ni resipi pavlova yg betul betul,before ni pon buat resipi yg betul.
tapi derhaka sikit,xikut arahan,main campur je semua bahan,
kali ni buat betul betul,then bakar lama sket,Alhamdulillah ok,
menjadi lg sedap pavlova akuh!
then pakai pulak whipping cream yg sedap,
rasa mcm aiskrim,lg lah rasa nk mkn jeeeeeee,
whipping cream ni kalo nk cr,g kedai kek,senang je dpt.
harga pon ok,rm 9 je,xmahal.
aku ikut resipi pavlova kat sini,
ikut je arahan 1 1, confirm jadi,jgn derhaka taw! heehe
Resepi Pavlova.
Bahan-bahan :
4 biji putih telur
1 cawan gula kastor ( aku buh 1/2 cawan je,mmg xmanis sgt )
1/2 sudu teh esen vanilla
1 sudu teh cuka masakan
1/2 sudu besar tepung jagung
Topping/hiasan :
1 cawan (240 ml ) whipping cream
1 1/2 sudu besar gula halus
1/2 sudu teh esen vanilla
Tip sebelum membakar :
1- Pastikan (baca dengan nada garang. hihi) ketika mengasingkan antara
telur putih dan kuning, tiada sedikit (langsung) telur kuning yang masuk
dalam telur putih. Untuk memudahkan kerja, gunakan telur yang disimpan dalam
peti sejuk. Telur yang sejuk, mudah untuk diasingkan antara kuning dan putih.
Bila nak digunakan, pastikan putih telur berada dalam suhu bilik. Jangan guna
masa telur masih sejuk.
2- Periksa peralatan yang digunakan bersih dari sebarang air dan
kesan minyak. Lain la kalau korang tak kisah. Dalam hati duk kata," apasal
la meringue aku tak bertanduk langsung." heh.
Cara-cara :
1- Pukul putih telur menggunakan hand mixer dengan kelajuan
perlahan. Kalau ada stand mixer lagi senang. Tengok je. Tangan tak payah kerja.
Pukul sehingga adunan menjadi 'soft peak form'.
2- Kemudian, dengan kelajuan yang tinggi, masukkan gula sudu demi
sudu sambil terus putar adunan. Masa ni adunan akan bertukar menjadi putih tapi
belum lagi berkilat. Bila pegang sedikit adunan di tangan terasa lagi gula yang
belum hancur.
3- Teruskan memutar adunan dengan kelajuan tinggi sehingga
bertukar menjadi putih berkilat. Bila diangkat dia akan mengeluarkan tanduk.
Haha. Jangan risau. Ni tanduk bagus punya. Kalau dah bertanduk tu maknanya
jadilah meringue. Jika belum, atau tanduk tak tajam dan belum mantap. Pukul
lagi 2-3 minit.
4- Masukkan esen vanilla dan pukul lagi sampai sebati.
Tanda meringue anda dah jadi ialah bila diangkat adunan akan
menghasilkan tanduk yang tajam dihujung. Nak lebih yakin, telangkupkan bekas
meringue atas kepala. Kalau tak jatuh tu confirm jadi. Agak-agak berani tak? ;)
5- Masukkan tepung jagung dan cuka. Gaulkan menggunakan spatula
atau senduk kayu. Bukan senduk kari ye..! Kang ada pulak rasa kari dalam
pavlova.
6- Buatkan garisan bulat di atas kertas minyak(parchment paper).
Saya gunakan tin kek yang bersaiz 7 inci. Zaapp. Dah jadi bulat.
7- Bentukkan meringue mengikut bulatan yang kita lukis. Pastikan
bahagian tepi lebih tinggi dari tengah. Konon macam tebing pendek la kan. Part
ni saya tak buat. Saya buat cara saya sendiri. :)
Masa membakar :
1- Panaskan oven pada suhu 150' C. Saya panaskan 15 minit lebih
awal. Letakkan rak di tengah bahagian oven.
2- Masukkan adunan meringue. Dalam 15 minit, turunkan suhu kepada
140'C. Masak selama 1 jam. Pavlova dimasak dengan api yang sederhana panas.
Bila api terlalu panas, luarnya akan garing tapi dalam tak masak. Bila api tak
cukup panas pun tak kena juga. Kang lama pulak nak masak. Takkan nak berkampung
depan oven sampai 2 jam? :)
Masak sehingga warna meringue bertukar menjadi coklat muda. Bila
dipegang terasa garing di luar dan lembut bahagian dalam. Tutup api. Biarkan
pintu oven sedikit terbuka. Jangan keluarkan meringue terus dari oven.
Tunggu sehingga sejuk.
Cara menghias :
1- Pukul whipping cream dalam bekas sehingga kental. Satu petua
nak mudahkan kerja. Masukkan bekas dalam peti ais bahagian beku selama 2-3 jam
sebelum memukul whipping cream.
2- Bila whipping cream dah kental. Masukkan gula dan esen vanila.
Ini pendapat sayalah kan. Whipping cream tu dah manis. Sekiranya nak kurangkan
atau tak masukkan gula pun tak jadi masalah.
3- Masukkan whipped cream dalam plastik. Simpan dalam peti ais
beku sekejap. Nanti bila nak deco baru keluarkan.
Bila rasa nak makan, baru picitkan whipped cream dan hias dengan
buah-buahan yang siap dipotong. Kalau hias awal sangat nanti takut pavlova
tu berderai.
Sedia untuk dimakan.
huh hampeh! majukkkkkkkkkkkkkkkk!
ni 4 biji telur putih,nmpk sikit,tp bila pukul jd kembang banyak.
bila pukul lama,jd bertandunk cm neh.
seyes,angkat pon x jatuh!
letak dlm tray,laki aku kata mcm taik lembu aku letak,haha
dalam oven!
seyes sedap whip cream neh.mcm aiskrim.
lepas bakar,jd kaler brown.
hias! cantikkan.
hmmmmm sgt yummeh!
hehehehehe.

Rara..susah sangat! i ni kek batik pun x lepas lg..nak buat pavlova plak.adoila..sedap ye?kat bakery ada jual kan?nantila i cari
ReplyDelete:)
ReplyDeleteeerrrr...bahan2 macam senang..tapi biler bace nak buat nyer..macam...eeerrr...tak konpiden jer aty nak buat...huhu...tapi nak gak cuber biler mase terluang nanti..:)
ReplyDeletewahhh pandai yer rara wat pavlova....sedap hingga menjilat jari...baby sihat rara? smpaikan cium peluk auntie ju pada baby rara ye :)
ReplyDeleterara,buatkan ekin 1 boleh
ReplyDeleteumah xde oven
huhuhu
teringin nak wat
sblm ni order je..inysaALLAH nak try wat..pengruh sis rara la ni..ayoooooyooo./
ReplyDeletemesti toraiiii ni sbb b4 ni da bnyak kali ade hati nk try tp takot xjadiii je..tu smpai skang xtorai2..ni kene kuat semangat balik tuk try..hihi
ReplyDeleteFuh! Menarik ni. Pndi rara msk kuih. Hehehehe....boleh try la nanti.
ReplyDeleteaunty buatkan utk birthday umairah
ReplyDeleteaunty buatkan utk birthday umairah
ReplyDeleteAssalamualaikum...
ReplyDeletesalam kenal.. follow sini terus..
nampak pavlova yang sedap itu... dah lama tak wat.. :D
nk try tapi takut x jadi huhu
ReplyDelete