03 October 2013

Calon PMR ambil periksa dalam wad selepas bersalin


KOTA BHARU - Seorang calon peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) di sini, terpaksa menduduki peperiksaan terbabit di wad sebuah hospital...

Mangsa yang hanya dikenali sebagai Nor,15, berkata, akibat hubungan terlarang bersama kekasihnya yang dikenali dua tahun lalu, dia disahkan mengandung setelah perutnya terus membesar.

Remaja terbabit yang bersalin secara normal Ahad lalu, masih dalam keadaan lemah namun tetap bersemangat untuk menduduki peperiksaan.

Menceritakan detik hitam itu, dia terpedaya  dengan pujuk rayu lelaki itu, setelah kekasihnya berjanji akan bertanggungjawab sepenuhnya untuk menjaga dirinya.

"Akibat termakan pujuk kerana kasihkan si dia, saya rela dan tidak sangka hubungan saya bersamanya menyebabkan saya semakin jauh terlanjur sehingga melahirkan anak.

"Ibu dan ayah begitu marah dengan perbuatan saya ini  memandangkan saya masih bersekolah dan mereka dapat tahu selepas melihat keadaan perut saya yang semakin hari semakin membesar," katanya ketika ditemui semalam.

Menurutnya, setakat ini kini kes berkenan mendapat perhatian Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk tindakan lanjut.

Nor berkata, dia kini menyesal dengan perbuatannya itu dan mengharapkan keputusan peperiksaannya lebih baik daripada peperiksaan percubaan sebelum ini yang hanya memperolehi 2A.

"Saya nak berjaya dalam peperiksaan ini dan harap dapat sekurang-kurangnya 4A dalam enam mata pelajaran yang diambil supaya saya dapat buktikan bahawa saya masih mampu meneruskan pelajaran untuk ke tingkatan 4 nanti serta dapat menebus kesalahan lalu," katanya.

Nor berharap, selepas ini dia dapat meneruskan persekolahan dan menumpukan perhatian dalam pelajaran walaupun pernah terlanjur dan tidak mengulangi kesilapan lalu.

19 comments:

fieda said...

ermm..sabo je la..

♥ Wina ♥ said...

adoiiii..selamat berjaya la dik :)

Cik Siti Hajar said...

kesian kat budak macam ni.. termakan sangat kata2 lelaki bongok tu..

harap2 tabah lah hadapi ujian dimasa akan dtg..

SweetLikeWhat said...

ya allah kuat tul dugaan nak jaga anak perempuan zaman skrg..

Umi Qi said...

Harap sangat dapat didik Qi hormati kaum wanita ibu, adik2 dan rakan2 wanitanya nanti...ya Allah permudahkanlah daku mendidik Qi agar menjadi seorang lelaki yg menghormati kaum wanita...aminnnnn

Wawa Yusoff said...

astaghafirullah...

adik...o adik...

Nurul Aziz said...

tak berani nak cakap lebih-lebih, sebab ada anak perempuan jugak. tapi apa-apa pun respek gak kat adik ni sebab still nak sekolah. still lahirkan baby tu dgn proper takde nak buang-buang..


semua orang berhak peluang ke-2 :")

Kakzakie said...

Sedihnya kakak tengok. Masih terlalu mentah - kita doakan ada cahaya buat anak ini di mana depan..

Moga dia bertaubat..

me.liyana said...

tak nikah sng je nak dpt bebi...kami almost a yr pown still baby free...sedey =')

~moga adik tu da sedar silap dia..aamin

Nurzakiah Hanum said...

sabar je la nasib boleh amik exam

Fifi Nadhrah said...

kesian.. tu la perempuan.. cepat cair..

Nursaila Norman said...

benda dah jadi..kesiannya..harap adik jadikan pengajaran,blja rajin2 tau.. :(

S.n.Fariza said...

semoga dia dirahmati Allah dan berjaya dlm hidup. Amin

hayati hashim said...

Amin.. plis ju. Seriau la tgk gelagat budak2 skrg..

ZazaMyMoon said...

benda2 mcm ni lah yang kita takut.. moga dilindungi..

Deqla Manjew said...

astaghfirullahalazim... apalah nak jadi dgn bebudak sekrg.. apapun, moga dia trs tabah melalui ujian ni..mujur dia x amek tindakan yg lebih bodoh iaitu gugurkan anak atau bunuh anak hidup2 kan.. penah dgr terjadi kes mcm tu..

diana said...

dah jadi baru nak nyesal...kesian la kat baby tu..

QueeN TerataI said...

remaja zaman skrg mmg mudah sgt terpengaruhkan.. moga dia berubah lps ni.

mrs kayrul said...

siannya la plak..mujur la dia ada kesedaran untuk berjaya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...