19 April 2013

6 PESANAN BUAT ISTERI


1. Jaga solat pada awal waktu.

Kalau datang haid sekalipun jika tidak dapat solat, kena duduk atas tikar sembahyang supaya anak tidak lihat kita meninggal solat.

2. Hidupkan Bacaan Hadis Nabi saw di rumah dengan keluarga.

Dianjur baca Hadis Fadhilat Amal. Ini amalan sahabiah zaman Nabi saw sehingga dari rumah kita keluar anak-anak yg soleh yg mendoakan kesejahteraan kedua ibubapa dunia/akhirat.

3. Baca Al Quran setiap hari walaupun hanya sehelai muka surat. 

Jika tak mampu nak baca kerana terlalu sibuk, cukup dengan mencium Al Quran dan muhasabah

"Ya Allah, apa dosa saya hingga saya tak dapat nak baca kitab Mu pada hari ini."

4. Mendidik anak secara Islam.

Mengajar anak-anak dari kecil bermula dengan doa-doa masnun.
Iaitu doa seharian Nabi saw saperti doa tidur, bangun tidur, makan dan sebagainya.

5. Hidup sederhana dengan tidak membebankan suami.

Setiap hari malaikat akan menghantar 500 jambangan bunga dari syurga untuk wanita yg hidup sederhana. Setiap titisan air masakan dan basuhan mereka akan menjadi zikir mohon keampunan kepada Allah swt atas wanita tersebut.

6. Galak suami untuk bermujahadah atas Agama Allah.

Seorang isteri yang menggalakan suaminya untuk solat berjemaah di Masjid/Surau akan dapat pahala berjemaah suaminya termasuk solat dia sendiri.



Ya Allah,aku culas dlm solat ku,
solat diakhir akhir waktu,moga aku
akan memperbaikinya mulai hari ini.
walaupon sesibuk mana,akan aku cuba 
untuk bertemu mu dahulu.

mengaji,sejak ada anak,aku hanya sempat mengaji
hanya beberapa ayat.jahil nya aku.
akan aku usaha kan utk selalu mengaji.
Ya Allah,berdosanya aku.

mendidik anak,
akan aku selalu alunkan ayat ayat Al-Quran di
telinga anakku,agar anakku biasa mendengar
ayat ayat suci ini.agar bersih jiwanya.
Amin.

hidup berserdahana,
akan aku amalkan,dan aku biasa dgn bersederhana
lebih bahagia rasanya dr membebankan suami.

dan akhir sekali.Ya Allah,
permudahkan lah jalan kami,
Amin.


12 comments:

Bazilah (^0^) said...

lebat rmbt princess!

Ratu Hatiku said...

Sama-sama kita amalkan..
Comelnya princess...

Mila Ahmad said...

amin semoga sentiasa dipermudahkan...

Khai♥Rin : anies said...

aminnnnnnnn

Mooniqueen said...

thanks dear for this nice reminder...

Cik Tia said...

princess yang comel , termasuk ibunya sekali :)
semoga dipermudahkan jalan ..

cha said...

nice sharing u :)

UmmiZulaikha said...

In Sya ALLAH.. :)

diana said...

mengaji dengan dia je rara..
letak dia atas sejadah tu ngaji sama..
mikhail kalau akak ngaji dia pun ngaji sama..kemain mulut mendayu2 je bunyi..hehehe

Hanis Azla said...

Salam rara..

terima kasih atas perkongsian yg baik ini.. Alhamdulillah..

With Julia said...

Good info dear...kena ikut nih...nk jd isteri solehah...haishhhhhhh umi Qi wakeupppppppp!

SweetLikeWhat said...

peringatan bersama ;)
comel princess..rambur lebat..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...