28 August 2013

Pergi dengan baik, pergi dengan tenang

Ibu menangis  tatap kali akhir mendiang  Yan Hui

aku bukan sengaja nk kongsi kesedihan pagi pagi.
tapi bila aku baca artikel ni,aku sedih.
rasa nk nangis.sedih gila.maybe mak dye baru sedar
apa yg mak dye dh buat.sedih sangat.

now mak nya kena duduk hospital bahagia.
apa lah nasib anak anak dye yg lg 2 org tu.
kesian sgt.harap bapak dorg amik berat lah kat dorg.
sedih gila~

-------------------------------------------------------------------

Ipoh: Pergi dengan baik, pergi dengan tenang, kata Choong Mee Chin, 30, sambil tangannya bergari ketika diberi peluang menatap wajah mendiang anaknya, Ho Yan Hui, 5, di Sanatorium Persatuan Ku Kong Chow, di sini, semalam.

Mee Chin yang berdepan tuduhan membunuh Yan Hui mengucapkan demikian dalam nada perlahan, berdiri sambil menangis dan menundukkan kepala ketika memberi penghormatan terakhir kepada mendiang anak perempuannya itu. 
Suri rumah itu yang kini ditahan di Hospital Bahagia, Hulu Kinta, atas perintah mahkamah bagi pemeriksaan psikiatri, tiba di lokasi jam 12 tengah hari sambil diiringi anggota polis dan pegawai hospital berkenaan sebelum dibawa mendekati keranda mendiang. 



Suasana bertambah pilu apabila suaminya, Ho Kok Peng, 39, memeluk erat dua lagi anak mereka, adik perempuan dan abang mangsa, masing-masing berusia dua dan tujuh tahun yang kini dalam jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang turut dibawa ke situ.

Pertemuan penuh hiba

Sejurus membawa dua anaknya memberi penghormatan terakhir kepada mendiang, Kok Peng mendorong dua beradik itu mendekati Mee Chin, namun wanita berkenaan hanya memandang mereka sambil mengesat air mata dan menekap mukanya ke bahu kakitangan hospital di sisinya.

Anak perempuan mereka terus menangis, manakala abangnya sempat melambaikan tangan mengucapkan selamat tinggal kepada Mee Chin ketika dibawa pergi oleh bapanya. Pertemuan keluarga itu turut menyebabkan ahli keluarga terdekat dan orang ramai yang berada di situ hiba.
Mayat mendiang dibawa ke Pusat Pembakaran Mayat Kek Look Seah di Bercham, pada jam 1.30 tengah hari sebelum dibakar.

Peguam Mee Chin, Chong Kok Yew, memaklumkan mahkamah memberi kebenaran anak guamnya memberi penghormatan terakhir dan menyaksikan proses pembakaran mayat mendiang.

Mangsa disahkan meninggal dunia dalam keadaan koma pada jam 2.40 petang Ahad lalu, selepas 11 hari dimasukkan ke Unit Rawatan Pediatrik, Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), di sini. Laporan bedah siasat mendapati punca kematian disebabkan cedera serius di kepala iaitu otak bernanah dan jangkitan kuman dalam darah.

Kelmarin, Mee Chin didakwa di Mahkamah Majistret Ipoh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh mangsa di rumah mereka di Taman Wang, Menglembu, di sini, pada 12 Ogos lalu

13 comments:

Nurzakiah Hanum said...

sedih kan

TelingaBulat said...

sedih...tp mase die buat die xpk lak..

Chekgu Azrine said...

Menyesal kemudian dh xberguna..huhu

:: Mrs.Eady :: said...

:(

ZazaMyMoon said...

kes2 mcm ni selalu berakhir dgn menyayat hati.. kesian anak dia jadi mangsa dera.. motif?? hurmmm mungkin mak dia sakit mental kot.

Mrs.Yana @ K.M & B.U.M.P said...

walaupun dia ada masalah mental, mesti masih ada rasa keibuan. harap2 nasib anak2 yg lain terbela

NM03 said...

kesian....

mama maman aka yana said...

sian anak dia.. ajalnya begitu.. aduhai

mrs kayrul said...

sedih tengok newspaper pagi....harap2 maknya tue kembali pulih la...sian kat anak2 lain

Sya Mimie said...

kesiankan..kecik2 dah di dera..
kak, dia bakar ni kawasan pembakaran yang kat2 umh kita2 tu kan?

Anne Nurain said...

kesian ny..
tp skurang2nya berakhir jgk penderitaan dia kan?

Cik Mun said...

kesiannnyeee..

Cik Eka said...

eka pun pepagi lagi dah nak menangis baca ni

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...