
Kenaikan Gred 45,000 Juruteknik (J17,J22 & J26 Ke J 29)
45,000 juruteknik yang berkhidmat dalam sektor awam di
negara ini kini menikmati skim gaji baru ekoran keputusan kerajaan
menaikkan gred jawatan daripada J17, J22 dan J26 kepada J29 berkuat kuasa 1
Julai 2013.
Skim gaji baru itu dijangka diumumkan Perdana Menteri Datuk
Seri Najib Tun Razak ketika membentangkan Bajet 2014 di Parlimen pada 25 Oktober 2013
Melibatkan semua juruteknik yang berkhidmat dalam sektor
awam persekutuan, negeri, badan berkanun dan pihak berkuasa tempatan (PBT) di
seluruh negara, melainkan yang mempunyai kes jenayah atau disiplin serius.
Skim baru ini telah disahkan semasa taklimat dengan Jabatan
Perkhidmatan Awam Malaysia pada 10 September 2013 dan ia telah berkuat kuasa
pada 1 Julai 2013.
Apabila skim berubah, gred penjawatan juga berubah.
Tangga Gaji Baru Juruteknik J29
Juruteknik berkelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau
Sekolah Menengah Vokasional (SMV) akan dinaikkan ke peringkat diplomasekaligus
tangga gaji turut berubah.
Gaji permulaan juga berbeza, misalnya kalau sebelum ini
juruteknik baru dilantik gaji permulaan RM820, apabila dinaikkan ke gred J29
mereka akan menikmati gaji permulaan sekitar RM1055
Perubahan tangga gaji seseorang juruteknik bergantung kepada
gaji semasa dan tempoh dalam perkhidmatan.
Kenaikan pangkat menerusi ‘Time Based’ akan memberi peluang
sama rata kepada juruteknik yang sudah lama berkhidmat menikmati gred dan tangga
gaji lebih baik. Maknanya, ia tidak lagi statik seperti sebelum ini
Sebelum ini kalau seseorang itu juruteknik gred J26, kalau
ada diploma atau ijazah sekali pun, dia tidak boleh naik (pangkat) jika tiada
kekosongan sehingga Juruteknik kerajaan tidak setanding syarikat berkaitan
kerajaan (GLC) yang sentiasa berpeluang menikmati kenaikan pangkat serta gaji
Jawatan juruteknik dalam sektor kerajaan akan dihapuskan dan
digantikan dengan jawatan baharu iaitu Penolong Jurutera berkuat kuasa 1
Januari 2014.
Bagaimanapun, kelulusan masih sama iaitu lepasan SPM, SMV
atau diploma daripada politeknik atau mana-mana institusi pengajian tinggi
menawarkan pengajian teknikal atau bidang kejuruteraan
Sebab itu Cuepacs naik taraf juruteknik, mansuhkannya. Tiada
lagi jawatan juruteknik, hendak jadi juruteknik mesti lepasan Politeknik dan
‘Time Based’ dari J29 terus ke J54
Tahniah Berita Semasa ucapkan kepasa semua yang terlibat.
Berita Semasa merasakan keputusan kenaikan gred juruteknik
J17, J22, J26 naik ke gred J29 disebabkan Sekolah Vokasional telahpun
dinaiktarafkan menjadi lepasan diploma disebabkan mereka ada mengambil sijil
kompetensi.
Oleh itu, jiklau sistem pendidikan sekolah vokasional
dinaiktarafkan tahun ini, tahun depan sesiapa yang memohon gred J29, lulusan
mestilah dari 2013 dan ke atas. Setuju? Barulah “make sense” di situ. Apa yang
berlaku selepas ini
lulusan SPM, SPMV DAN DIPLOMA berada dalam satu kelompok
-------------------------------------------------------------------------------------
aku lettew J17 tu.hhehehe.tahniah semua~
berkerja lah dgn lebih keras ye~ hehehe.
Alhamdulillah
kredit : berita semasa

tahniah3 rara...pasni pasti akn berusaha lbh gigih lg kan?
ReplyDeleteida jugak... yeayy! syukur! ;)
ReplyDeletetahniah.. open table.. hihihi
ReplyDeletetahniah .. open table.. hihihihi
ReplyDeleterasa mcm x setuju pulak. belajar masa diploma punya teruk, 3 tahun pulak tu. camne pulak boleh sama dgn spm? adoyaiii....
ReplyDeletealhamdulillah.... nampak gayanyer.. en. suami akak pun dapatlah.. sama je dgn awak J17.. hehehe
ReplyDeleterezeki my hubby juga..alhamdulillah~ :)
ReplyDeletewah,dpt gaji baru.congrats rara!i is jealous!.ngehehehe.
ReplyDeletewah.. ALhamdulillah naik gaji.. tahniah yer
ReplyDeletealhamdullilah
ReplyDeletebestnya
alhamdulillah.. syoknye.. fifi tak dapat la ni.. E17 je..
ReplyDeleteAlhamdulillah lah kalo macam tu..... kita sama la ni... hikhikhik...rezeki
ReplyDeletetuah badan... untungnye...!!!
ReplyDeleten_n
Wah tahniah yer rara.. bestnya bertambah la rezeki lps nie.. =D
ReplyDeletealhamdullilah kalu btolkan...merasa kita gaji naik...hehehe...rezeki nie rara...
ReplyDelete