04 December 2013

Princess mengigau Aku menangis

Disaat aku taip nentry ni.
Aku baru lepas nangis.
Td aku hantar princess kat ibuu dia,
Aku nangis.aku yang nangis?!

Kisahnya malam td.balik rumah mata princess bengkak.
Ibuu ani kata dia x tidur sgt.dia nangis.
Mata merah.balik rumah aku bawak dia round
Padang depan rumah.pas tu mashu mandikan
dia.aku masak bihun goreng kat dia smlm.
Pas tu bg mkn.dia xnk mkn sgt.ok lah.
Basuh tangan mulut.bg minum susu.
Baring sambik tgk video kt tab.
Pas tu dia terlelap.xsampai 5minit pun.
Ternganga tido.sedih hati aku.

Lepas tu aku g mkn jap.aku mkn laksa je
mlm td.xlalu nk mkn.pas tu aku naik atas
jap.ingat nk siapkan tempahan bantal felt.
Baru keluarkan barang.mashu naik ngan
Princess.terkejut aku.kejap gila tido.
Dia xnk kat sapa sapa.nk kat aku je.
Aku pn stop buat keje.aku dukung dia.
Aku ingat dia nk tido.dlm kul 9lebih
Dh masuk bilik.tp dia x tido tido.
Korg tau sampai kul bape? Sampai 230am.
Aku tepuk xnk.aku dodoi pn xnk.
Aku sampai dh rasa nk marah.tapi aku
sabar je banyak banyak.

Paling sedih bila dia dh lelap.
Tapi pas 10mint dia jaga pas tu nangis.
Dia bukak mata cr aku.nk tgk aku ada kt sblh
Lepas tu tido balik.pas tu 10mint lg bgn.
Cr aku lg.peluk pulak aku.aku mmg sedih sgt.
Aku xtido sampai dia betul betul lena.
Nmpk letih sgt dia sbb banyak nangis.

Td pn masa nk hantar.dia tido sepanjang
perjalanan.pas tu sampai school.
Dia dh jaga.dia peluk aku kuat gila.
Kuat sgt.xnk g kat ibuu dia.
Aku cite kat ibuu dia sambil nangis.
Lantak lah.hati aku dh x tahan.
Dr hari isnin aku tahan xnk nangis.
Rini aku nangis jugak.
Ibuu dia kata aku pun kena kuat.
Kena sbr.ada budak sampai 3bulan pn
Nangis lg.hmm ye aku kena kuat.
Tapi aku xsanggup tgk anak aku
mengigau dlm tido.sampai xleh tido.
Sampai nk aku mmg ada kt sblh dia.

Ya Allah.lindungi lah anak aku.
Lindungilah dia.tolong lah hambamu
ini Ya Allah.Amin.

Maaf lah korg pg2 entry dh sedih.
Aku xtau nk luah kt mana.
Sini je tempat aku since kwn wasap aku
Dh berpecah.tu pun buat aku sedih gak.
Sllu dorg ada.hmmm ntah lah.bai.

19 comments:

CikNaa said...

eh ciknaa pn rase nak nangis baca ni rara.. sabar yer..harap sgt princess takde pape yg dia takutkan.. cuma perubahan tempat kot..

cik fadh said...

kak sabar yer..akk kene kuat...

ain.ya.nun. said...

Betul cakap ibu tu Rara. Apapun, kita yang kena kuat.

Memang tak sampai hati nak tinggalkan, tapi kita pun takde pilihan.

Hopefully, lama-lama nanti Rara dan princess dapat biasakan diri lah ye.

nurulfarehah said...

kesiannya cik Rara. Tu la prasaan seorang ibu kan. hmmm...xde geng wasap dh eh?? Meh wasap fa. 0177880698. :)

Nurzakiah Hanum said...

sabar ya

leeza said...

aku pulak rase nak nagis.. saba ye rara, insyAllah lame2 die ok tu, take time sikit.. ko mmg kene kuat, die terkejut kot tetibe kene stay kat tempat lain, org yang tak kenal.. doa banyak2 ye

shaFazie said...

rara takmoo sedih yerkk.inshaallah princess ok nnt..kuatkan semangat k rara

hainom OKje said...

Sebelum ni Rara hantar anak kat mana? Ke baru pertama kali hantar?
Budak budak mmg cenggitu....dan kita sebagi ibu yg baru pertama kali hantar pun mmg cenggitu sebakkan....tak insyaallah lelama ok le tu!

Ilya Melissa said...

rara..muna sblum ni pun mcm ni gak. Even kite sendiri jaga. Dia boleh buat hal..2-3 hari mcm tu lah. Menangis setiap masa. Xnak berenggang. Wlaupun smua kite rasa dah ckup. Still merengek. Masa tu kite pikir mungkin dia nak develop emosi dan perasaan dia ke apa..tp mcm risau pulak so ktorg panggil org kmpung yg pndi handle benda mcm ni..bg mandi air apa ntah smpi 3 hari. Dia ada baca doa jugak masa tdo..pastu dia tiup2 dari hjung kpala smpi kaki.. Lepas tu ok sikit..skrg dah lena tdo mlm..

Mar Mansor said...

sbb rara baru berpisah dgn dia..sebelum ni dia dgn mashu kan kat umah..peringkat umur dia skrg ni mmg dah kenal org & dah ada perasaan..mmg kita akan sedih tp kena kuat & btawakal..hampir smua org bekerja akan melalui situasi macm ni..in sha Allah semuanya baik2 je..think +ve ye...

lia said...

dear.. akak paham sgt perasaan tu sbb akak pernah lalui... masa anak lali-lali nak tertido, ckp dgn anak yg kita kena work, kena berdikari & stay kat skool masa kita work, apa2 la nasihat supaya anak kuat & bertabah masa kita xde... puji anak... InsyaAllah berkesan, kena doa, tawakal & berserah padaNYA... kita pon kena kuat, wpon nanges berkoyan-koyan tp kena jugak kuat... tabah yer...

JunAina said...

Sabarlah...kuatkan semangat. Tengok keadaan kalau berlarutan lama sangat memang kena cari inisiatif lain, mungkin semua tu perubahan bagi dia dan perlukan masa untuk sesuaikan keadaan.

Allene said...

princess blum serasi lagi tu rara.. lama2 nanti dia seronok la rmai kawan kat sana. jgn sedih yek.

ctmah said...

ko ni buat aku sebak la ra!
camtu lah aku rasa masa mula2 anta Alisha ke nursery. menjejeh ayaq mata dalam kereta. sampai la ni pun tiap kali anta aku rasa sedih. aku lg suka masa aku anta tu dia nangis. sekurang2nya dia ingat aku dia rindu aku. ada jugak bila aku hantar dia happy, sengih siap lambai2 lg.time tu mesti aku emo. dlm hati siap fikir, eh alisha ni dah x ingat ibu ke?bahahahahaha!! weng x aku???

faraherda.razalan said...

Adoi, berat mata memandang. Berat lagi bahu yg memikul. Klu sy pun, nanges smpi bengkak mata. Tak sgp rasanya tapi terpaksa. Betul kata Ibu Ani tu. Ibu kena kuat kalau mahu anak kita kuat semangat. Umur2 princess ni mmg sukar nak sesuaikan diri dgn org yg dia tak bape kenal. Sabar Rara. Try lagi dalam sebulan, tgk mcm mana ya?

TelingaBulat said...

sabarlah wahai ibu princess kuatkan semnagat ye ;)

n@D3iR@H said...

bace entry ni pon nanad dah nanges, sabar ye rara..sabar yer princess.... moga2 pasni princess cpt sesuaikan diri & dpt ramai kwn..

MAY said...

Knp dia x nk dgn ibu dia ye..

CAHAYA MATA said...

ha'ah..baca ni pun dah nak nangis rasa..

takpe lah Fura, kuatkan semangat ok.. tu je boleh cakap..huhuhuhu..kalau akak kat tempat Fura pun, nangis jugak kot.. :(

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...