Image and video hosting by TinyPic

31 December 2013

Keep Calm AND Hello 2014


Azam 2014

kenapa kena ada azam?
aku mulanya mcm,hmm tahun ni x payah nk ada azam lah.
tapi lepas tu bila fikir fikir balik.kalau xde azam,mcm mana kita nk berubah kan.
sekurang kurangnya kenalah ada azam sket.kalau ada azam baru lah
semangat ye dak! gittewww~

so semalam aku OT,aku mcm dh bosan mengadap blog.
aku rasa mcm dh xtau nk update apa.so aku start sorting benda benda yang
aku rasa tak berguna kat opis ni. *sambil pasang lawak ke der 2,
aku kemas lah segala sijil sijil kursus aku,surat surat aku masuk keje dulu,
nota nota kerja,makanan,alat alat tulis,
nanti masuk kerja 2014,aku nk beli frame pulak.
nk letak fram and pic pic anak kat workstation aku,
ewahhhhhhh~ hahaha

sampah sarap!

cermin is must!

pc!

bekalan! hahaha


aku pun nk berazam mcm korg jugak,
aku nk keje lebih serius berbanding skrg,
Alhamdulillah aku dah sain opsyen naik pangkat ke JA29,
so aku rasa start tahun depan,skop kerja aku mesti dh lain,
mesti bos akan bg kerja kerja baru.so aku kena bersedia fizikal dan mental.
eh ko! kata nk dapat APC,opcoz lah kena rajin rajin.
tapi rajin aku idak lah sampai nk membodek bodek bos,
hah tu bukan aku oke!

them azam lain lain~
nak kurus tu masih ada,aku akan teruskan diet aku,
walaupun celam celup,tapi masih lg nk diet! hahahaha.
takpelah,slow slow lah kan.diet ni bukan boleh dipaksa paksa,
tambah lagik dpt tekak mcm aku ni.craving sokmo x tentu hala.
hahahaha

then dengan kawan kawan~
nak perbaiki lg hubungan,dan aku nk luaskan jugak bisnes aku,

aku nk belajar menjahit insyaAllah~
aku rasa kalau kita belajar menjahit xrugi.boleh jahit baju kurung anak.
hehehe.baju sekolah anak ke~ ewahhh imiginasi tinggi ko!

pas tu dengan blog,
aku rasa aku banyak kena perbaiki tulisan tulisan aku.
more to yg lebih berilmiah,tapi gossip tetap ada.
bo worries~ wakakakakaka~
aku rasa korg mesti pening baca penulisan aku yg tunggang langgang kan.
redhooo jelah korg kan.aku ni kalau idea mencurah curah,
elok lah aku tulis.kalau x,carca marba~

pas tu tahun depan,aku nk simpan duet lebih sikit.
tak nak boros dah.insyaAllah.tahun depan barang dh banyak naik kan.
so kena pandai pandai berjimat cermat,dh kena simpan duet balik.
xboleh korek korek.ni selalu,simpan je then amik balik.
simpan pas tu amik balik.hahaha.bila nk penuh entahlah.
pape pon kena nekad! displin!
u can do it!


untuk princess pulak.ibuu akan cuba berikan yg terbaik.
insyaAllah syg.kat rumah,no more IG,no more Fb,no more Blog,
kat rumah hanya untuk princess.sediakan makanan yg baik untuk princess,
ajar princess membaca,main sama sama.insyaAllah.doakan saya!
media social x membawa ko kemana mana,
makin hanyut.makin jauh ko dgn family.
masa dgn anak tu penting.

tu jelah kot azam aku takat ni.
lain lain tu just follow da flow~

semoga kita di berkati Allah~
amin.

Gambar Tun Mahathir dan Tun Siti Hasmah tonton teater Bahayanya Wanita









Lunch at Kulkats Barrio

Al-Kisahnya dah lama teringin sgt nk makan kat Kulkats Barrio ni.
tu lah padah nya selalu skodeng IG retissss.
so nk makan pon kena lah tempat yg retisss selalu pegi.
pohhyooossss sgt kansss! hahaha.
meh lah kita feefeelingggsss retisss~

so sabtu lepas,kami g lah cari kafe neh!
senang je nk cari kedainya,kat TTDI je.naik ke highway,
so cepat je sampai!

kami keluar rumah around 12 lebih cenggitu,
sbb weekend sume gantung kuali.malas nk masak.
so bangun bangun sume dh kebuloq!
trus order makan! mari kita lihat apa yg kami order.

Princess, mashed Potato Rm5

mummy punya, Marinara Seafood Rm26

ibuu punya Aglio Olio Rm16

nenek punya Roasted herb Chicken Rm26

Air Mineral rm2
Root Beer Float Rm7
Coffee Rm7

nampak x princess tu.dia dh mula nk menjelajah kafe,
nasib lah kasut x bawak.kalau x mst habis sampai ke dapur dia
masuk.hahahaha.


dan masa yg ditunggu tunggu! yg selalu aku terliur sgt.
PAVLOVA kulkatsssss,
drumrooolsssssssssssssssssss~ yummeh!
Rm 10!

tapi pavlova dia sama je rasa mcm aku buat.
dan dia punya terlalu keras di bahagian luar,
dan xde isi sgt.bila korek,dlm tu kosong je.aku suka
yg ada isi sket tu.hehehe.
tapi makanan dia puas hati lah.semua sedap gila!
korg kena lah try!

sellfie dgn budak baru bangun tido! hehehe


some menus!

last but not least! mummy princess aka adik ipar aku!

sekian!

sape yg nk g.ni address kulkats :

Kulcats Barrio TTDI,
35, Lorong Rahim Kajai 13, Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur.
Tel: 03-7733-3420
Generally open 11am-11pm

Johan Ashari Lelaki Psyco! - Lana Nordin


oh artis - LINK

bagi aku dia ni mmg lelaki Psyco.
aku start suka dia sejak dia kawan ngan nabila huda dulu.
ingatkan nabila akan kekal dgn dia.pas tu xlama putus,
pas tu dgn izreen azminda tu,pas tu putus,pas tu ngan Shila Hamzah,
dah buat si shila tu meroyan suka kat dia,last last dia blah mcm tu je,
pas tu dgn lana,baru sebulan kawan.dh putus,sbb mak ayah x restu konon!
tapi betullah Lana kata,kalau x bawak lg jumpa mak ayah,mcm mana nk 
tau restu ke x,ye dak! kali ni tetiba aku berpihak kepada lana pulak.
padahal aku x suka lana ni.

haih lah johan,ko ni dh kenapa?
ada bad experience ngan pompuan ke?
sampai habis hati pompuan sume ko permainkan.
ewahhhh ayat aku.hahaha.

tapi xpelah.dh mmg johan petingkan mak dia kan.
so xpe lah.sejuk perut mak dia.

so okay! mlm ni korg nk g tgk bunga api kat mana?
aku nk g I-city malam ni.laki aku dh approve dah.
hehehehe yeay! nt aku jemahkan pic pic aku kat i-city k! hahaha

30 December 2013

NEELOFA cantik walaupun tak makeup!



neelofa di amerika syarika


neelofa di amerika syarika

neelofa di amerika syarika

dulu~ aku penah x suka dia,tak tau kenapa.
tapi lama kelamaan,aku mcm jd suka kat dia.tak tau lah kenapa,
sbb aku rasa dia mmg ada personaliti tersendiri,
ada style dia sendiri.seronok tgk dia!
fesyen dia,makeup dia,style dia kat malatops! mmg best!
semoga terus success NEELOFA!


Akasia TV3 - Ariana Rose


Drama Ariana Rose merupakan drama adaptasi daripada novel "The Wedding Breaker" karya Evelyn Rose. Novel The Wedding Breaker merupakan pemenang tempat pertama dalam Anugerah Best Novel Karnival Novel 2013. Drama bersiri Ariana Rose diarahkan oleh Raja Alauddin Shah bakal disiarkan mulai 30 Disember 2013 selepas tamatnya Drama Playboy Itu Suami Aku di Slot Akasia TV3. Bersiaran setiap hari Isnin hingga Khamis pada pukul 7.00 malam. Drama ini juga boleh ditonton secara percuma di tonton.com.my

ARIANA ROSE mengisahkan tentang Ariana Rose yang telah menyamar sebagai kekasih Tengku Adam ketika di majlis pernikahan Tengku Adam dan Tengku Juwita. Ariana bersetuju untuk berlakon kononnya dia sedang mengandungkan anak Tengku Adam demi membantu sahabat baiknya, Tengku Juwita agar perkahwinan itu gagal  diteruskan. Tengku Juwita sememangnya tidak mahu bersama  dengan Tengku Adam yang terkenal dengan sikap kaki perempuan.

Pengakuan palsu itu telah memporak-perandakan majlis itu dan perkahwinan Tengku Adam dan Tengku Juwita juga dibatalkan. Bukan reputasi Tengku Adam sahaja di pandang rendah malah maruah keluarga Tengku Adam turut tercalar. Tengku Adam berang dengan keadaan yang berlaku kerana dia memang tidak mengenali Ariana. Jadi, Tengku Adam mengupah pengintip upahan untuk menyiasat siapakah wanita yang telah melakukan pembohongan di majlisnya.

Setelah berjaya mendapat maklumat tentang Ariana, Adam nekad untuk menculik Ariana dan membawa gadis itu ke Cameron Highlands. Tengku Adam cuba untuk memerangkap Ariana dengan memaksa Ariana membuat pemeriksaan kehamilan. Namun, Ariana tetap bertegas dengan mengatakan Tengku Adam adalah bapa kepada anaknya kerana Ariana telah berjanji dengan Tengku Juwita untuk menyimpan rahsia mereka berdua walau apa pun terjadi.

Tengku Adam masih tidak berpuas hati. Kemudian dia terpaksa menggunakan cara kotor dengan meragut kesucian Ariana. Ariana menyesal dan akhirnya mengakui kebenarannya. Ariana mula membenci Tengku Adam dan sejak itu dia tidak pernah lagi bertemu lelaki yang telah memperkosanya.

Selepas 2 bulan kejadian itu berlaku, Ariana meneruskan kehidupannya dengan melakukan kerja-kerja amal. Tanpa disangka, Tengku Adam adalah penyumbang terbesar bagi dana kebajikan di mana tempat Ariana bekerja. Ketika majlis amal diadakan Ariana hadir bersama rakan sepejabatnya, Harith. Entah mengapa Tengku Adam cemburu melihat kemesraan mereka berdua.

Tengku Adam mula menyukai Ariana. Namun, perasaan benci Ariana pada Tengku Adam dituduh tidak pernah berubah. Cara Ariana melayan Tengku Adam juga ternyata berbeza jika dibandingkan dengan layanan yang diberikan kepada Harith yang jauh lebih mesra. Tengku Adam bertambah hilang pertimbangan apabila Ariana turut mesra dengan bekas sahabat baiknya, Ramzul.

Tengku Adam bermusuh dengan Ramzul kerana Tengku Adam tidak bertanggungjawab setelah mengandungkan adiknya, Liyana suatu ketika dahulu. Liyana juga kini kembali untuk mendapatkan cinta Tengku Adam semula. Liyana sanggup melakukan apa sahaja asalkan Tengku Adam hidup bersamanya. Liyana bertambah tidak keruan apabila cinta Tengku Adam pada Ariana makin mendalam.Tengku Adam pula rimas dengan kehadiran Liyana kerana baginya kewujudan Liyana membuatkan dia lebih jauh dari Ariana.

Sementara itu, Ariana pulang ke kampung setelah diminta oleh ibu bapanya. Ibu bapa Ariana telah merancang untuk menyatukan Ariana dengan pemuda pilihan mereka. Tengku Adam mendapat tahu Ariana akan disatukan mengikut pilihan keluarga. Tengku Adam tidak mahu kehilangan Ariana. Malah Tengku Adam yang selama ini penuh dengan sikap ego, sanggup melutut dan merayu kepada Ariana agar menerimanya sebagai suami. Apakah yang akan terjadi selepas itu? Adakah Ariana akur dengan pilihan orang tuanya atau dia sebenarnya mula menyimpan perasaan pada Tengku Adam yang sudah berubah menjadi lebih baik?


Ia mengisahkan Ariana Rose yang berkawan baik dengan Tengku Juwita setuju untuk berlakon sebagai gadis yang pernah menjadi girlfriend Tengku Adam Kamil. Tengku Juwita sebenarnya tidak mahu berkahwin dengan Tengku  Adam Kamil, lalu dia mencadangkan agar Ariana berlakon sebagai wedding breaker. Perkahwinan tersebut dibatalkan dan maruah keluarga Tengku Adam Kamil telah tercalar.

Berang dengan keadaan itu, Tengku Adam mengupah spy peribadi untuk menyiasat siapa Ariana Rose.Tengku Kamil cuba mengetahui siapa dalangnya,namun Ariana tegar untuk tidak memberitahu.

Tengku Kamil akhirnya meragut kesucian Ariana dan disebabkan itu, Ariana memberitahu kisah sebenar. Sejak itu, Ariana membenci Tengku Kamil.

Untuk melupakan sejarah hitam itu.Ariana mula melakukan kerja-kerja amal.Tanpa disangka, Tengku Adam adalah penyumbang besar dana kebajikan di mana tempat Ariana bekerja. Tengku Adam mula jatuh cinta pada Ariana namun tidak pada Ariana. Malah dia semakin membenci Tengku Adam.

Ariana Rose dipinang oleh keluarga Tengku Adam tanpa pengetahuan Tengku Adam dan Ariana menerima lamaran tersebut .Disebabkan kecewa lamarannya ditolak Ariana, Tengku Adam pergi menunaikan umrah. Bila pulang, dia mendapati, yang dia akan berkahwin dengan Ariana-gadis yang dicintai.Ariana juga tidak tahu siapa bakal suaminya hinggalah pada hari penikahan.Ariana terkejut tapi dia menerima suaminya dengan perasaan terbuka apatah lagi melihatkan suaminya telah banyak berubah.

Suami ku dan Nelydia Senrose



minggu jumpa retis.
last two week jumpa Neldia kat KLCC.
last week jumpa Eira syazira kat Rasta.
jumpa rita rudaini.lawa sgt kulit dia.
Natasha Hudson pon lawa.kening berserabut pon lawa.
haihhhh pitammmmm~ hahaha

Felixia Yeap, Model Playboy BERHIJAB




Felixia Yeap (叶静)
Born
July 3, 1986
Kuala LumpurMalaysia
Modeling information
Height
173 cm (68 in)
Weight
49 kg (110 lb)
Hair color
Black
Eye color
Dark brown

dia masih lagi belum masuk Islam.
cuma buat waktu sekarang,dia suka menutup Aurat,
rasa selesa bila menutup Aurat,dan rasa selamat,
Alhamdulillah,semoga mendapat hidayah dan masuk Islam.
dan dia masih lagi model majalah Playboy.

tapi yg aku suka tentang dia.
bila dia berhijab dan berjubah tu.cantik sangat.
comels sgt sgt!

untuk tau kisah lanjut.baca lah blog dia.






Romantica Bulan Madu Jovian dan Nina

gambar bulan madu jovian

gambar bulan madu jovian

gambar bulan madu jovian

gambar bulan madu jovian

gambar bulan madu jovian

gambar bulan madu jovian

gambar bulan madu jovian

gambar bulan madu jovian

gambar bulan madu jovian

gambar bulan madu jovian

gambar bulan madu jovian

gambar bulan madu jovian

gambar bulan madu jovian

Busuk!

safura.online.diary © . Designed by MaisarahSidi.com