Berlin: Seorang bayi mempunyai berat 6.1 kilogram (kg) dan
berukuran 57.4 sentimeter dilahirkan di Jerman pada 26 Julai lalu.
Bayi sebesar itu biasa dilahirkan melalui pembedahan
Caesarean, tetapi Jasleen dilahirkan secara normal.
Akhbar Der Spiegel melaporkan Jasleen dilahirkan di Hospital
Universiti Leipzig dan ibu bayi itu berdepan masalah diabetes yang tidak
dikesan.
Keadaan itu yang berlaku pada minggu ke-24 kehamilan boleh menyebabkan saiz
bayi membesar lebih daripada biasa.PETUGAS hospital memeriksa Jasleen yang mempunyai berat 6.1
kilogram.
Walaupun kedua-dua ibu dan anak terbabit dalam keadaan baik, Jasleen masih
berada di unit rawatan neonatal.

Dia kini secara rasminya menjadi bayi baru lahir terbesar di Jerman memecahkan
rekod bayi lelaki bernama Jihad yang dilahirkan di Berlin pada 2011 dengan
berat 5.8 kilogram.
Seorang ibu rakyat Britain melahirkan seorang bayi lelaki bernama George dengan
berat 6.8kg pada Mac lalu.
George dilahirkan secara semula jadi dan menjadi bayi baru lahir kedua terbesar
di Britain.
Yang mengejutkan tiada siapa menyedari ibu George bakal mendapat anak yang
besar.
“Dia adalah satu kejutan besar kepada saya.
“Secara jujur, saya tidak ingat langsung. Saya berasa sakit dan kemudian dia
keluar. Saya hanya ingat saya meneran dengan kuat,” katanya.
Menurut Buku Rekod Guiness, bayi baru lahir paling berat dilahirkan oleh wanita
Kanada Anna Bates pada 1879.
Anak lelakinya mempunyai berat 10 kilogram ketika dilahirkan, tetapi meninggal
11 jam kemudian. - Agensi
...................................................................................................
bapak ah,besar gila baby ni.princess yg 2.9kg tu pon aku
dh mcm peguin dh jalan masa bawak perut.ni pulak 6kg lebih.
normal pulak tu.tgk lah pic baby tu.dasyat kan.tembom.gerammm~
tapi kesian,demok demok mmg best tgk.tp sian baby tu lah.
xpasal pasal diabetes.hmmm.
eh aku xde mood lagi lah nk update blog.haih~

besarnya
ReplyDeleteMak aik... Besarnyer....
ReplyDeleteadeh..
ReplyDeletex dpt nk tgk pic baby tu..
tp kalau ikut berat mmg besar tue.
hope baby tu sihat ler.
perghhhhhh! gemuknya!
ReplyDeletemak aiii mcm mn la mak dia carry spnjg 9 bln tu
ReplyDeletewaaa besar nyeeee
ReplyDeleteitu la..i pun terkejut jugak dgr kat radio pagi tadi.. fuhhh penat tue.. ;)
ReplyDelete:) kuasa Allah.
ReplyDeleteyg sy berat 2.7 kg tu pun dh sakit nk kuarkan.
erkk!! tersangatla besar..normal plak tu..ngerinya..yg 3 kg pon jenuh nak push..hohohoho..
ReplyDeletekemain besar baby ni...
ReplyDeletebesarrrr..tapi comel sangat..
ReplyDeleteBesarnya...
ReplyDeleteBesarnyaaaa. >.<
ReplyDelete