah itu kaki shiapa punyeeeeer?heeee

LiLy @ MumMyQiStInA said...

Asid Folik memang bagus..akak dulu memang makan setiap hari sblm & semasa mengandung..

Munnafendy said...

errrrr.....nak jwb pun lum masa lagi ni rara....hahahaha

~LeeyanaRadhi~ said...

Rara try la mkn..Yana mkn hari-hari sebelum pegi kerja..nnt klu da berjaya preggy, doktor pun akan supply asid folic ni .. =)

▪imie fatima▪ said...

entry begini banyak membantu .. i loike! rara,akak nak tanya macamana nak letak gambar pada fibox,tapi still ada url link blog kita bila klik nama kita? dah try many times tak jadi ..

Puan Gojes said...

thanks for info dear :) berguna utk si pengantin and mama to be yg baru! (^___^)

ieda said...

gud tips dik
akak dah tutup kilang dahh ;)

fieda said...

sharing is caring...:)

norinaomar said...

rara..saya baru je kawen 20.11.2011 haritu and baru seminggu juga start makan asid folic ni..

sebelum makan ubat tu saya baca doa supaya Allah murahkan rezeki anak kepada saya.Jangan risau,takde apa2 side effect yg teruk pun.Kita sama2 usaha ye!!

cik najihah said...

sy doakan akk cepat dpt baby..

Cik Azizah said...

bagus folic acid ni sis...untuk pembentukan baby...kdg2 makan kdg tak makan..tu pon curi2 makan folic asid kat ward..hehe

KhaiRin - anies said...

tips berguna ni..walaupun ms sy blom smpi lg

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...