Image and video hosting by TinyPic

12 November 2012

bila gila membakar!


aku mmg suka buat cake,
dh dlm habes pantang,cuti lama,
time ni lah aku nk balas dendam buat segala
kek yg aku nk.haha.ritu buat pavlova,
pas tu buat kek kukus,

now buat cupcake lak,
ich ich ich,mana lah x demok kan.
asek mkn kek jeee,org lain selalu nya masak x lalu
nk mkn,tp aku lak,aku masak,aku mkn sampai habis.
hehehe.sedap ooo kek aku,pas ni nk buat
buffday partayyy x yah lah bli cake,
buat sendiri je.hee.

pas ni nk buat durian crepe lak.
skrg kan tgh gila buat durian crepe.
apa kata kita try! heee.

09 November 2012

BUASIR semasa dan selepas mengandung

malu sebenarnya nk cite pasal benda ni,mcm membuka aib diri sendiri,
tp nk share je dgn ibuu ibuu lain.sharing is sexsay kanssss! hehe.

nk kata dr dulu aku ada buasir x jugak,
tp keluarga aku mmg ramai yg kena buasir ni,
adakah buasir penyakit keturunan,tu aku x tau.

aku ingat lg start aku sakit B ni sejak aku
kena mkn IRON TABLET yg misi bg masa mengandung dulu.
bila mkn Iron Tablet kan kite punya poopoo jd keras kan.
i nk kata teran x jugak,tp bila dh lama x poopoo mana tahan kan,
nk tak nk kena gak buang air besar.

last last berdarah dan terkeluar sikit B aku tu,
aku biarkan je,aku tahan sbb masa tu x teruk lagi.

lepas bersalin,aku mengalami susah membuang sbb
aku risau kan czer aku,sakit nk teran,bayangkan dgn sakit B
kena mkn Iron Tablet lg,makan lak nasi kosong.
fuhhh mmg keras lah poopoo aku kan,
aku paksa gak,then apa lg,lg teruk B aku,
makin lama makin sakit,makin lama makin sakit,
sampai lah ke hari ni aku sampai menanges bila
aku nk buang air,aku tahan je,
last last aku g jumpa doktor,bila jumpa doktor 
korg paham jelah kan,mmg kena tonggeng lah.

aku dh lah fobia bila kena tonggeng tonggeng neh,
last last laki aku kata nk sakit ke nk tunjuk ke doc,
last last aku akur je,kena gak bukak sua tunjuk bont*t kat doc,
maluuuu,tp terpaksa,pas tu doc kata ada sikit terkeluar,
dan aku kata knp masa nk poopoo tu sakit sgt,
doc kata sbb dlm tu dh luka,tu sbb even poopoo lembik
pon still sakit,so doc bg ubat kecut kan buasir,
ubat sembelit,roket and tahan sakit.

masalah nya skrg,aku fully BF anak,doc kata ubat ni kuat,
xleh bg anak susu dulu.kena bg FM dulu,aku dh serba salah,
bila bincang ngan suami,suami kata xpelah,nk buat cane dh aku sakit,
no choice,bukan nya FM tu teruk sgt,takkan nk bg anak jugak kan,
kalo aku dh mkn ubat.tp doc kata dlm sehari dua je bg FM,
pas tu dh boleh susukan balik dh.

so td g lah ke giant beli susu FM Anmum kat princess,
hope princess boleh minum FM,
ibuu mintak maaf,ibuu sakit syg...

kalo ibuu x sakit ibuu takkan bg anak ibu minum FM,
sedihhh plak rasa.

and satu pengajaran bg ibuu yg mengandung,
kalo xnk mkn Iron Tablet masa mengandung,
boleh je makan ubat lain yg function dye mcm iron tablet,
tp x keras kan poopoo,so xde lah kena buasir masa
preggy,ingat taw! 

kalo dh start kena buasir,
masalah lain pulak nanti.mcm aku lah.
heeee.

p/s : masalah buasir masa preggy adalah masalah biasa
and ramai yg mengalami nya,no worries,hehe

08 November 2012

isu BreastFeeding anak di tempat awam

ramai yg tahu lepas cik kiah propa dalam galaksi tv9 tu ckp
pasal sorg artis yg breastfeeding anak di tempat awam sampai
menampakkan " aurat " nya,ramai yg melenting kan?
aku dh terdetik dlm hati,dlm KIM mst kecok pasal ni punya,
bila aku bukak KIM,mmg ada yg post pasal ni n betapa x puas hati
nya dorg dgn kiah propa,n bila bukak blog pulak,
ramai yg update pasal ni pasal x puas hati!

ada pulak sorg blogger lelaki ni update entry pasal kes ni gak,
katanya kalau dye,dye takkan bg isteri dye menyusu di tempat
awam dan menunjukkan " aurat " kepada org lain.

kat sini aku nk ckp pasal kiah propa,
pasal lelaki yg update entry tu,dan tentang aku
yg BF anak jugak. ( entry lelaki tu popular,aku rasa korg tau kan )

pasal kiah ni,
aku ada tgk galaksi tu pasal kiah ckp pasal gossip tu,
yg aku pelik nya,masa kiah ni sampai kan gossip tu,dye tgh
sakit sbb darah tinggi naik,and masa tu dye kat hospital,
yg aku pelik lagi,dlm sakit sakit tu boleh mengata org,
boleh ckp pasal org lain pulak,dah lah awak tu pon
mengandung.ich ich,bukan nk ckp,masa aku mengandung dulu,
aku jaga gila gila tutur kata dan perbuatan aku sbb xnk
anak aku ikut nanti,mcm kiah tu dye x takut ke anak dye mcm tu
jugak nanti.and masa preggy ni lah nk banyakkan amalan,
bukan mengata org,ni dye selamber je.ich ich,geleng kepala
aku tgk si kiah ni.mak aku x suka gila kiah tu.hehe.

pasal blogger lelaki yg up entry pasal BF ni pulak,
aku pelik,dye lelaki,knp sibuk sibuk nk up entry pasal BF,
xyah lah nk kecoh nk condem org yg BF kat tempat awam,
please lah bukak fikiran tu.skrg ni org BF anak kat tempat awam
bukan main selakkkk je,org ada nursing cover.banyak method 
yg org guna,bukan mcm dulu.dye siap bg contoh bini dye lagik,
katanya xnk bg bini dye bf kat tmpt awam,
heiii lelaki,tu ko punya pasal lah,xyah nk banding kan org
ngan bini ko,pasal isu artis tu,maybe artis tu pon silap gak,
bf anak kat tempat awam tanpa cover aurat,
mmg x senonoh lah kan.addict camner pon kite bf anak,
tapi jgn lah sampai terlupa batas dan hilang malu tu.

aku sendiri bf anak kat tempat awam,tp aku cr tempat
yg sangat tersorok,aku x beli lg nursing cover,sbb aku pk bila
nk keluar nk bg anak aku botol je,panas kan susu siap siap.
tp nursing cover tu aku rasa sangat perlu if terdesak sgt kena
susu kan anak.fikiran kita jgn lah kolot sgt.kite tetap boleh tutup
aurat even kite susu kan anak di tempat awam.

org skrg sgt meyokong penyusuan ibuu ni.
tapi yg lain lain tu jgn lah amik kesempatan,
dan yg lelaki lelaki tu jaga lah mata,
dah tau nampak org meyusu tu,tak payah lah tgk,
tgk je bini korg punya eh eh.sama jeeeeeeeeee.

yg kite ibu ibu pon,cover lah apa yg patut,jgn lah
sampai menimbulkan fitnah dan aib.peringatan jugak
kepada diri aku sendiri.hmmmmm....

cantikkan pelamin ni.heee,nk buat majlis berendoi nanti.heee.tungguuuu~

07 November 2012

menghadapi anak kembung perut!

harini rajin update sket sbb dh x boleh tido,lepas subuh td aku
xlena tido sbb anak asek merengek je,selalu lepas subuh,lepas
mak aku keluar g keja,aku susukan anak,and kami tido ber-duet sampai
kul 10 lebih,tp rini x,princess asek nanges je,bg puting xmo,
bg tekk lak minum dgn mengamuk ngamuk,dh lelap
xsampai 5 minit dye jaga and nages balik.fuhhhhhh,
aku marah dye jap,hehehe,bukan marah cane,
aku ckp " knp x nk tido ni,knp nanges ni,kepala ibu dh sakit pala ni "
then dye diam jap,dye tegok jeee muka aku,sian aku tgk dye.
tak sampai hati lak rasa,aku dukung jap,nanges lagi.

lepas dh ok! mak aku bg tido meniarap.then dye kentut kentut ag.
kul 11am,aku bg mandi,bg mandi dye diam 
sbb princess suka mandi,hehe,then bg pakai baju sume,
ngamuk balik.aku dh lapa,makan belum ag,last last aku call jugak
mak aku suh balik,nk buat cane,sian anak asek nanges je,
mak aku pon balik,sapu minyak yuyi kat perut princess,
then dye sendawa sket,kentut sket,

then mak aku g kedai pulak,
bli kan GRIPE WATER,aku x tau air apa tu,
tp mak aku kata masa kami kecik kecik mak aku selalu bg
air ni,bg senang burp,mmg betul,lepas bg princess minum sesudu,
dye kentut kentut.lega rasa hati,then trus dye boleh tido.
Ya Allah,sayu rasa hati tgk anak tido,sian dye kembung perut.
1st time mengalami benda ni sepanjang princess ada,
nasib lah mak ada,kalo xde ntah lah.mau
menanges princess sampai ptg.

bg korg yg anak kembung,leh lah try
gripe water ni.bagus,anak trus kentut kentut and ok.
so ibuu ibuu,jaga lah pemakanan anda ye.hehe.




06 November 2012

Resipi Pavlova

ni resipi pavlova yg betul betul,before ni pon buat resipi yg betul.
tapi derhaka sikit,xikut arahan,main campur je semua bahan,
kali ni buat betul betul,then bakar lama sket,Alhamdulillah ok,
menjadi lg sedap pavlova akuh! 

then pakai pulak whipping cream yg sedap,
rasa mcm aiskrim,lg lah rasa nk mkn jeeeeeee,
whipping cream ni kalo nk cr,g kedai kek,senang je dpt.
harga pon ok,rm 9 je,xmahal.

aku ikut resipi pavlova kat sini,
ikut je arahan 1 1, confirm jadi,jgn derhaka taw! heehe

Resepi Pavlova.

Bahan-bahan :

4 biji putih telur 
1 cawan gula kastor ( aku buh 1/2 cawan je,mmg xmanis sgt )
1/2 sudu teh esen vanilla
1 sudu teh cuka masakan
1/2 sudu besar tepung jagung

Topping/hiasan :

1 cawan (240 ml ) whipping cream
1 1/2 sudu besar gula halus 
1/2 sudu teh esen vanilla

Tip sebelum membakar :

1- Pastikan (baca dengan nada garang. hihi) ketika mengasingkan antara telur putih dan kuning, tiada sedikit (langsung) telur kuning yang masuk dalam telur putih. Untuk memudahkan kerja, gunakan telur yang disimpan dalam peti sejuk. Telur yang sejuk, mudah untuk diasingkan antara kuning dan putih. Bila nak digunakan, pastikan putih telur berada dalam suhu bilik. Jangan guna masa telur masih sejuk.

2- Periksa peralatan yang digunakan bersih dari sebarang air dan kesan minyak. Lain la kalau korang tak kisah. Dalam hati duk kata," apasal la meringue aku tak bertanduk langsung." heh.

Cara-cara :

1- Pukul putih telur menggunakan hand mixer dengan kelajuan perlahan. Kalau ada stand mixer lagi senang. Tengok je. Tangan tak payah kerja. Pukul sehingga adunan menjadi 'soft peak form'. 

2- Kemudian, dengan kelajuan yang tinggi, masukkan gula sudu demi sudu sambil terus putar adunan. Masa ni adunan akan bertukar menjadi putih tapi belum lagi berkilat. Bila pegang sedikit adunan di tangan terasa lagi gula yang belum hancur.

3- Teruskan memutar adunan dengan kelajuan tinggi sehingga bertukar menjadi putih berkilat. Bila diangkat dia akan mengeluarkan tanduk. Haha. Jangan risau. Ni tanduk bagus punya. Kalau dah bertanduk tu maknanya jadilah meringue. Jika belum, atau tanduk tak tajam dan belum mantap. Pukul lagi 2-3 minit. 

4- Masukkan esen vanilla dan pukul lagi sampai sebati.

Tanda meringue anda dah jadi ialah bila diangkat adunan akan menghasilkan tanduk yang tajam dihujung. Nak lebih yakin, telangkupkan bekas meringue atas kepala. Kalau tak jatuh tu confirm jadi. Agak-agak berani tak? ;)

5- Masukkan tepung jagung dan cuka. Gaulkan menggunakan spatula atau senduk kayu. Bukan senduk kari ye..! Kang ada pulak rasa kari dalam pavlova. 

6- Buatkan garisan bulat di atas kertas minyak(parchment paper). Saya gunakan tin kek yang bersaiz 7 inci. Zaapp. Dah jadi bulat. 

7- Bentukkan meringue mengikut bulatan yang kita lukis. Pastikan bahagian tepi lebih tinggi dari tengah. Konon macam tebing pendek la kan. Part ni saya tak buat. Saya buat cara saya sendiri. :)

Masa membakar :

1- Panaskan oven pada suhu 150' C. Saya panaskan 15 minit lebih awal. Letakkan rak di tengah bahagian oven. 

2- Masukkan adunan meringue. Dalam 15 minit, turunkan suhu kepada 140'C. Masak selama 1 jam. Pavlova dimasak dengan api yang sederhana panas. Bila api terlalu panas, luarnya akan garing tapi dalam tak masak. Bila api tak cukup panas pun tak kena juga. Kang lama pulak nak masak. Takkan nak berkampung depan oven sampai 2 jam? :)

Masak sehingga warna meringue bertukar menjadi coklat muda. Bila dipegang terasa garing di luar dan lembut bahagian dalam. Tutup api. Biarkan pintu oven sedikit terbuka. Jangan keluarkan meringue terus dari oven. Tunggu sehingga sejuk.

Cara menghias :

1- Pukul whipping cream dalam bekas sehingga kental. Satu petua nak mudahkan kerja. Masukkan bekas dalam peti ais bahagian beku selama 2-3 jam sebelum memukul whipping cream. 

2- Bila whipping cream dah kental. Masukkan gula dan esen vanila. Ini pendapat sayalah kan. Whipping cream tu dah manis. Sekiranya nak kurangkan atau tak masukkan gula pun tak jadi masalah. 

3- Masukkan whipped cream dalam plastik. Simpan dalam peti ais beku sekejap. Nanti bila nak deco baru keluarkan. 

Bila rasa nak makan, baru picitkan whipped cream dan hias dengan buah-buahan yang siap dipotong. Kalau hias awal sangat nanti takut pavlova tu berderai.

Sedia untuk dimakan.


korg ikut cara membakar tu sebijik sebijik taw,
jgn ikut suka je,kalau ikut suka takut x menjadi pulak,
seyesly buat pavlova ni senang sgt!

and lg 1 pastikan korg pakai buah yg masam masam,
buah yg masam mcm strawberri and kiwi tu akan lawan 
rasa manis pavlova tu,mmg sedap!

jgn lupa cuba eh!
aku dh xnk buat dh sbb suami kata,
" eb,dh lah buat kek,syg takut syg gemok asek mkn kekkkkk je "
huh hampeh! majukkkkkkkkkkkkkkkk!

ni 4 biji telur putih,nmpk sikit,tp bila pukul jd kembang banyak.

bila pukul lama,jd bertandunk cm neh.

seyes,angkat pon x jatuh!

letak dlm tray,laki aku kata mcm taik lembu aku letak,haha

dalam oven!

seyes sedap whip cream neh.mcm aiskrim.

lepas bakar,jd kaler brown.

hias! cantikkan.

hmmmmm sgt yummeh!
hehehehehe.

04 November 2012

mandi Nifas

aku xtau lah sama ada org lain ada tak yg mcm aku,
darah nifas turun lama gila,rini dh hari yg ke 58,
baru stop darah aku,then waktunya untuk mandi hadas besar.
aku runsing sebenarnya dgn darah aku yg turun lama sgt ni.
purata aku tanya org,paling lama lepas pantang je dorg dh
xde darah dh.dh boleh solat dh,tp aku,nk dekat masuk hari ke 60,
baru nk habis,suami aku kata dye mmg nk cukupkan betul betul 60
hari kot.hehehe.tp aku lak pulak yg risau,dh banyak dh darah aku
habis ni.heee.

td aku google niat mandi nifas ni.
banyak version rupanya kan,yelah,anak pertama,
mana nk tau sgt,nasib ada google,senang cite,
aku baca kat satu blog ustad ni,dye kata,
darah nifas ni sama mcm hadas besar,
so boleh je niat mcm mandi wajib biasa,
tp diniatkan mengangkat hadas nifas masa
air dijirus di kepala.mcm mandi wajib biasa lah.

cite pasal darah nifas aku,
lepas 1minggu bersalin,darah aku dh tinggal sikit sikit je,
then tiba tiba masuk minggu ke 2,darah aku tiba tiba banyak
balik,sampai keluar ketul ketul besar tu.aku xtau knp,
berlarutan sampai 2 minggu,then baru sikit balik,
bila dh sikit tu,aku dh lega,tp tiba tiba balik keluar darah balik,
tapi kali ni x keluar yg ketul ketul,keluar darah saje,
darah merah pekat tu,x de tanda tnda mcm nk kering pon,
aku mula lah stress,tapi bila stress lg lah darah x nk benti
kot kan,so aku relax je,lantak lah,mls pk sbb aku tanya doc pon,
dorg kata kalo lepas hari ke 60 banyak lagi baru dtg balik.
so aku bia je.

then dh sampai harini,nasib dh kering.
Alhamdulillah lah,ptg td aku mandi,then dh boleh solat,
tapi malangnya,masa nk solat isyak td,tiba tiba
ada lg sikit yg coklat coklat tu.adehhhh frust!
sok nk kena mandi lain.
korg mst biasa alami jugak kan! hehe.
jgn tipu lah.

so pengalaman bersalin anak pertama ni,
hmmmm agak senang lah,dan tension bila
darah keluar balik,then tanya org lain,darah dorg sume
dh stop.tu yg agak tension sket.yg lain lain ok kot.hee.
sape yg penah dgr pasal darah nifas turun lebih dr 60hari?
selalu nya sbb apa eh????

buah hati!

03 November 2012

Review Snow Bear Breastpump


ni lah rupa bentu berastpump snow bear,
mcm medela kan kalo sekali pandang,
breastpump ni single punya,xde double.
mula aku nk cr yg double,tp xpelah.beli yg single pon ok.

aku jumpa BP ni masa beli barang kat mom's care
kat ampang point,sales girl tu kata ramai yg beli BP ni,
lepas dye demo BP ni,aku jd tertarik sbb senang nk handle,
mmg senang sgt,part yg nk basuh pon xbanyak,
spare part pon ada,kalo ada pape boleh order spare part
kat mom's care je.2 minggu barang sampai,katanya lah!

harga BP Snowbear ni pon boleh tahan,
rm 189 je,lepas diskaun,murah kan?
menurut KIM,hasil EBM bukan lah bergantung
pada BP,so kita boleh je pakai BP apa je yg sesuai ngan kite.
ni BP letrik taw,and kalau nk pakai bateri pon boleh,
BP ni menggunakan 4biji bateri biasa,
kalo pakai bateri, suction dye still kuat.no worries,
aku dh try!

bunyi nya pulak,nk kata kuat tu x jugak,
nk kata slow tu x jugak,tp pada aku x menggangu lah,
ok je,if nk pump memalam pon xlah bising sgt kot.
kecuali kalau anak korg telinga lintah,hehehe.

suction mcm biasa,ada 3 level,exspress,natural,gentle.
tp aku suka pakai gentle.susu kua banyak.hehe.
plug pulak mcm charger hp tu.senang nk pakai kat mana pon,
part part dye tak sempat lah nk amik pic.hehe.
korg seacrh lah sendiri eh.tp bg aku,xpakai medela pon
xpelah,yg ni pon dh ok sgt sgt.

neway! thanks to suami sbb blanjerrrrr,
tu sbb x kisah sgt bila xde hadiah anniversary.
sbb dh pau BP ni.hehehe.thanks syg!

pandangan depan.

card moms care

02 November 2012

Tegarnya korang buang buang anak kan!

Assalammualaikum,hai korg! sihat?!
rini i ada mood sket nk update blog n BW,
lepas update ni nk BW jap.heee.kdg kdg rasa renduuu
sgt kat blog.kdg kdg rasa malas gila nk bukak blog.
lepas dh ada anak ni x segairah dulu nk berblog.ecehhhh! 

i nk bebel pasal anak ni,
kebelakangan ni aku tgk menjadi jadi lak
cite sal org buang anak,dh jd balik,cmpak anak dr tingkat
atas lah.buang dlm sungai,letak merata rata,buang dlm tong!
heiiii WTFishhhh,korg ni x de otak ke?
masa bersalin x sakit eh?
korg mmg x de hati eh?
xde otak eh?

aku ni yg dh nk dekat 2 bulan bersalin,
sampai skrg rasa sakit lg bersalin tao!
rasa syg nk tinggal tinggal anak,ni pulak korg
leh main buang buang anak,aku mmg pelik sgt lah!
mak aku selalu kata, " kenapa lah korg buang,
bagi lah anak tu kat aku bg aku bela "

tp selalu nya bila org ckp cm tu mmg x kn dpt lah kan!
aku rasa,drpd dorg buang anak tu,baik lah letak depan umah
org ke,letak kat depan rumah kebajikan ke,knp lah nk bunuh
budak tu.budak tu x berdosa lahhhh! aku sedih sgt.

aku ni,sejak ada anak ni,
nk g tesco jap g bli barang dapur pon nk balik cpt cpt,
xsanggup nk tinggal anak lama lama,even tinggal ngan opah dye,
xsanggup sgt,rindu sgt kat dye.tu yg aku x paham bila korg
ni leh sng sng buang anak.tu yg aku x paham.
korg x teringat langsung kat anak korg yg korg kandung
selama 9 bulan eh?!

hopefully korg yg nk buat benda benda xelok
tu pk lah dulu.ingat lah dosa.nk kata suh ingat mak bapak mmg
xlah kan.mmg korg takkan ingat punya,kesian kat bayi yg x berdosa tu.
kesian lah kat dorg.

sanggup ke nk buang bila tgk anak cm ni?

01 November 2012

Pavlova untuk Suami!

haiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii lama x update blog kan?
biasa lah bila malas dh melanda,malas,ngantuk,penat,
xcukup tidur.sume tu faktor faktor utk malas update.
hehehe.so rini rasa nk update sikit lah.nk story pasal pavlova.
atcually 28/10 lepas anniversary kami yg pertama,
but agak hambar sket anniversary kami,
no cake,no candle light dinner,no sursprise,no prezzie,
and no no no.but its okay! aku paham keadaan aku,
dgn baru lepas pantang,dgn anak kecik,cane nk g sambut kan.
cukup lah dgn wishes dr suami aku,ckp lah dgn kisses yg
dye bagi kat aku,and aku bg kat dye,and cukup lah dgn
doa agar kami kekal ke akhir hayat! Amin.

kebetulan hari raya aidil adha ritu,
kami ke rumah uncle suami,masa tu dorg buat pavlova,
masa tu lah 1st tyme aku mkn pavlova,1 word! SEDAP sgt!
aku suka,rasa belah lua yg crunch and dlm yg lembut.
manis dan dimakan dgn buah yg masam,mmg combination
yg sedap sgt aku rasa! aku suka,dan yg paling best
bila suami pon suka.suami aku ni lain sket.
dye x minat sgt mknan yg pelik pelik.
tapi pavlova ni dye kata dye suka.and aku decide
nk buatkan utk dye sempena anniversary kami.
heee. <3 p="p">

mmg lah lama nk buat pavlova ni.
tapi x berkesempatan,ritu mengandung.lepas tu pantang.
and skrg ni lah baru nk try resipi resipi ni pon.
aku mmg minat baking,xtau knp.walaupun apa yg aku
buat xsesedap mana,tapi aku suka sgt nk cuba lagi.

semalam,lepas suami balik keje.
kami trus ke tesco cr bahan,balik trus buat.
sbb jenis x sabo kan,so trus buat lah.semangat gila nk bg
suami mkn ni.tapi frust skit dgn tesco sbb bahan yg ada
sgt lah terhad.mencikkkkkkkkkkk!

tapi Alhamdulillah menjadi pavlova aku.
mmg sedap! menjadik lah.tapi masalah pavlova aku,
dye kurang crunch kat lua,lepas ni kalo nk buat lg.kena bakar lebih
sikit sampai permukaan luar dye jd kaler brown.
baru lah dpt texture yg luarnya crunchy and dlm yg lembut.
and silap aku jugak sbb masa pukul bahan tu,
aku selamber je masukkan semua,bukan nk masuk sikit sikit.
hahaha.nasib jd meringue aku.kalo x,menanges!

kalo korg nk buat,
korg amik resipi kat blog neh.
aku mls nk taip resipi nya,
kalo copy paste kang rasa berdosa lak,
korg g kat LINK ni eh.ada cara cara buat.
korg baca betul2 bila nk buat taw.jgn jd derhaka mcm aku.
aku ni suka x sabo,sume nk cpt.tp nasib menjadi.
lepas ni nk buat lg pavlova tu.heee.sedap sgt.

bg yg kata pavlova tu manis,
korg boleh kurangkan gula dye.
so xde lah manis,and lg satu,pavlova ni akan
menjadi kurang manis bila korg mkn dgn buah skali,
salah satu faktor buh buah strawberri and kiwi sbb
nk hilangkan rasa manis tu.bila makan dgn buah buah cm tu.
rasa dye akan jd sebati dan sedap sgt!

 so ok lah.tu je update kali ni.
nanti update lg k.heeee.daaaaa~

ni lah pavlova mlm td.hehehe.pavlova untuk suami.


Busuk!

safura.online.diary © . Designed by MaisarahSidi.com