PUTRAJAYA 9 Julai – Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam
Perkhidmatan Awam (CUEPACS) memohon kerajaan mempertimbangkan pemberian bonus
dua setengah bulan kepada seluruh penjawat awam tahun ini.
Presidennya, Datuk Omar Osman berkata, CUEPACS telah memohon
secara rasmi mengenai perkara itu kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun
Razak pada hari ini dan berharap permintaan ini akan dipertimbangkan.
“Melihat pada keadaan ekonomi semasa sekarang, pada kami
permohonan pemberian bonus dua setengah bulan ini yang telah diputuskan semasa
mesyuarat CUEPACS pada dua minggu lepas adalah sesuai,” kata beliau dalam
sidang media di sini hari ini.
Omar berkata, pemberian bonus bukan sahaja khabar gembira buat
1.4 juta penjawat awam bahkan akan turut memberi kesan langsung kepada ekonomi
negara apabila terdapat aliran tunai yang aktif di dalam negara.
“Namun begitu, saya berharap jika adanya pengumuman bonus
kelak peniaga tidak akan mengambil kesempatan untuk menaikkan harga barang
sesuka hati,” katanya.
CUEPACS juga berharap agar skuad pengguna di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan akan terus membantu memantau harga barangan dalam pasaran, kata beliau.
Pada tahun lepas, kerajaan memberi bonus satu setengah bulan kepada penjawat awam dan pemberian bonus tersebut merupakan yang terbaik pernah diberikan oleh kerajaan setakat ini.
Katanya, bersempena dengan kedatangan Ramadan dan menjelang sambutan Aidilfitri nanti semestinyalah penjawat awam mengharapkan bantuan dalam bentuk bonus daripada kerajaan bagi meringankan beban kewangan mereka. – BERNAMA

sumber blogger phat
--------------------------------------------------------------------
kali ni bukan salah info eh.
kali ni hope betul.dr Bernama.
hehehe.tapi kalau 2 stgh bulan gaji.
bukan banyak ke? rasa mcm banyak tu kan.
hmmm kalau dpt Syukur Alhamdulillah.
kalau x,duk diam diam je.kikikiki.
doa je banyak banyak eh.heee.
#makan apa berbuka td? kenyang x?

Cis...nanti balik2 dpt 500 je...haih!
ReplyDeleteInshaAllah...adala rezki kita
ReplyDeletemoga betullahhh ameen.
ReplyDeleteRara keja gomen ke?untung la kalau mcm tu..
ReplyDeletemudah2-an dip'kenankn. amin.. fuh3! ;)
ReplyDeleteAgak jugak r kn.hope ada la.
ReplyDeleteowh untung la badan. :D
ReplyDeleteAdeh...
ReplyDeleteBtambh sakit hati pkerja swasta pasni..
Hehe
Untung penjawat awam kalau ia diluluskan oleh PM.
ReplyDeletehehehe...bab bonus ni laju je kan...but if dapat,, alhamdulillah..rezeki...
ReplyDeletekalau betul lah dapat ni.. wah! Umar shopping sakan laaaaaa ;D hahaha~
ReplyDeleteFuiyooo byk tu....syok la gomen :(
ReplyDeleteberuntungnya la hai orng kje kerajaan..yang kje swasta ni xde la dapat cenggitu..
ReplyDeletewahhh.. betul ke ni..? byk tu kalo 2 bln setgh.. hihi.. mintak2 la betul.. alhamdulillah... =D
ReplyDeleteharap2 ade la kan...bole raya sakan skit..hihi..
ReplyDelete