06 December 2013

Gambar 3 Lamborghini terlibat dalam kemalangan + terbakar + rentung

3 Lamborghini terlibat dalam kemalangan + terbakar + rentung di km260 arah utara (sekitar Port Dickson)

SEREMBAN - Tiga kereta Lamborghini hangus terbakar dalam kemalangan di Kilometer 259 Lebuh Raya Utara-Selatan (Plus) dekat Seremban, pagi tadi.
 
Menurut sumber, kemalangan melibatkan kereta milik warga Singapura yang sedang berkonvoi dari negara itu ke Kuala Lumpur.

Dalam kejadian kira-kira jam 9.57 pagi itu, kereta ketiga daripada lima kenderaan itu dipercayai terbabas dan melanggar pembahagi jalan di lebuh raya sehingga menyebabkan dua kereta di belakang merempuh kereta itu.
 
Akibat rempuhan itu, berlaku kebakaran melibatkan ketiga-tiga kereta itu.

Sementara itu, memetik laporan portal tempatan, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sembilan, Norazam Khamis berkata, dua jentera bersama 14 anggota tiba kira-kira tujuh minit kemudian, tetapi tiga kenderaan terbabit hangus terbakar.
Bagaimanapun, katanya semua pemandu dan penumpang sempat menyelamatkan diri.

5 comments:

~AmyLiana86~ said...

nasib la semua selamatkan..lambogini tuh.hiihi

ros_reeza said...

teruknya ye.

Eza Ridzwan said...

kemalangan terjadi disebabkan terlampau laju, pastu blanggar sesama sendiri...masuk negara org, buat mcm negara sendiri jeee puak nie...tu laa akibatnya...rentung abeh lambogini...sian...

Hunny Kitty said...

dasat derang ni....nak 'lawan' paul walker la tu

~MommyAqilMedina~ said...

Tula..memang malang tak berbau sungguh..Keta mahal tuu..huhuhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...