Benarkah apa dah jadi dengan Awie ni. Kemalangan sehinggakan
mengundang maut ke atas dirinya. Dalam kejadian, mangsa dipercayai meninggal
dunia ketika dalam perjalanan ke hospital Lahad Datu akibat kecederaan parah
dikepala.
Tapi Awie ni bukan Awie penyanyi tu lah,muka sahaja yang
sama, dan digelar 'Awie' dikalangan rakan beliau.Apa-apa pun Inalillahi dan
salam takziah kepada keluarga arwah.
Seorang lelaki yang diberi gelaran ‘Awie Lahad Datu’, maut
selepas dirempuh sebuah kenderaan pacuan empat roda ketika melintas jalan dalam
kejadian di Kilometer 3.5 Jalan Lahad Datu-Tawau berhampiran Bandar Sri
Perdana, di sini kelmarin.
Dalam kejadian jam 6.30 petang itu, mangsa Maslee Lumayan,
44, yang mempunyai raut wajah seakan-akan penyanyi Awie itu dipercayai
meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Lahad Datu akibat
kecederaan parah pada badan dan kepala.
Ketua Polis Daerah Lahad Datu Superintendan Shamsudin Mat
ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan memberitahu pihaknya sedang
menjalankan siasatan lanjut.
“Mangsa dirempuh sebuah kenderaan pacuan empat roda
yang dipercayai dipandu laju dari arah Bandar Sri Perdana ketika melintas jalan
raya,” katanya.

cuak kan.aku pon cuak.ingat Awie Erra tu td.
hehehe.Takziah buat keluarga Arwah~
aku bz sgt.xsempat nk update huaaaaa~
Laparrrrrrrrrrrr~ bye~

tu la aritu kengkawang whatsapp..org lain rupanya
ReplyDeleteInnalillah...
ReplyDeletefuhhh..terkejut dh td..alhamdulillah masih pjg umur..takziah dan al-fatihah utk awie lahad datu..
ReplyDeleteingat awie rock td
ReplyDeletetakziah buat keluarga mangsa..
ReplyDeleteselalu jugak nampak kembar awie ni kalau balik LD.. muka memang hampir sama.. hehe
rupa memang ade tu..
ReplyDeletehehehe fa pun cuak baca... suspen2..
ReplyDeletejemput join 1st GA fa eh :)
http://wwweffafarhana.blogspot.com/2013/11/first-giveaway-by-effafarhana.html
seriis sejibik muka awie tp bkn erra punya la kan. hehe..
ReplyDeleteinnalilah..
tanjat gegerl.. ingat husen kak limah tadi..pheww
ReplyDeleteTerkejut juga, ingat Awie selebriti tu.. Hmm apa2 pun takziah buat keluarga Awie Lahad Datu tu.. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama2 orang2 yang soleh.. Amin..
ReplyDeleteaku baru balik dari lahad datu.
ReplyDeleteaku duduk bandar sri perdana tu.
hotel sri perdana namanya. (hahahaha. gedik nak mention gak).
takziah buat beliau dan keluarga.
haha..ingatkan awie tragedi oktober tadi..:P
ReplyDeleteDah agak ni sure awie klon..
ReplyDeletePepun takziah utk fmily awie..
Al fatihah
Innalilah....
ReplyDeletePeh! Tgk pic AWIE tu, saspen gak. Upenye pelanduk 2 serupa. Apapun, al-fatihah.
FUHHH BIKIn suspen la rara nie hahaahahaha...
ReplyDeleteape pun salam takziah tuk arwah...moga ditempatkan di kalangan org2 yg beriman...
al fatihah
laaa...ingtkan awie penyanyi tu..sama btl la..hihi
ReplyDeletetakziah buat keluarga arwah..
Takziah buat arwah...dh baca paper semlm dh....
ReplyDeleteAkak pon ada baca jugak berita ni tapi laju2 nengok kat bawah rupanya Awie lain tapi rupanya agak sama.
ReplyDeleteAl-Fatihah...
Dah kenapa awie erra pulak...hehe
ReplyDeletetulah terkejut kan dapat berita ni..sebab muka diorang mema lebih kurang..
ReplyDelete