Memetik sumber dari Berita Harian:
Kuala Lumpur: Datuk Seri Najib Razak dijangka mengumumkan
skim gaji baru dan kenaikan pangkat anggota dan pegawai polis serta tentera,
hari ini.
Berita gembira yang dinanti-nantikan pasukan keselamatan negara itu bakal diumumkan pada Majlis Perdana Perkhidmatan Awam Ke - 13 (MAPPA XIII) di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya. Selain Perdana Menteri, Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin dijadualkan hadir bagi meraikan penjawat awam itu.
Sumber : Berita Harian
Berita gembira yang dinanti-nantikan pasukan keselamatan negara itu bakal diumumkan pada Majlis Perdana Perkhidmatan Awam Ke - 13 (MAPPA XIII) di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya. Selain Perdana Menteri, Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin dijadualkan hadir bagi meraikan penjawat awam itu.
Sumber : Berita Harian
Sumber Persatuan Pegawai Kanan Polis memberitahu BH, pengumuman
itu sememangnya wajar kerana sudah tiba masanya anggota dan pegawai polis
menerima skim gaji dan kenaikan pangkat yang sama seperti jabatan lain.
Menurut sumber itu lagi, anggota polis pelbagai pangkat akan
menikmati tangga gaji baru seperti berikut:
Konstabel (N17)
P1 - RM1,013 - RM2,613.61 (P1)
P2 - RM1,0851.56 - RM2,681.56)
P3 - RM1,151.46 - RM2,751.46
Lans Koperal (N22)
P1 - RM2,164.44 - RM3,321.99
P2 - RM2,325.10 - RM3,657.02
Koperal (N26)
P1 - RM2,482.33 - RM3,496.05
P2 - RM2,719.90 - RM3,815.70
Sarjan (N29) (lantikan)
RM1,710.39 - RM4,335.62.
Terkini Gaji Baru PDRM dan ATM 2013
Berkuat kuasa 1 Januari 2013, kerajaan setuju pangkat
anggota di Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM)
disetarakan dengan gred perkhidmatan awam lain.
Gred jawatan dan gaji koperal dalam ATM dan PDRM disetarakan
dengan Gred 22 perkhidmatan awam.
Gred jawatan dan gaji sarjan dalam ATM dan PDRM yang kini
dalam Gred 17, disetarakan dengan Gred 22 perkhidmatan awam
Gred jawatan dan gaji mejar dalam ATM dan timbalan
superintendan PDRM dalam Gred 41, disetarakan dengan gred 46A dalam
perkhidmatan awam.
Jawatan Kapten ATM dan Superintendan PDRM dalam Gred 41 kini
disetarakan dengan Gred 44 perkhidmatan awam
Gred jawatan dan gaji kolonel ATM dan Asisten Komisioner
(ACP) polis yang kini dalam Gred 48, disetarakan dengan Gred 52 perkhidmatan
awam

gaji kakitangan bese mcm kita naik x rara?
ReplyDeleteGaji sarjan..wow!
ReplyDeleteAlhamdulillah, rezeki.
hehe
kt org kakitangan awam x de ke
ReplyDeleteeeerrr...keje swasta??? errmmm...
ReplyDeletealhamdulillah.bagus la..diorg byk berbakti kot
ReplyDeleteAlhamdulilah..dpt merasa gaji husband naik..hehe.
ReplyDeletealhamdulillah rezeki dorang kan
ReplyDeleteHana dgr budak opis ckp kita punya kenaikan xde kan.
ReplyDeleteAlhamdulillah...tempias pd mak sy. Heeeee~
ReplyDeleteatm pdrm jew..
ReplyDeleteSemua ada kenaikan...tunggulah detailnya bila JPA umumkan dlm Pekeliling Perkhidmatan nanti
ReplyDeleteBila nak byr gaji baru pdrm dan atm....
ReplyDelete