
"syurgalah tempat Siti Nurhaliza," doa Datuk K
buat isterinya yang tercinta. hati sangat tersentuh kala membaca kisah Dato'
Siti Nurhaliza sewaktu merawat dan menjaga suami beliau ketika ditimpa
kemalangan. bacalah kisah selanjutnya. - Admin.
SELURUH teman dan keluarga terdekat yang menyaksikan
pengabdian Siti Nurhaliza terhadap suaminya ketika ia sakit, pasti rasa
terharu. Dan momen di mana Datuk K mengucapkan 'syurgalah tempat Siti
Nurhaliza,' kepada sebahagian besar teman yang datang melawatnya di hospital
sebelum ini, seperti dekat kebenarannya.
Derita suami, turut dirasai pelantun Lebih Indah yang
mengambil cuti panjang daripada aktiviti seninya. Bergegas terbang ke New
Zealand, meninggalkan konsert di Banjarmasin, Jakarta, itu bukan satu-satunya
pengorbanan Siti.
Selama suami di katil hospital, di situ jugalah dia tidur,
makan minum dan mandi manda. Dia pernah hanya tidur beberapa minit dalam
jangkamasa 24 jam, demi memastikan tidak terlepas pandang si suami, takut-takut
ada kehendak yang tidak dapat disediakan.
Memandikan, menyuap makan-minum malah membasuh hajat kecil
dan besar Datuk K juga, Sitilah yang melakukannya dengan penuh ikhlas. Status
divanya terbuang sama sekali ke tepi, saat itu. Tiada khidmat jururawat
peribadi digunakan sepanjang proses penyembuhan Datuk K, keputusan itu dibuat
oleh Siti sendiri.
Malah kata anak kedua Datuk K, Adib Khalid, 23, memberitahu,
dia dan adik-adiknya menjadi bertambah sayang melihat pengorbanan 'Mak Iti',
kala Datuk K sakit.
"Satu minit sekalipun dia tidak meninggalkan ayah.
Sewaktu di New Zealand, saya dan keluarga lain ada juga pulang ke hotel
penginapan, bertukar baju dan berehat. Tetapi Mak Iti tetap di samping ayah.
Memang terharu sebab kami tahu, dia sangat menyayangi ayah dalam apa juga
keadaan ayah," kata Adib yang juga produser album muda.
Sementara Mohammad Asyraf, 22, si anak ketiga juga
mengangguk dan menambah: "Kami sangat tersentuh. Orang sakit macam ayah
akan banyak 'kerenahnya'. Hairan juga bila Mak Iti melayan dengan penuh sabar.
Bukan semua isteri boleh buat seperti apa yang Mak Iti lakukan kepada
ayah," katanya bersungguh-sungguh.
Sementara Siti pula, menganggap ia adalah pengorbanan yang
biasa bagi mana-mana isteri sekalipun kala 'belahan jiwa' mereka terlibat
dengan tragedi ngeri sebegini.
Apa yang paling penting, kata penyanyi nombor satu negara
ini, inilah makna 'kasih sayang' dan cinta dalam erti kata yang
sebenar-benarnya.
"Kita selalu bercakap tentang cinta dan sayang.
Bagaimanakah bendanya? Inilah dia makna cinta dan kasih sayang yang sebenar.
Apabila insan yang kita sayang jatuh sakit atau ditimpa bencana, di situlah
ujian kasih sayang kita yang sebenarnya.
"Jika sihat dia boleh menjaga kita dengan baik, pada
ketika dia sakit inilah, pengorbanan kita diperlukan. Saya tidak anggap
kejadian kemalangan suami sebagai dugaan, tetapi ujian kesetiaan yang
mengeratkan lagi kasih sayang kami suami isteri. Selepas insiden itu, kasih
sayang kami sebagai suami isteri juga bertambah," kata Siti.
Pada ketika saat pertama mengetahui suami diduga sebegitu,
apa yang Siti lakukan? Menangiskah dia, meraungkah dia atau hanya memendam di
dalam hati?
"Perkara utama yang Siti buat ialah kuatkan hati,
tabahkan diri terlebih dahulu. Siti set dalam minda, perlu tunjuk kuat dengan
suami supaya dia tidak terus lemah. Saya ibarat menjaga 'baby besar'.
"Tidak sangka, selepas enam bulan, dia sudah boleh
berjalan-jalan dan kembali normal macam biasa. Dia memang kuat," kata Siti
lagi.
Tidak dinafikan, ketika suaminya jatuh sakit, kata Siti dia
sangat takut untuk menghadapi kehilangan. Tetapi perasaan itu dibuang jauh-jauh
kala di depan Datuk K.
"Suami yang Siti kenali seorang yang sangat kuat
semangat. Apa yang dia hendak, dia akan usahakan dan mesti dapat. Tetapi bila
melihat dia lemah, terlantar tidak berdaya, hati isteri mana yang tidak
sedihkan? Tetapi akhirnya, dia membuktikan kekuatan semangatnya itu dengan
sembuh lebih cepat. Siti sangat bersyukur dan berasa ini semua adalah keajaiban
yang Tuhan berikan kepada kami sekeluarga," katanya.
Sebelum saya dan team jurugambar pulang, pada ketika malam
menyambut Ramadan yang pertama itu, Siti sempat membisikan ke telinga:
"Siti tidak pernah kesal mengahwininya. Sungguh!"
----------------------------------------------------------------------
sedih dan naik bulu roma aku bila baca artikel ni.
mcm xpercaya,siti yg DIVA tu pun sanggup jaga suami dye tgh sakit.
jgn lah kita ingat dye artis,dye xnk jaga suami dye.
aku ingat lagi kes Bayu,komposer ke dye tu.yg meninggal tu.
masa sakit lg bini dye dh tinggalkan dye.kesian sgt.
tapi aku mmg salute kat siti.sebulan berkampung kat hospital jaga suami.
dye bukan xde duit kan nk upah juru rawat.
kalo nk mst dh lama leh upah.tp myb dye nk kepuasan menjaga
suami sendiri kot.mmg tabik spring lah kat dye.
dan korg korg kat luar tu.cukup lah.
xyah lah tabur fitnah yg bukan bukan lg kat Siti.
buat tambah dosa je.

Kagum dgn siti.kalau i...camna ek?i pun tak tau
ReplyDeletesejuk perut ibu dia melahirkan anak seperti ct ni..kalau selama ni org perkatakan yg buruk2 tentang dia, sekarang dah boleh tutup mulut lah sape yg suka buat fitnah ttg dia
ReplyDeleteTerharu baca kisah dato siti ni.
ReplyDeletebagus siti..patut la dato K sayang..
ReplyDeleteTerharu baca..respek siti!!
ReplyDeletealhamdulilah.
ReplyDeletetetiba sebak jgk..betapa bsrnya pgrbnan dia pd suami..tntgDiVa tu tolak tepi abis, respect kalau ada isteri cmni..hope boleh mnjd isteri y trbaik jg pd suami.
ReplyDeleteauw tersentuh ati ..
ReplyDeleteSatu contoh yang baik.. ;)
ReplyDeletemeremang bulu roma baca...sedih pun ada....pengorbanan isteri untuk suami yang tercinta
ReplyDeleterasa nak nangis baca :'(
ReplyDeleteshe's so strong.terharu tgk pengorbanannya.lagi terharu bila dgr datuk K ckp "syurgalah tempat ct nurhaliza".bukan semua suami leh ckp camtu kat isteri tau.
ReplyDeletei like ct nurhaliza. selalu tgk instag dia. hari2 mesti tgk!
ReplyDeleteeh kalau aku pun aku jaga laki aku. sapa tak sayang laki weyyyyyy....bahahahahahahhhaha
ReplyDeletetacing nya :'(...kan...klu ikutkan dia terlebih mampu kot nak hire nurse 3-4org pun..solute lah tok ti!
ReplyDeleteTeman memang berkenan sangatlah denga Mak Iti ni dari dulu kini dan selamanya. Bekenan ke Dato K jugak...hahahaa...
ReplyDeletePengorbanan seorang isteri tak pernah minta dibalas cukup sekadar kasih-sayang.
Knp nak tabur fitnah ye? Sy tak phm. Lagipun sy mmg tak amek tau sgt psl artis ni. tatau pun, ape sakit suami siti tu?
ReplyDeletepengorbanan seorang isteri..besar pahala dia..sbb tu rezeki smkin murah ;-)
ReplyDeleteaminnnnnnnnnn
ReplyDeletex terkata
comelnye dato' siti... :) moga jadi isteri mithali
ReplyDeleteamin..
ReplyDeleteuntung dato' K kan.. :)
bagusnya tok ti.... demi suami tersayang dia sanggup buat apa saja. kita pula tak perlu nak kata yg bukan2 sbb bahagian kita entah macam mana rupa ujiannya... entah mampu entah tidak harungi kan.
ReplyDeleteHi…saya blogwalking kat sini. Jemput datang ke blog saya yer http://ibu2ahmad.blogspot.com
ReplyDeletesalute dekat siti.. pengorbanan isterikan..
ReplyDeleteitu mmg tugas seorg isteri .. di mana ada suami di situ le isteri .. itu mmg wajib. bkn hanya ketika suami sakit je..
ReplyDeletetp as artis, benda2 gini pun msuk paper.
semoga isteri2 akan dpttttt berlipat2 ganda pahala di bulan Ramadhan ni ye.
teringat lak, masa kak long menjaga en suami demam panas yg amat sgt....setiap masa di sisi die...semoga, kaum2 isteri sekalian, contohila isteri seperti dato' ct...
ReplyDeleteBertuah siti. syurga tempatnyaa ;)
ReplyDeleteBertuah Datuk K dapat Siti :)
ReplyDelete