05 June 2012

jawapan kepada BOLEH KE IBU MAKAN DURIAN !!

Sesetengah komuniti di Asia masih mengekalkan pantang larang tidak makan durian semasa kehamilan. Sebagai contoh, pendekatan tradisional orang Cina untuk kesihatan, durian dianggap terlalu "panas" untuk dimakan semasa kehamilan. Oleh sebab itu, kebanyakan komuniti orang Cina di Asia Tenggara menasihatkan bakal-bakal ibu untuk tidak makan raja buah ini. 

Dengan tegas dinyatakan bahawa tidak terdapat sebarang kajian mengenai keselamatan makan durian semasa kehamilan. Pada masa yang sama, sains moden tidak menjumpai sebarang sebab untuk mengatakan ianya tidak selamat untuk makan durian. Tiada sebarang sebab untuk mengatakan bahawa makan durian semasa kehamilan boleh menyebabkan tekanan darah tinggi pada bakal-bakal ibu atau ruam lampin pada bayi baru lahir. 

Walau bagaimanapun, seorang wanita yang hamil hendaklah makan durian dalam jumlah yang sedikit kerana buah ini mengandungi banyak gula dan karbohidrat – dua ulas yang bersaiz sederhana mengandungi kira-kira 60 kalori. Durian adalah dalam kumpulan makanan yang mengandungi glisemia tinggi, oleh sebab itu, adalah baik untuk menghadkan pengambilannya semasa kehamilan. Mereka yang mempunyai diabetis kehamilan hendaklah mengelakkan diri daripada makan durian kerana kandungan gulanya yang tinggi. 

Beberapa orang penyelidik telah menekankan faedah sulfur organik dan triptofan yang terdapat dalam durian. Sebatian-sebatian ini mengandungi kesan antioksida. Ia juga mengandungi ciri-ciri antimikrob, antibakteria dan antikulat yang baik untuk kehamilan. 

Semakan terakhir: November 2010 

-------------------------------------------------------------

ramai yg tanya rara pasal entry sebelum ni pasal rara makan durian tu.
ramai tanya takpe ke takpe ke makan.hmm kesimpulannya BOLEH makan durian.
tapi xboleh mkn banyak sbb durian manis,and boleh bg panas badan.
tidak digalakkan makan sewaktu di awal kehamilan.6bulan mcm rara ok kot.hehe.
dan tidak boleh di makan selalu,sekali sekala je boleh.kalau yg diabetes
jgn mkn ! dan lepas ni i tak nk dh mkn durian,and i kena minum air banyak.

bg ibu ibu yg nk makan durian boleh.tp jgn makan banyak,2 ulas je.
then minum air banyak.cukup lah sekadar lepas rasa kat lidah n tekak kan.
nanti meleleh lak air liur anak nanti.heeee~




19 comments:

diana said...

tapi kalau dah beli sebijik tak de nye nak makan 2 ulas je,..muahahahah

Pn. Sheila@CC said...

hi, dpt pun cari jwpannya kan... cik pn rara dh mkn hampir sebijik... kelasss gitu... hehe

e k i n ♥ y u s r i said...

awal2 pregnant pon ekin makan
sbb dah ngidam sgt
dpt mkn seulas pon jadilah
huhuhuhu

Aeen said...

seulas dua je ek rara..bkn sbijik...heheheh....lps ni leh ar mkn sikit...heeeh

Yaya Azura aka Naz Azra said...

makanan ape pun kalau makan kena berpada-pada..
durian tu lak mmg boleh mkn..macam rara cakap.. 2 3 ulas cukup la..buat hilang ngidam..

Syazlina Khairuddin said...

lega la bakal2 ibu dkt luar sane sebab rara dh bg jwpn..syaz mula2 pelik jugak rara makan durian mase peknen..hihi..

Liyana said...

sy plk peknen ke x peknen ke boleh mkn durian seulas je.. plg byk pun 2 ulas, hehe.. sbb x reti mkn manis2 :D

yana lyana said...

kalau dah teringin sgt, elok lah mkn je walau seulas..tpi kene sedar diri lah..jgn balun sampai berulas2...hehe..

nuyui a.k.a miss YUI said...

yg pntng ok sudah..hihi..

pena rozie said...

mkn ajer.. hua3....

Cik Ecah said...

ehheee baru semalam merasa seulas duriannn :D

Lynda Che Lah said...

takde masalah rasanya..janji lepas makan...minum air byk2..lyn dulu pun sebat apa je even nenas n air kelapa..tp sume bergantung pada diri si ibu dan kekuatan janin..klu tak yakin..better jangan makan..tp lyn dulu..hari-hari dok minum air kelapa..lagipun bagus utk sendi baby..rara boleh amalkan lepas kandungan dah kuat lah..buktinya..masa Qoid dalam hari sendi sume kuat..dan boleh tegakkan kepala sendiri..lagipun..minum air kelapa buat kulit baby cantik..tapi klu ada side effect lepas rara minum sekali tu..pls stop k!

Nor Suhaiza said...

ala...boleh je mkn.sbnarnye dlm medical tak pun pntg larang time pregnant tak boleh mkn tu xbole mkn ni.sama kes cam boleh ke minum air kelapa time pregnant???erm....ieja siap mkn nenas ag..tp yg dh di rebus la.alhamdulillah xda pape pon....

Bitt (double IS) said...

dapat pon fakta yg tepat...so jgn ragu2 :)

ieda said...

bukan etakat org ngandung je dik ... kita2 semua x digalakkan makan banyak durian .. kerana durian adalah diantara buah2an yg mempunyai kandungan kal;ori dan kolestrol yg tinggi ! .. sama banyak dgn mangga @ mempelam ;)

mia izzati said...

masa sy preggy dulu..musim doyan..so makan berpada la just makan seulas...takot !!!

Syima Syaz said...

hehe.. nasib baik saya tak suka makan durian....

sharifah aishah said...

Alamak.... kalau awal pregnant mkn berulas2 xpe ke.... dh pas mkn bru bru terongat... ooops....

dalila said...

lain plak jadinya dengan my sis..
lepas makan durian terus darah kuar, gugur..sian..
may be sbb panas..durian baru jatuh masa tu..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...