
[PENDEDAHAN EKSKLUSIF] 5 Rahsia Di Bilik Hotel Yang Kita
Tidak Tahu
|PERLU DIBERI PERHATIAN !!! |
Setiap orang mempunyai
pengalaman tersendiri apabila menginap di sesebuah hotel.
Ada yang pernah menginap di hotel 3 bintang, malah
5 bintang pun ada bergantung kepada kemampuan seseorang itu. Di sini
kami ingin berkongsi tentang rahsia bilik hotel yang kita
sendiri tidak tahu.
baca lagi klik TAJUK ENTRI ni
Namun begitu, jangan percaya 100%, kerana ini adalah sekadar kajian dan
tidak semestinya ia berlaku di semua hotel. Kita boleh membuat
pilihan sendiri. Jom baca di bawah ini.
Oleh kerana staff pengemas bilik hotel selalunya di beri
masa 30 minit atau kurang untuk mengemas satu bilik, kebanyakan peralatan di
hotel tidak sebersih yang anda sangka. Kami bukan mahu menakutkan anda.
Tetapi kami cuma mahu memberitahu. Berikut adalah 5 rahsia di bilik hotel yang
patut anda tahu.
Rahsia 1 : Jangan Guna Gelas Di Bilik
Gelas di bilik anda mungkin berkilat. Tapi ia sebenarnya
menjijikkan. Kebanyakan staff mengemas bilik tidak mencuci gelas itu, tetapi
hanya mengelapnya saja. Dalam satu pendedahan oleh Fox News pada tahun
2007, kamera tersembunyi yang dipasang di hotel mewah bandar itu
merakamkan yang gelas di bilik selalunya tidak dibasuh.
Kadang-kadang ia di sembur dengan pencuci tingkap dan dilap
dengan tuala kotor. Ada yang membersihkannya dengan menggunakan sarung tangan
yang sebelum itu digunakan untuk mencuci mangkuk tandas. Pilihan terbaik?
Bawa cawan plastik dari rumah. Jika tidak pun, cuci dulu gelas dan cawan dengan
air panas sebelum menggunakannya.
Rahsia 2 : Jangan Guna Cerek Air di Bilik
Ah! Cerek air di bilik hotel .. siapa yang tidak sukakannya?
Memang best bila boleh membancuh teh dan kopi di bilik yang sejuk. Tetapi
dalam satu pendedahan di dalam majalah Saloon, seorang pengemas bilik mengakui
yang ada satu perkara yang pelik mengenai cerek air. Cerek sebenarnya kerap
dijadikan tempat meletak kond*m terpakai.
Menurutnya, beliau mempunyai satu pen yang digunakan khusus
untuk mengambil kond*m tersebut. Begini rutin pembersihan beliau. Pertama buang
benda tersebut. Kemudian sembur pencuci, bilas dengan air panas dan ulang jika
lekit cecair masih ada.
Tambahnya lagi, beliau terlalu kerap menemui sisa tersebut
di dalam cerek sehingga apabila beliau menjerang air di rumah, beliau kerap
terbayang apa yang terjadi di bilik hotel.
Kesilapan 3 : Pintu Hotel Mudah Dibuka
Tidak kisahlah samada anda bercuti di hotel bajet atau hotel
mewah, bawa sendal pintu anda untuk keselamatan. Setiap kali anda berada
di bilik, letak sendal di pintu. Mengapa?Sebab tak kiralah betapa canggihnya
sistem keselamatan pintu anda, ia tidak se-selamat yang anda sangka. Sistem
kunci rantai dan sistem kad elektronik mudah dibuka — tidak kiralah samada oleh
orang luar ataupun staff hotel sendiri.
Jadi anda perlukan sendal anda. Walaupun murah, sendal pintu
adalah cara paling efektif menghalang orang yang tidak dikenali dari masuk ke
dalam bilik sewaktu anda, pasangan anda dan anak-anak sedang tidur.
Rahsia 4 : Jangan Guna Air Dari Paip Untuk Minum
Jika anda menginap lama di hotel, guna air mineral sebagai
air minuman. Jangan gunakan air paip dari bilik air, terutamanya jika anda
bercuti di kawasan yang mempunyai air tercemar dari sisa najis manusia dan
racun serangga seperti di Cameron Highland. Kisah anak-anak cirit birit selepas
pulang dari situ adalah perkara biasa.
Kalau itu belum membuatkan anda risau, pernah dengar kisah
dua pelancong Britain di Cecil Hotel, Los Angeles? Tidak tahan dengan rasa air
yang agak pelik mereka melaporkannya kepada pihak hotel. Setelah di
selidiki, staff hotel mendapati bahawa selama ini memang mereka menggunakan air
yang kotor untuk mandi, minum dan menggosok gigi. Kenapa?
Kerana ada mayat seorang wanita Cina telah mereput lebih 2
minggu di dalam tangki air yang digunakan di seluruh hotel.
Rahsia 5 : Jangan Bersandar di Tingkap Bilik
Ya. Bersandarlah di tingkap bilik, jika anda ingin mati
muda. Tingkap di bilik hotel selalunya tidak diperiksa dengan kerap, walaupun
di bilik-bilik hotel mewah di dalam bangunan tinggi seperti di Kuala Lumpur.
Setiap bulan, ada saja berita dari seluruh dunia mengenai kanak-kanak dan
juga orang dewasa yang jatuh disebabkan mereka bersandar di tingkap hotel.
Tidak kiralah samada hotel tersebut hotel murah atau hotel mewah, kedua-duanya
tidak selamat. Tak percaya? Lihat apa yang anda jumpa bila anda google
hotel window fall.

Assalamualaikum awak. wahh ngeri pulak baca ni. btw thanks sharing. pasni boleh hati2 bila tidur kat hotel :)
ReplyDeletemasalah gak kan kalau semua x boleh
ReplyDeleteLOL..geli baca..
ReplyDeletegood. tq
ReplyDeleteOwh Rara..
ReplyDeletehihi...jgnlah kat Malaysia gitu..hihi
erkkkk scary je bila baca part by part.. ok make sure lepas ni kalau aku pegi mana2 hotel, aku boleh ikut langkah berjaga2 dlm entry ko ni.
ReplyDeleteIngatan yang baik
ReplyDeletela yeker... bahaya gak ni.. mmg langsung tak tau..
ReplyDeletetq sharing kak!
Alahaiiii... seramnya baca. terutama yang nombor dua tu... hish hish
ReplyDeleteadeh... seram & geli pun ada
ReplyDeleteOh menakutkan!huhuhu..tapi bab gelas n cawan tu memang aida tak suka guna..paranoid hygienic overload..hahaha..
ReplyDeleteeeeeeuuuu..mengerikan jeee baca pasai cerek tuuu...motip letak kondom dlm cerek???...we ols memg x pakai cawan @ gelas utk minum...gelas tuh habuan letak berus & ubat gigi jaa...hehehee..
ReplyDeletevery gud info dear! :)
ReplyDeleteeeeeii...geli , seram pulak bila baca enrty nie..tq for info nie..huhu..kne hati2 lepas nie.
ReplyDelete