22 February 2013

Lelaki China Saman Isteri Kerana Lahirkan Anak Berwajah Hodoh


Seorang lelaki di China telah menyaman isterinya akibat mempunyai wajah yang hodoh dan menang kes saman terhadap isterinya itu. Si suami, Jian Feng berasa ragu akan isterinya itu selepas dia melahirkan anak perempuan mereka.

Feng menuduh anaknya yang baru dilahirkan itu tidak mempunyai wajah yang sama seperti wajah mereka berdua. Dia menyifatkan bayi itu sebagai "amat hodoh". Pada mulanya, dia menyangka isterinya telah menipu dirinya dengan mempunyai hubungan sulit dan bayi tersebut bukan anaknya.

Pada suatu ketika, isterinya mengaku yang dia pernah membelanjakan lebih daripada $100,000 pada beberapa pembedahan plastik sebelum dia bertemu dan berkahwin dengan Feng.

Selepas tahu mengenai pembedahan tersebut, Feng mengambil keputusan untuk menyaman isterinya. Dia membuat dakwaan bahawa wanita itu menyakinkan diri nya untuk berkahwin dengannya di bawah dakwaan palsu.

Pihak hakim bersetuju dengan dakwaan Feng dan mengarahkan si isteri membayar ganti rugi sebanyak $120,000.

10 comments:

mOoN said...

macam-macam je kan.. rupa boleh tukar tapi gen x leh nak tukar.. huhuhu

Syima Syaz said...

muka laki dia laggiii hodoh...ada hati kata muka anak hodoh.debik kang baru tauu

mama leen said...

ceh... macamla dia tu ensem sgt... huhu..

ArELeEz said...

mengonglah si feng nih! dia pun x la ensem sgt pun.. haish!

mama ila said...

haah kann..dia ingat dia hensem kot..kalau tgk betul2..baby tu ada iras2 ayah dia..huhuhu

ct kektus said...

sanggupnya lah nak saman-saman. ish3.

Ina Haireina said...

nak tergelak je rase.. hehhe.. tapi muke laki nak saman tu pun bukan cantik jugak pun..hehehe..

najihahfara said...

x de kerja ke ape laki ni

wantie said...

mcm dia ensem sangat. pala pun botalk ada ati nak saman.

C.M.A @ CikMoonAdnan said...

huhu..mcm2 hal la dorang ni.. tu pon boleh saman.. mcm ler dia tu hensem.. muahahaha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...