04 June 2012

6 KHASIAT BAYAM UNTUK KESIHATAN

6 KHASIAT BAYAM UNTUK KESIHATAN

Setelah diteliti, khasiat utama bayam pastilah kaya dengan vitamin A, C, E dan zat besi (kalsium, potasium, magnesium, mangan, zink).


1. Tulang yang lebih kuat – makan bayam boleh mengelakkan kita dari osteoporosis. Jadi, tak perlu kita terlalu bergantung pada makanan tambahan yang mungkin terlalu mahal. Dengan sumber vitamin K yang terbaik dari bayam, ia cukup membantu penyerapan kalsium oleh tulang dengan maksimum!

2. Membina salur darah yang lebih baik – kaya dengan zat besi! zat besi penting dalam membina sel darah merah (tukang bawa oksigen ke seluruh badan). Jadi, kalau kurang zat besi, kita rasa lemah saja, mudah mengantuk, mudah hilang tenaga batin, dan akhirnya boleh dapat anemia.

3. Jantung yang lebih sihat – kaya dengan sumber antioksidan. Maka, sudah tentu bagus untuk mencegah terkumpulnya plak kolesterol pada arteri (kalau tersumbat di saluran arteri jantung, maka risiko untuk dapat sakit jantung amatlah tinggi!). Bagus juga dalam mengawal tekanan darah.

4. Mencegah kanser – adanya flavanoid mampu mencegah jangkitan pada tubuh. Maka, risiko untuk dapat kanser kolon, ovari, paru-paru dan kanser prostat akan berkurang.

5. Bagus untuk ibu hamil – ada 2 benda yang penting untuk ibu mengandung. Vitamin A untuk pembentukan paru-paru dan folat untuk pembentukan sistem saraf yang lengkap. 2 benda ni ada dalam bayam. InsyaAllah, mudah-mudahan dapat mencegah kekurangan seperti bibir sumbing.

6. Miliki mata yang sihat – nak mata yang kekal sihat? Amalkan makan secawan bayam dalam makanan kita. InsyaAllah penglihatan kita kekal sihat. Lutein yang ada dalam bayam juga mampu melindungi mata dari proses penuaan yang ikut berubah seiring 





p/s : sejak preggy ni rara banyak practickan mkn bayam.even xsuke mkn gak untuk baby.
baby,ibu sanggup makan apa saja yg ibu xsuke untuk mu syg! moga anak ibu sihat selalu.sobsob~



7 comments:

THE LEKAT LEKIT STORY said...

time pregnant memang kita akan lebih fikirkan baby dlm perut.. apa je kita buat & makan.. mesti kita fikir dia. akak dulu jd krg selera nk mkn tp makan jugak la sbb tau dlm perut ada 1 lagi nyawa tgh membesar

ieda said...

setuju dik
akk pun suke makan bayam ..
tapi x leh makan banyak .. angin huhuh

cik najihah said...

sy suke sgt makan bayam sambil cicah dengan sambal belacan hihi

diana said...

SAWI DAN BAYAM ADALAH SAYUR KEGEMARAN AKAK,..KALAU TAK DE RASA TAK BEST JE,.BILA ADA BAYAM WAJIB ADA SAMBAL BELACAM.TAK TAU LA KENAPA SYOK JE RASA MAKAN BAYAM DIGABUNGKAN DENGAN SAMBAL BELACAN..HAHAHAH

Hana Soffelia said...

Memang sgt berkhasiat. hehe

btw Rara, hana g manjaku kat kuantan. 1 malaysia kot manjaku buat sale. cer tgk website dia, oklh harga. tp masa hana g tu, hana ada a few barang dh hbs stok sbb murah kot.

Liyana said...

oh sgt suke bayam! mkn hari2 pun xpe.. hehe

kaklong said...

thnks coz kongsi dgn kami sume, wpun kak long blm jadi mummy, tp apa pun, kita sume harus mkn bayam demi kesihatan yg baik kan darling...

thnks cik puan rara yg comel :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...