09 May 2013

Vaksin Pneumococcal : perlu ke untuk bayi?

kenapa anak aku dh 8bulan baru aku tahu pasal ni?
kenapa kenapa? hmm terukkan aku.
lepas mummy Qi up entry pasal vaksin ni,
barulah aku terbuka hati utk search lagi mendalam pasal
vaksin ni.hmm,dgr cerita pasal sorg anak blogger tu
meninggal.buat aku sedih.aku kalau bab baby baby skrg ni mmg aku sedih.
skrg ni mcm mcm penyakit kan,aku paling x tahan tgk baby sakit.
sedih gila kot.

bila kau google google pasal vaksin ni,
hmm agak penting jugak kan.
harga pon boleh tahan,tapi untuk anak,
kena berkorban lebih sket lah kot kan,
sbb anak aku pon selalu sakit.
xsalah mencegah kan.
vaksin rota virus pon aku xamik,
punya lah aku ni x alert bab bab vaksin ni.
huaaaaaaaaa hentak kepala kat meja.
selalu aku google pasal makanan je.
pasal vaksin vaksin ni lgsg x amik tahu.
huh!

vaksin chicken pox pon,
aku xamik jugak,kita aku mmg bergantung kat
cucuk di KK je,hmmm terukkah aku?

hmm ramai ke yg dh amik vaksin ni?
kalau amik vaksin ni,vaksin lain kena amik jugak ke?
vaksin ni ada effect pape x lepas tu?

hmm nk tanya sape ni eh?
ada sesiapa yg ada info x?

ni ada sket info pasal vaksin ni yg aku google.

Perlukah suntikan imunisasi Pneumococcal utk anak2 kita?

Imunisasi Tambahan – Pneumococcal

Imunisasi Pneumococal adalah salah satu daripada 2 imunisasi tambahan (pilihan). Lihat Vaccination. Kali ini saya akan menulis mengenai Pneumococcal.

Apakah penyakit Pneumococcal?

* adalah sejenis penyakit yang disebabkan oleh jangkitan bakteria Streptococcus pneumoniae, atau lebih dikenali pneumococcus.
* satu kumpulan jangkitan berbahaya yang terjadi selalunya kepada kanak2, terutamanya umur bawah 2 tahun.
* bakteria pneumococcus boleh menyebabkan meningitis (jangkitan saraf otak atau saraf tunjang), pneumonia (jangkitan paru2), bacteraemia (jangkitan darah) dan juga otitis media (jangkitan pada tengah telinga).

Apakah penyakit2 ini?

Meningitis (jangkitan saraf otak atau saraf tunjang)

* boleh menyebabkan kecacatan serius atau kadang2 kecacatan kekal pada pendengaran, lumpuh, cacat otak, dan kematian.
* simptom : demam, lethargy atau drowsiness, muntah2, dan kejang leher atau kaki.

Bacteraemia (jangkitan darah)

* terjadfi apabila bacteria memasuki aliran darah dan meyebabkan jangkitan pada darah.
* boleh juga menjadi meningitis
* simptom : demam, gatal2 dan sesak nafas (nafas laju)

Pneumonia (jangkitan paru2)

* simptom : batuk, sesak dada, kahak, demam dan gigil
* diagnosis dan perubatan awal amat penting

Otitis media (jangkitan tengah telinga)

* Simptom : gatal telinga, demam dan selalu menarik telinga

Seriuskah penyakit Pneumococcal ini?

* Penyakit Pneumococcal boleh menjadi amat serius, dan boleh menyebabkan pekak kekal, cacat otak dan kematian.
* penyakit Pneumococcal boleh menjejaskan kualiti hidup kanak2 dan juga seluruh keluarga. Cuba fikirkan masa terpaksa dihabiskan menjaga nak yang sakit, lawatan ke doktor, cuti dari kerja. Jika memerlukan rawatan di hospital, beban akan lebih bertambah.


sape ada info lain?
boleh share lagi?
takut nya tgk simptom dye kan.
princess suka tarik rambut.
xde pulak tarik telinga.hmmm.

vaksin ni sepatutnya diambil seawal 4bulan kan?
kalau dh 8 bulan baru nk amik cane?
ada sesiapa leh bgtahu x?

sayang ibuu,ibuu nk kan yg terbaik untuk awak syg!


28 comments:

♥ Mrs. Secretary ♥ said...

Baby sya mmg ambik vaksin nie...total semua 3 dos..perlu diambil semasa baby kita umur 3bln, 5bln & last dos umur setahun.. kat klinik kerajaan tak ada vaksin nie..so kena dapatkan kat private la.. Satu dos RM260..So far baby sya ok jer..lepas cucuk pun tak dak demam apa la..baby sya mmg ssh nak kena serang penyakit..mybe antibodi kuat kot..sebab dalam tempoh 10bln nie baru 2kali kot dia demam..deman pun tak teruk..sehari dua dan ok..so sya syorkan better ambik untuk prevent baby awk.. ;p

sya ada blog about this vaksin..kot2 nak baca ke tgk link nie ye..hehehe

http://farahwahyda.blogspot.com/2012/11/injection-prevenar-13-pneumococcal.html

hanizan said...

rara: hani pn tgh survey utk suntik vaksin ni pd bby..dah lama nak buat tp terlupa terus. skrg bby dah 10 bln..utk vaksin rotavirus tu disahkan tidak halal oleh majlis fatwa sbb ada sumber khinzir. boleh rujuk sini http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/hukum-penggunaan-vaksin-biothrax-dan-vaksin-rotateq-yang-menggunakan-unsur-babi-dal

Rotavirus utk cegah cirit birit. Ada vaksin lain yg bole digunakan selain rotavirus.

utk Pneumococcal tu, hani dah call beberapa klinik td...mostly hrga dlm 200-300

az zahra bangi - 237.20
poliklinik an nisa - 250
annur specialist centre - 245

setahu hani klu dah umur dkat setahun, hnya perlu amik 3 dos shj. Kalau dari 4 bln tu, kena amik 4 dos..kita belum terlambat lg nak buat..sebelum anak cecah umur 2 thn digalakkan amik vaksin ni....

Myra Jay said...

Alamak, cheq takdak pengalaman :)

Myra Jay said...

Hope ada yang membantu menjawab pertanyaan :)

Sori, tadi tak sempat nak type abes tangan gatal p tekan send.. hehee

Golden Rose said...

utk amzar dr awal sha cuma amik vaksin dr KK je...tak tambah vaksin lain dr luar...

ShaSa RosSa said...

sy rase mcm pernah dengar pasal vaksin..ada yang kata status vaksin ni diragui,..saya tak pasti lah..sebab saya belum ada anak lagi..cuba la explore lagi tntang vaksin ni..

::puan ungu:: said...

Rara~rasanya untuk chicken pox dekat KK dah cover. Inject MMR time setahun nanti. Untuk pneumococcal kat KK tak ada sebab harga agak mahal. Boleh ambil dekat private kalau nak. Tak ada masalah kalau princess dah 8 bulan. Sebab bilangan dose dia akan mengikut umur baby. Makin meningkat usia baby, dose pun akan berkurang. Afkar ambil start umur 6 bulan. Dah settle 3 dose. Alhamdulillah so far tak ada any side effect. Rota saya pun tak ambil sebab diragui dari segi status halal.

Mooniqueen said...

MQ pun tak tau jugak pasal vaccine ni tapi everytime check up anak mesti tanya doc vaccine apa yg bagus utk anak..so dia akan recommend la mana yang bagus.. memang mahal tapi demi anak kan, buat apa nak berkira sangat... ;D

Dee said...

Dee dah lama tak beranak kecik..tapi dari pengalaman dee..setiap vaksin yg doktor swasta tmpt dee pergi suggest, dee amik. Memang beratus..tapi takpelah..demi anak tercinta kan..alhamdulillah..walau anak dee tak bfeed sepenuhnya..tapi mereka jarang sgt sakit..i suggest u amiklah sis..kalau tak sure, gi jumpa paed..they will know the best for our children..

Siti(zoey) said...

saya yg besr2 ni pun cucuk vaksin ni.tp sbb saya mmg x sihat(masalah paru2).

Liyana said...

Rara! Tkt kita bace ni.. Dah la faiq suka korek tinge dia...mcm gatal...omg... Mahalnye dos tu....

Anonymous said...

Salam..8 bulan xterlewat lg...
Saya ambik utk anak masa 8 bln,9 bln, yg last nanti biler umur dia setahun..setiap dos rm210..kt klinik sri indah..
Rotavirus dulu ingat nak ambik tp google ada kata unsur bxbx..terus cancel...

diana said...

minggu lepas akak ada baca pasal vaksin.ramai yang kata vaksin ni tak elok sebab diragui.nanti akak cari link dia balik ye..

diana said...

ni link nya Rara..tak tahu la betul ke idak..tak pasti..minta la pendapat pada yang pakar..

http://ahlimasjid.com/bahaya-suntikan-vaksin-dan-imunisasi/

Chekgu Azrine said...

Sis..rotavirus tu mmg xhalal sis..ada sumber haiwan khinzir dlm tu..akk pnh baca kt blog sorang DR ni..sis blh google..

Yg pneumococal tu skrg dah ad shgga umur 5 tahun..itu yg terbaru..klu ank dh cecah setahun blh ambik lg 2 dose..tp mhl la bergntung pd klinik swasta yg sis ambik..k

e k i n ♥ y u s r i said...

rara, ekin ade buat entry pasal vaksin nie sebelum nie

http://queen-of-colors.blogspot.com/2013/03/suntikan-vaksin-pneumokokal.html

Asz Miza said...

Rara..kita pun da baca pasal vaksin ni..kalau kat e-fatwa yg halal dari vaksin pneumococcal dari company GSK sbb takde dari sumber haiwan(babi). Yang mommy Qi tu buat entry yg prevenar dr company wyeth n synflorix(tak igt nama) dari GSK..nak kena tau bhn dlm prevenar if ada yg meragukan..harap2 la prevenar tu halal..sbb lagi byk kan. Aritu tanya klinik gynae dia kata RM200/jab tp xtau la dia pakai jenis yg mana..untuk 6 bulan ke atas kena 3 jab.

HAFIZ HASSAN said...

Anak saya da kena jangkitan paru2 dalam bulan lepas.. nasib baik cepat pergi spital. saya nak maklumat jugak.. kalau da pernah kena sepatutnya antibodi untuk menentang bakteria ni kuat kot... atau sebaliknya.. hayfaprogress.blogspot.com


ayahmamilisa said...

salam tuan blogger..minta izin share ye di blog saye..coz baru cucuk vaksin pneumococcal anak aritu..
tq in advance :)

Tyna Zai said...

Utk rotavirus...bagi yg muslim d cadangkan ambik rotarix13..ini yg halal..dan terkini...sementra rotarix10 adalah yg tidak halal...harap maklum.

Tyna Zai said...

Bagi yg muslim...kalu nk ambik rotavirus..ambik rotarix13..halal dan terkini..mmg betul ada yg tidak halal.itu adalah rotarix10.jd sila rujuk PAKAR ...jgn simply dtg ke klinik swasta n tanye klinik yg mgkin takde rotarix13 ni..

Anonymous said...

dkt mana nak cari rotarix13 ni? cari tak jumpa pun source dkt internet. pls give detail Tyna Zai.

TQ!

Anonymous said...

@Tyna Zai

Dkt mana nak cari rotarix13? Pls give detail, TQ!

~mrs. razz~ said...

maaf mencelah.. anak2 sy dua2 dh amik vaksin prevenar n rotataq.. cuma yg no 2 x amik hbs bila tau status rotataq n rotarix ada unsur x halal iaitu babi.. dalam malaysia ada 2 jnis ubat rotavirus iaitu rotataq dan rotarix.. dua2 ada unsur haram.. ini link dari dr zubaidi. http://drzubaidi.com/blog/?p=2594. utk prevenar pula pun ada unsur babi ttp keluaran GlaxoSmithKlein boleh diambil.. jika keluaran Aventis Pharma mengandungi unsur babi (porcine)link fatwa.. http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/suntikan-pelalian-vaksin-meningococcal-meningitis-oleh-orang-islam. waallahualam.. jika dalam keadaan darurat diharuskan ambil..

fazitaismail said...

So caner rara..si princess ambik x suntikan tu

Bulbous Bow said...

Alamak..bru thu ank dh 2thun..blh ke nk ambik..huhu

Bulbous Bow said...

Alamak..bru thu. Klw ank dh 2thun blh ke..

Bulbous Bow said...

Klw ank dh 2thun blh ke..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...