27 August 2013

Pertunangan Syanie Hisham dan Nadi Putera





KEGAGALAN dalam perkahwinan pertama tidak bermakna pelakon Syanie Hisham enggan lagi mendirikan rumah tangga. Ternyata, kehadiran lelaki yang bernama Nadi Putera Mohd. Zainol berhasil mengisi kekosongan hatinya.
Ketika umat Islam masih sibuk meraikan sambutan Aidilfitri, Syanie dan Nadi telah selamat mengikat tali pertunangan pada 10 Ogos lalu dalam satu majlis yang diadakan di rumah pelakon itu di Petaling Jaya, Selangor.
Menurut Syanie, sebelum kata putus dibuat untuk menerima lamaran Nadi, dia tidak mengambil masa yang terlalu lama untuk membuat keputusan.
“Pertama sekali, saya membuat perbincangan dengan ibu serta adik perempuan mengenai hasrat kami ini. Banyak perkara yang kami bincangkan seperti pertimbangan terhadap keputusan yang akan dibuat.
“Lagipun, perkahwinan bukanlah suatu perkara suka-suka dan kami sekeluarga memang mengambil serius mengenainya.
“Sekiranya saya dan Nadi ditakdirkan berkahwin, sudah tentu saya mengharapkan sebuah hubungan yang kekal sehingga akhir hayat,” ujarnya.
Apabila ditanya tentang hasratnya yang mahu kembali mendirikan rumah tangga setelah 11 tahun bergelar janda, pelakon tersebut meluahkan bahawa sudah tiba masanya untuk dia memiliki teman hidup.
“Setiap wanita pastinya mempunyai keinginan memiliki seorang suami yang sentiasa berada di sisi. Lagipun, keputusan yang dibuat ini merupakan gerak hati dan yakin Nadi merupakan pilihan yang tepat,” luahnya ( sumber )

FAN PAGE saya! LIKE je.heee

15 comments:

Cik Mun said...

alhamdulillah..semoga berkekalan hubungan dorang..

Chekgu Azrine said...

eh..kenapa syani gemuk balik ek

Amanda Suria said...

Syanie lg lama dari akak...akak ni cukup 2 tahun lg dah 10 thn dh....ada lg ke jodoh utk akak ni ha..

azizah :) said...

Alhamdulilah..moga kali ni berkekalan..

ZazaMyMoon said...

semoga berkekalan hendaknya.. InshaAllah

mOoN said...

eh.. tgk syanie ari tu mcm dah kurus sikit... apapun,, wish diorang all the best.. semoga kekal selamanya.. :)

ct kektus said...

semalam ada baca jugk kat surat khabar pasal syanie ni.

wahida said...

Alhamdulillah...semoga berkekalan hubungan dorang...suka tgk syanie ni, comel walau saiz dia agak besar...

Sya Mimie said...

apa2 pun moga dia bhgia bersama..

ameris said...

Nadi putra tu artis jugak ke???
ampunnnn tak kenal. ada gambar tak rara??

Umi Qi said...

Alhamdulilah....syanie...umi Qi ucap tahniah...jodoh ajal pertemuan di tgn Allah...tahniahhh dear

fazilzura said...

bagus2..

tp beso tui bdn syanie , rs nye dlu small skit

diana said...

akak rasa dia macam gemuk balik la...huhu...susahnyanak kurus kan??heheh..

semoga mereka kekal ke akhir hayat,...

eMMe said...

tahniah Syanie... moga kekal la hubungan yg kali kedua ini....

Mrs. Ady Firdaus said...

untung la bakal suami syanie pandai masak...syok tengok depa berbalas komen kat ig

COPYRIGHT 2013 RESERVED FOR SAFURA.ONLINE.DIARY | DESIGN BY KAY SBK