23 August 2013

Pemandu Bas Bergaduh Dengan Drebar Teksi Punca Kemalangan?

KUALA LUMPUR – Pertengkaran antara pemandu bas dengan pemandu teksi dipercayai menjadi punca kemalangan yang belaku di Genting Highlands semalam.
Mussammat Sirajum, 35, sepupu kepada mangsa yang maut, Rafiq Ali, 55, berkata bahawa Rafiq telah pergi ke Genting Highlands untuk bercuti.
“Walaupun sepupu saya adalah dari Bangladesh, beliau merupakan rakyat Kanada dan telah datang ke Malaysia bersama isteri dan dua anak lelaki beliau untuk bercuti pada awal bulan ini.
“Beliau maut ketika kejadian manakala isteri beliau, Rashidah Buia, 50, dan kedua-dua anak lelaki mereka, Ronok Arefin,14, dan Reduan Buia, 22, mengalami kecederaan,” kata Mussammat.
Tambah Mussammat, Rashidah menceritakan kepada beliau bahawa pemandu bas tersebut mula menjerit dengan kata-kata sesat kepada seorang pemandu teksi yang bertindak memotong bas berkenaan dalam keadaan yang merbahaya.
“Pemandu bas itu kemudian memotong teksi itu semula dan terus memandu laju sebelum melanggar tembok penghalang dan terhumban.
“Kakak ipar saya dan anak-anaknya berada dalam keadaan sedar ketika kemalangan tersebut belaku dan apabila beliau sedar bahawa suami beliau sudah meninggal, beliau meminta Reduan supaya menjaga mayat suami beliau sementara beliau mencari pertolongan,” tambah Mussammat.
Kedutaan Bangladesh dan Kanada telah dimaklumkan tentang perkara ini dan mayat Rafiq akan diterbangkan ke Bangladesh untuk dikebumikan.
Sebuah bas yang membawa 53 orang penumpang telah terhumban ke dalam gaung sejauh 200 kaki semalam, menyebabkan 37 maut.
Semua mayat telah dihantar ke Hospital Kuala Lumpur sementara yang cedera dihantar ke Hospital Selayang, Sungai Buloh dan Hospital Bentong.


ada video sedih lg aku tgk td, 

Jenazah Ibu Dan Bayinya yang Dibunuh Tentera Syria Laknatullah!

aku xnk share kat sini.kalo korg nk tgk.korg tgk kat SINI.
sedih sampai aku nyaris nangis.mora roh dicucuri rahmat.Amin.

12 comments:

♥ Mrs. Secretary ♥ said...

Dah tengok video yg u kata tue.. u dah buat i menangis..huhuhu
Ya Allh sedey tengok muka bayi yg meninggal tue.. suci jer.. InsyaAllah syurga menanti dia..

Intan Zulhilmi said...

kata2 sesat ke kesat tu rara? hehe...mcm2 hal la diorang, kesilapan yg sdikit mcm tu leh mnyebabkan ksusahan pd org lain, mlibatkan khilangan byk nyawa...akk xsggup nk tgk vid yg rara share tu... :(

ZazaMyMoon said...

hurmm disebabkan pertengkaran mcm tu boleh melibatkan bnyk nyawa..
kalau pertengkaran tu melibatkan hanya nyawa si peamndu tu je tak apa lah jg.. hurmmmm kesian yang lain2 tu =(

rasa tak sanggup nak tengok video tu.
nanti nangis huhu

Fifi Nadhrah said...

kerana satu perselisihan yang kecil ramai yang terkorban..

teringin nak tengok tapi takut.. takut tak mampu nak bendung rase sedih..

Nurzakiah Hanum said...

salam jumaat yang indah
singgah sini kejap..

Deqla Manjew said...

yeke? ish.. ni mesti kes nak potong teksi tu.. tu yg bawak laju.. tak patot betol la.. kalo nyawa dia je yg melayang x kesah la..tp ramai turut jadi mangsa kecuaian dia.. kalo dia hidup lagi mmg terok la dia kena tu..

Zee Suhaini said...

pandu dalam keadaan marah la ni..tak pasal2 orang lain terkorban..
tak sanggup nak tengok video tuh :(

mama_ka0ri said...

ishk2..driver tu pon..dah tahu bwk penumpang ramai..suka hati dia jer bawak laju2..siap nak race lagi..kalau bawak keta sendiri tu takpela jugak..marah betul aku orang macam ni..tak pikir keselamatan orang lain!!!

:: Mrs.Eady :: said...

:(

Puan Mell said...

banyak versi cerita ni.. ade yg kata gaduh ngn pemamdu honda.. apapun akibat amarah.. ramai yang jadi mangsa.. sedih..

D Yatie said...

Tgk video - nangis!

Che Rosliza Che Mat said...

sabar jerlah dengan ragam pemandu bas tue...tak nak mengalah langsung...ramai yg jadi korban...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...