Media dunia telah berkhemah selama tiga minggu di luar
hospital dimana isteri Putera William, Kate Middleton, akan melahirkan anak
mereka. Sementera warga dunia masih menanti, berikut adalah 10 fakta pelik
tentang bayi diraja ini :
1) Pakar doktor
wanita berkata bayi diraja ini mempunyai kaitan dengan Dracula, watak seorang
putera pada abad ke-15 diilhamkan oleh novelis Bram Stroker. Pakar juga berkata
bayi ini mempunyai talian darah dengan seorang Sultan yang dipercayai keturunan
Nabi Muhammad.
2) Finland telah
menghadiahkan William dan Kate dengan 'Kotak Bayi' yang diberi kepada semua
ibu-ibu yang hamil di negara itu. Dalam kotak berkenaan mempunyai pakaian bayi,
pad bra dan kondom.

3) Sebagai adat lama,
kelahiran diraja disaksikan oleh Menteri Dalam Negeri untuk memastikan bahawa
bayi berkenaan adalah waris yang sah. Berita baik untuk Kate, tradisi ini
berakhir pada tahun 1936.
4) Bayi ini tidak
seharusnya mempunyai nama keluarga namun jika William dan Kata mahukan nama keluarga,
mereka boleh memilih diantara Mountbatten-Windsor, Wales dan Cambridge.
5) Niagara Falls,
Menara CN di Toronto dan air pancut Trafalgar Square akan bertukar menjadi
warna jambu atau biru bergantung kepada jantina bayi ini.
6) Para wartawan yang
berkhemah di luar hospital St. Mary mula merasa bosan setelah tiga minggu
menunggu bayi diraja ini. Lain pula cerita ketika Putera William dilahirkan
pada tahun 1982.
Ibunya Puteri Diana
menipu akhbar-akhbar dengan memberitahu mereka bahawa anaknya akan lahir pada 1
Julai. Putera William dilahirkan 10 hari lebih awal.
7) Taruhan dilakukan
dari nama bayi ke warna rambut. Antara nama-nama yang popular dikalangan mereka
yang bertaruh adalah Alexandra untuk bayi perempuan dan George untuk bayi
lelaki.
Anda boleh menang
besar jika William dan Kate memilih nama yang tidak begitu popular seperti
Putera Wayne. Ia mempunyai kemungkinan 500/1.
8) Bayi ini sudah
memiliki laman Wikipedia tersendiri - "Child of the Duke and Duchess of
Cambridge".
9) Bekas Perdana Menteri Australia Julia Gillard telah
mengait kangaroo untuk bayi diraja ini.
10) Bintang bola sepak David Beckham mencadangkan bahawa
pasangan diraja ini menamakan bayi mereka atas nama beliau. "Saya fikir
mereka perlu namakan bayi itu sebagai David," katanya dalam satu temu bual
minggu ini, dan menambah: "Jikalau ia lelaki!"

yg last.. hamik.. gila poyo david bekam! haha
ReplyDeletewahh..fakta yg menarik ..ila baru tahu nie.. :)
ReplyDeleteadeh.. macam-macam :D
ReplyDeleteMacam2 lah depa ni
ReplyDeletehaihh.. mcm2... ;)
ReplyDeleteamboi...perasan sungguh david bekam ni..hahaha
ReplyDeletehahahaha.. ada kaitan dengan drakula. aduhai.. masalahnya dracula tu wujud ke atau sekadar Dogeng jer
ReplyDeleteini mmg aneh-aneh ni kak. nama pon nak bertaruh bagai ni. huhuu
ReplyDeleteHebat btl penangan kelahiran anak raja nie kan..hehehe
ReplyDeleteperghhh baby tu kasi gegaq satu dunia
ReplyDeleteaiyakkk ! haha.
ReplyDeleteyg ke 10 tu plg xbley blah! haha
ReplyDeleteDavid Beckham plak nk syok sendiri....
ReplyDeleteno satu tu paling menipu sekali ,..hahaah
ReplyDeleteKekeke mcm mcm eh
ReplyDeletemcm2 fakta pening lak kalo nak kaji hehehhe....siap ada muka tuh hehehhe
ReplyDeleteKeturunan Nabi Muhammad??
ReplyDeleteAssalamualaikum. hahaha lawak betul David becham tu ;p
ReplyDelete