19 August 2013

Belajar Balik cara masak makanan anak.


princess dah nk masuk setahun.
tapi lately ni aku mcm x pandai nk masak pulak.
aku asik ulang ulang sup sayur,
sup ayam,ikan singgang,aku pon x tau aku ni dh kenapa.
asek bg anak mkn tu je.nasib lah anak aku poopoo ok.
adakah aku pemalas?
oooohhh bukan.kan puasa,raya,so mcm xsempat
nk berfikir,aku bg anak aku makanan yg mudah dan pantas je.
sampai lah semalam aku kena tegur.

" jgn bg mkn kat anak makanan yg disimpan dlm peti "

erk.masa tu aku telan air liur.
aku mmg dh biasa mcm tu,masak mlm hari,
simpan dlm peti and soknya panaskan bg anak mkn.
utk weekday je.masa hari aku berkerja,
kalo weekend aku mmg masak hari hari.
terkesima aku kejap.
aku tau yg mknan yg disimpan dlm peti dan dipanaskan,
khasiat nya akan kurang,
tapi nk buat mcm mana,terpaksa,kalo bangun pg.
aku risau x sempat,aku rush,kalo jam x bunyik.lg naye.
langsung xsempat nk bg anak mkn.
ich~

tapi lepas kena tegur tu,
aku fikir balik.mungkin ada betulnya.
mmg betul pon,xelok bg anak mkn cm tu.
mungkin aku kena berkorban sikit masa tidur aku.
bangun awal pg.masak untuk anak.

and td aku bukak balik buku resipi.
cr resipi utk anak lg.yg boleh variety kan makanan dye.
ni asek ayam ikan ayam ikan je.sian anak ibuu.
tapi nasib lah princess x memilih mkn,
makan je apa yg ibuu bagi. *tear
thanks anak.walaupon princess agak lasak.
tapi ibuu syg princess.

nanti ibuu introduce kan princess tofu,telur,yogurt pulak
eh syg ibuu.ibuu mintak maaf.ibuu akan berusaha lebih sikit utk awak.
love u~

16 comments:

Nurzakiah Hanum said...

great

SweetLikeWhat said...

caiyok ra!!hihi

:: Mrs.Eady :: said...

Pincessss comel :)

mas saari said...

akak pun buat macam rara, masak malam pastu pagi panaskan.. nak buat camne memang tak sempat kalau masak pagi.. akak yg anak dah 3 orang ni memang tak sempat nak kejar masak pagi2..

bagi akak biarlah apa orang nak kata yg penting kita bagi makan anak kita makanan yang kita masak sendiri.. khasiat tu cuma hilang sikit je sbb bukannya rara simpan berhari2 makanan tu..

think positif rara!

aThidEaN said...

i pon mmg masak n frozen.baby br 7bulan.cmne nak masak sikit2.dia sekali makan 1-2 oz je.

mmg amalkan frozen makanan dia. janji dia mkn air tgn ibu.

TelingaBulat said...

wahh xlama lg princess start mkn yogurt..msti die ske ;)

QueeN TerataI said...

haippp ibu kena rajin ok.. hehehe

~ NANA ~ said...

good luck rara...buat je mana2 yg u rasa terbaik utk anak u k :)

diana said...

sejak dari Mikhail boleh makan mak akak dah pesan masak hari2.jangan simpan2 dalam peti sejuk,.sebab tu mikhail cerewet bab mkn.nak makan benda yg baru masak je...hahaha..

sekarang apa yang akak masak untuk maisara adik pun makan sekali.sebab kakak pun tak makan pedas.jadi senang.cuma kena kisar je bagi halus.ikan telur,daging semua la dia dah makan.

JunAina said...

Wanita berkerjaya memang berada dalam dilema kalau bab2 cam gini tapi apa boleh buat terpaksalah terima juga.

Bagi akak selagi mampu bolehlah tetapi badan kita bukan tiap2 hari larat ja ada time jugak penat, letih.

Puan Mell said...

samalah rara.. ni my bby baru nak lalu makan blik.. tp masalah nya dia makan 1-2oz je sekali makan. hari2 masak. acane tu..huhu..

Intan Zulhilmi said...

Rara ni sgt rajin tau. Akak yg srirumah ni pn x serajin awk yg brkerja tu, kdg2 akak kuatkn smangat bila tgk safura post mcm2 psl resipi anak, akak jd brsemangat sama tau...teruskan rara, brtuah princess!

adrianna syaz said...

Oooh..cmtu..comeynya baby tido..:)

Chekgu Azrine said...

hai princess!!

fifi said...

i memang bangun pagi untuk masak bagi rissa sebab ntah...i sangat jarang makan makanan yg disimpan dalam peti.memang dari kecik gitu so i biasakan rissa gitu gak.tapi dont feel bad tau ra..mesti boleh punya.belajar slow2..i pun asyikkkk masak benda sama je untuk rissa sebab kalau i tukar resepi lain,dia buat2 nak muntah..

Asz Miza said...

Dulu i gigih bangun pagi masak..tapi asyik lambat g keje maka terpaksa masak bubur malam tu, masuk peti kadang biar je atas dapur. Pagi tu baru masuk isi ayam ngan sayo..masak balik n lenyek..hehe..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...