11 January 2014

KATE MIDDLETON MENGANDUNG LAGI?

Kate Middleton 32nd Birthday Pregnancy News: Plans to Be Pregnant With Second Child This Year

KL, 10 JAN 2014: Tidak sampai setengah tahun Kate Middleton menjadi tumpuan dunia selepas melahirkan Putera George, waris takhta untuk keluarga diraja Britain itu Julai lalu, dia kembali di sebut di tajuk-tajuk utama beberapa blog dan portal seluruh dunia.

Ini semua gara-gara dia dikatakan kembali berbadan dua ekoran beberapa gambar dan foto yang dirakamkan lensa jurugambar yang tidak pernah melepaskan waktu memotretkan foto bakal permaisuri untuk Putera William itu.

Gambar-gambar terkini Duchess of Cambridge yang juga menyambut hari lahirnya hari ini 9 Januari turut dikatakan beberapa kali menampakkan perbezaan pada bentuk tubuhnya. Dia yang sebelum ini telah kembali langsing selepas melahirkan Putera George Julai lalu dikatakan kembali berbadan dua ekoran foto memperlihatkan perutnya yang seolah-olah dia berada diawal tempoh mengandung.

Begitu juga dengan penampilan dan pemakaiannya sejak akhir-akhir ini memberikan tanggapan yang sama mengenai khabar angina tersebut. Menurut laporan media di UK, pihak istana tidak mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai khabar ini.

Ada juga cerita yang mengatakan bahawa pasangan Duke dan Duchess of Cambridge ini telah mengetahui hal ini dan telah memberitahu kepada beberapa teman rapat ketika perjumpaan mereka ketika minggu sambutan Krismas dan tahun baru, Disember lalu.

Jadi adakah Kate benar-benar mengandung atau faktor lain telah menguatkan khabar angin ini beserta sokongan gambar dan imej Kate Middleton yang dirakamkan jurugambar di beberapa penampilan rasminya bermula sejak minggu pertama Januari 2014.

Pastinya jika benar khabar angin ini, Putera George berada dalam ancaman populariti bakal dirampas oleh adik barunya yang bakal diberi nama Diana jika dilahirkan sebagai puteri. Yang lebih kasihan, Kate belum sempat berehat, harus kembali bekerja untuk komitmen 9 bulan lagi dan ia pasti pengalaman yang amat memenatkan.

Lovely Kate Middleton

2 comments:

Sheila Salim said...

Assalamualaikum rara. tak nampak pun perut dia? hehehe khabar angin kot..

Nurfaezah Abdullah said...

nice dress she got there ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...