KUALA LUMPUR – Pelakon Sharnaaz nekad membuat keputusan mahu melupakan terus cintanya dengan penyanyi Shila Amzah.
Akhbar Utusan Malaysia melaporkan pelakon filem Juvana itu turut enggan dikaitkan lagi dengan keluarga bekas kekasihnya
“Saya memilih untuk melupakan segala-galanya. Keputusan ini saya buat kerana saya rasa semakin hilang hormat kepada bapanya, ND Lala” katanya.
Menurut Sharnaaz, apa yang berlaku kepada penyanyi itu mahupun keluarganya ketika ini, bukan lagi menjadi urusan penting buat dirinya.
Tambah Sharnaaz, sikap yang diambil ND Lala seolah-olah menunjukkan beliau terlalu ego sehingga tidak memberi ruang pada Shila membuat keputusan dalam menentukan masa depannya sendiri.
“Biarkanlah kalau dia mahu terus begitu. Saya tidak mahu memberi sebarang komen tentang perkara ini,” tegasnya.
Isnin lalu, ND Lala telah melarang anaknya daripada ditemubual oleh pihak media pada majlis Rumah Terbuka 1Malaysia Tahun Baharu Cina di Pulau Pinang dan bakal mengadakan sidang akhbar khas tidak lama lagi.
Kisah cinta Shila dan Sharnaaz menjadi tegang apabila ND Lala dikatakan tidak merestui hubungan pasangan terbabit.
Malah Sharnaaz sebelum ini yang berhajat untuk merisik Shila pada Mac depan terpaksa membatalkan niatnya kerana masalah tersebut.
Shila yang ‘melarikan’ diri selepas pulang dari Shanghai, China minggu lalu akibat tertekan dengan konflik itu bagaimanapun sudah kembali ke pangkuan keluarga pada Sabtu.
Pada Jumaat lalu, Shila memuat naik rakaman kesedihannya sambil menangis teresak-esak ketika menyanyikan lagu Ombak Rindu, dalam YouTube. – mStar Online
.................................................................................................................................

kalau aku jd shila pon aku rasa aku akan tertekan,
bayangkan kita ada kekasih,dan rasa dh serasi.tp bapak x restu,
bapak streess kot.kalo aku boleh gila kot.nk ditelan mati mak,
nk dluah mati bapak, ( betul ke pepatah aku ni? )
tapi nk buat cm ner,sume terletak pada jodoh,kalau kuat jodoh dorg adalah,
kalau x,mungkin ada yg lebih baik untuk shila.
aku actually sedih dgn pasangan ni.ichhh sedih lah.
kesian dorg.moga dorg tabah.

tulah turut bersedih tapi jgn terlalu sedih sbb apa berlaku ada hikmahnya..maybe Allah nak bg jodoh paling baik buat shiela.diapun muda lagi,,
ReplyDeletemenyenangkan hati ibubapa lebih baik dr menyenangkan hati pakwe yg baran mcm sharnaaz ni..kalau tgk gaya dia bercakap itu mmg sgt tiada adab...tak hormat kpd ND LALA sbg ayah kepada shila.mgkin ada hikmah disebalik perpisahan itu..
ReplyDeletealaa... sedihnya. akak pun suka couple ni. moga adalah jodoh kalau itu yg terbaik utk dorang. kalo takde jodoh pun nak buat camner kan. mesti ada hikmahnya ..
ReplyDelete1 lagi banyak pihak ke 3 yang tokok tambah cerita & laga2 kan dorang tu yg jadi cmtu. rasa kesian jugak dengan shila ni. sharnaaz pun 1,kalau dia cakap elok2 maybe perkara ni x jadi kot
ReplyDeleteiyela, kalo sapa yg jadi sheila amzah ni mesti stress, tapi kita pompuan kita mmg emosi lebih... lelaki dia dah tau dah mmg kalo jenis baran, dia pon nk tunjuk le kuasa veto dan kepoweran tu.. tp apa2 pon kita mmg kena dgr ckp mak ayah kita.. apa yg ayah or mak kita rasa, semuanya utk kebaikan kita..
ReplyDeletetula saila pun xtau la kenapa rasa sedih n simpati sgt2 dgn diorg berdua ni..bgs dh bila lelaki serius dgn kita smpai berniat nk kawen dgn kita..patutnya ayah dia restu la anak nak bt keja baik..kesian diorg..kalau xsuka patut dr dulu ckp xsuka, ni bila dh nk merisik tetiba xbg pulak..kesian sgt.. :(
ReplyDeleteItulah Qada dan Qadar Allah...kita hanya mampu merancang...tp akhirnya Allah jua penentu matlamat jln hidup kita wpun susah payah jaga perhubungan agar kekal lama...ada rahmat disebaliknya kan rara...kita doakan yg baik2 buat mereka...aminn
ReplyDeletenasib baik akak dah kawen kan...hahaha...tapi kalau mak ayah tak berapa nak bagi mesti banyak je halangan sampailah mereka boleh terima baru boleh on...=D
ReplyDeletehish x nak ler ado somi yg x reti hormat mak ayah kite..
ReplyDeletesyurga kite bwk tapak kaki ibu.. fmily lg penting tau ..
even cintan cintun puloh thn pun, tp kalau xde rstu x gune jgk then kalau bley biar la suami kite tu penyejuk org nye
Shila selalu cakap..shanaz tu "Cinta hati saya" nak buat macam mana kan..rezeki, ajal, maut semua adalah Tuhan yang tentukan
ReplyDeletekita nampak mcm shanaz yg salah. tapi kalau sorang je, tak kan jadi kemelut ni. sian shila...
ReplyDeletedah org nak datang merisikizin je la. kalau tak sudi tolak le cara elok. si lala ni pun.....
kalau aku jadimak shanaz pun aku suh putus. wat pe nak hegeh hegeh org dah tak sudi...
betul rara..kesian dia..kalau sapa yang takpernah rasa putus cinta kerana terpaksa tu mungkin tak boleh paham rasa sedih kecewa shila amzah ni..
ReplyDeleteakak p0ernah baca satu komen kata dia mengada2 nak luahkan sedih kat youtube la twitter la..aduhai..yang komen tu macam la depa kuat sangt...