solution : hasil search google
Istilah "keputihan" adalah simptom yang lazim
dialami oleh wanita. Penyebab utamanya sejenis kulat (jamur) yang dikenali
sebagai candida albicans. Keputihan yang disebabkan olehcandida albicans dikenali
dengan vulvovaginal candidiasis.
Permasalahan ini kerap berlaku kepada gadis dan juga wanita
dewasa. Simptom umum yang biasa muncul adalah rasa gatal teramat sangat pada
bahagian luar faraj, kemerahan dan terkadang bengkak pada bahagian labia majora
(bibir luar kemaluan), pengeluaran cairan daripada faraj yang berwarna putih
dan berkeladak serta berketul-ketul menyerupai susu basi. Penghidap mungkin
juga mengalami rengsa atau rasa sakit semasa hubungan seks.
Dalam keadaan normal, kehadiran candida albicans dalam
tubuh manusia tidak menimbulkan gangguan. Gangguan hanya akan muncul apabila
keseimbangan populasi flora normal ini mengalami perubahan.
Perubahan keseimbangan flora normal dalam faraj terjadi
kerana pengambilan ubat perancang kehamilan, menstruasi, semasa hamil, membasuh
bahagian faraj dengan sabun atau pencuci faraj secara berlebihan. Ini dapat
menyebabkan perubahan hormon yang akhirnya akan mempengaruhi keasidan pH pada
bahagian faraj. Adanya perubahan pH ini akan mempengaruhi keseimbangan flora
normal yang ada di dalamnya dan menyebabkan flora yang tidak normal membiak
secara berlebihan.
Rawatan untuk masalah keputihan dilakukan dengan menggunakan
ubat antikulat (antijamur). Tindakan tanpa ubat yang patut juga dipraktikkan
adalah dengan menghindar penggunaan sabun atau parfum pada bahagian faraj untuk
mencegah iritasi, menjaga agar bahagian tersebut tetap bersih dan kering dan
mengelak pakaian dalam yang ketat dan tidak dapat menyerap peluh. Ubat-ubatan
antijamur (dalam nama generik) seperti klotrimazol, mikonazol, ekonazol, nystatin,
ketokonazol, itrakonazol, dan flukonazol, boleh didapati di klinik-klinik dan
farmasi. Ubat-ubatan tersebut dapat digunakan secara oral, diminum atau
digunakan langsung pada bahagian faraj.
Hendaklah berjumpa dengan doktor bagi menjalani pemeriksaan
dan mendapatkan rawatan yang sewajarnya.
Pencegahan
Anda disaran menjaga bahagian sulit supaya bersih dan tidak
lembap dengan menggunakan pakaian dalam serap peluh diperbuat daripada kain
kapas.
Penggunaan cairan pembasuh faraj harus secara bijaksana
dengan mengetahui suatu prinsip bahawa bahagian itu bersifat asid yang juga
lingkungan biasa bagi flora normal (mikroorganisma yang dalam jumlah normal
tidak menyebabkan penyakit).
Adanya perubahan lingkungan normal tersebut, misalnya dengan
penggunaan pembersih cecair faraj yang bersifat alkali (mengandung sabun) dapat
meningkatkan pertumbuhan flora secara abnormal.
Jadi hendaklah menggunakan pencuci atau pembersih faraj
secara berpada-pada dan tidak keterlaluan.
summary : agak risau jugak pada mulanya sbb x pernah berlaku keputihan mcm tu sblm ni,maybe disebabkan sabun pencuci yg digunakan,kalau berlanjutan,terus nk g cek doc lah kot.hope xde pape! Amin


:) dah beristeri boleh je kan???
ReplyDeletetambah pengetahuan
da 5 bulan ni keputihan makin byk lak..ain pun kene gak...ni 2-3 jam sekali nak tukar panty liner...td gi check-up ..nurse kata minum air kelapa kalau nak kasi elok kputihan tu...but its normal la kene cam tu...cuma kite je xselesa...
ReplyDeleteade jugak keputihan mcm tu..doktor mmg tanya tp die ckp kalau tak gatal2 ok..nt rara try tanya doktor k..
ReplyDeleteakak tak pernah jadi gitu pulak..
ReplyDeletecuma gatal2 badan je la..
oh, sib baik akak dah 2 kali preggy ni tak penah kena lagi...
ReplyDeletekalau keputihan tu gatal2 then takde berbau, doc ckp is normal.. tapi kalau dah terok sgt better g jumpa doc rara..
ReplyDeleteinsyaallah, tak de pape kot kak. :))
ReplyDeleteselalu kena..
ReplyDeleteselalu kena..
ReplyDeleteAdakah itu normal sis?
Deletelepas bersalin kena..berketul ketul dan kmluan pedih2
ReplyDeleteSaya pon tpi tk pernah pregnent lagi
DeleteJikalau ade masalah keputihan.. Sesuai ke untuk berjumpe dg doc klinik biase?
ReplyDeleteSaya baru kena tadi keputihan berketul ni tp takde gatal berselang dgn darah sikit risau jugak 😠tak pernah kena mcm ni
ReplyDeleteNormal ke bagi yang belum berkahwin??
ReplyDeleteDie berketul...bnyak jugak...pastu faraj gatal,merah...sakit sbb garu kot...bau sikit je lah...anyone?? Kne g jumpe doc ke?? Nk ckp ape...?
Kita pernah gak kena , kita beli ubat antifungus yg mcm pill tu then dia ada bagi something benda tuk tembak masuk dalam so tkyh lah susah2 nak korek smpi ke dalam .. pergi beli kt farmasi .. ubat sapu susah nak hilang pada yg dah teruk sgt mcm saya dulu..
DeleteSelalu gatal waktu malam..keputihan pulak berketul..tpi tk bnyk..klau nk jumpa doc nk ckp mcm mn ye..bruu je jadii dlm seminggu lebih..tiap2 mlm gtal..
ReplyDeletesy tgh hamil nk masuk 5 bulan,selalu ade keputihan ketul2 tu...selalu sy bersihkan dgn korek dgn jari,kalau bersihkan mmg gatal...xpe ke ye
ReplyDeleteSy pun kna jgk mhu jmpa doktor tp malu..klo jmpa nk ckp apa ya
ReplyDeleteSedihh sy pun sma..da msuk 3 bln lh mcm tu.sy mhu jmpa doc mlu.xthu nk ckp mcm mna bila mhu jmpa doktr.. Tlg bntu sy
ReplyDeleteSaya da 33week pon jadi juga macam ketul2 basi gatal2 memang xtahan stress gila...bgtaw nurse n doctor diorang akan cek dan bg ubat untuk clear...apa2 jangan malu bgtaw nurse atau doktor...sebab xtahan kot sengsara keputihan ni... preggy ubat ke suppliment pon xley makan sebarangan...
ReplyDeleteSaya da 33week pon jadi juga macam ketul2 basi gatal2 memang xtahan stress gila...bgtaw nurse n doctor diorang akan cek dan bg ubat untuk clear...apa2 jangan malu bgtaw nurse atau doktor...sebab xtahan kot sengsara keputihan ni... preggy ubat ke suppliment pon xley makan sebarangan...
ReplyDeleteYg penting kena bertindak cpt..jumpa doktor sakit puan..dia pakar dlm bab ni
ReplyDeletekita jgn malu.. jgn segan..doktor pakar blh bantu kita dari terus mengalami kegatalan...akibat keputihan.. itu sahaja caranya.
blh selamat jiwa kita yg merana ini..
jangan dah teruk baru nak jumpa pakar..
ok bye.
sekadat perkongsian drp pengalaman yg lps.
Baru 5weeks pregnancy, kena jgk keputihan putih berketul. Normal ke??
ReplyDeleteSy pulak dah pernah kena, dokter dah bagi ubat,okey la seminggu dua lepastu jadi balik, ni dah dua kali pakai ubat yg sama, lpastu jadi balik..ya Allah stress sangat rase..memang xkan hilang ke keputihan ni masa mengandung..?
ReplyDeleteSy baru berkahwin dlam 5 bulan , sblm ni tk pernh jadi .. tp dlm buln ni 2 kli jadi .. berketul2 mcm susu basi tu , gatal tapi xde bau .. sy trpakse korek utk keluar kn kputihan tu .. mcm mane nk atasi ye ! ����
ReplyDeletesy bru berlaku keluar keputihan mcm susu basi dan gatal... sari sblm period dan selepas period 7 hari keputihan tu keluar lagi smpai skrg tp xde bau... mcm mana nk atasi... sblm nie x pernah berlaku...
ReplyDeletes
ReplyDeleteSy pun baru je kena keputihan macam susu basi ni. Gatalnya. Tambah2 lepas bersihkan. Tak lama lepas tu gatal balik. Skrg kandungan dah 3 bulan. Pregnant sebelum ni tak pernah kena macam ni.
ReplyDeleteSy pn same bru 3bulan kehamilan da ade keputihan ketulan. Mcm mane nk normal kn kmbali?
ReplyDelete