Sungai Buloh: Dua beradik lelaki berusia 18 bulan dan lima
tahun dikelar hingga mati menggunakan pisau oleh pembantu rumahnya sebelum
wanita itu membunuh diri dalam kejadian di sebuah rumah dua tingkat di Taman
Sri Putra, di sini petang semalam.
Difahamkan, ketika kejadian, kedua-dua mangsa tinggal
bersama pembantu rumah warga Indonesia itu ketika ibu bapa, datuk dan nenek
mangsa keluar sejak jam 8 pagi untuk menguruskan perniagaan kedai kopi milik
mereka.
Jiran yang mahu dikenali sebagai S Sivakumar, 34, berkata,
biasanya seluruh keluarga berkenaan termasuk datuk dan nenek serta ibu bapa
kanak-kanak berkenaan akan keluar rumah jam 8 pagi dan pulang semula jam 6
petang.
"Kejadian itu hanya disedari nenek kanak-kanak itu yang pulang ke rumah kira-kira jam 6 petang tadi (semalam) dan ketika itu, keadaan rumah agak sunyi.
"Kejadian itu hanya disedari nenek kanak-kanak itu yang pulang ke rumah kira-kira jam 6 petang tadi (semalam) dan ketika itu, keadaan rumah agak sunyi.
"Selepas memanggil nama cucunya dari luar, nenek
kanak-kanak itu masuk ke dalam rumah sebelum terkejut selepas ternampak cucunya
yang berusia enam bulan berlumuran darah dan sudah tidak sedarkan diri manakala
pembantu rumah yang berlumuran darah pula berada berhampirannya," katanya
ketika ditemui di lokasi kejadian.
Beliau berkata, terkejut dengan penemuan itu, nenek kanak-kanak itu mencari seorang cucunya yang berusia dua tahun sebelum menemuinya dalam keadaan leher dikelar di tingkat dua rumah berkenaan.
Katanya, nenek kanak-kanak itu kemudian menghubungi polis dan ahli keluarga lain memaklumkan kejadian itu.
Berdasarkan sumber polis, kejadian berkenaan dilakukan pembantu rumah terbabit berikutan tiada kesan pecah masuk rumah malah tiga anjing jenis Rottweiler tidak menyalak sepanjang kejadian.

==================================================
takut aku dengar.korg yg ada pembantu rumah tu.
jgn lah buat naye ngan pembatu rumah.dorg boleh buat apa saja.
hmmmmmmmmmmmmmmmmm--

ya allah
ReplyDeleteseriau aihhh..
ReplyDeletemaid kene wat ujian mental lah. esp maid bangsa asing. ngeri, noks!
ReplyDeleteallah
ReplyDeleteseramnya ra!!
sekarang ni macam2 boleh jadi kan
ReplyDeleteseramm baca..moga Allah lindungi kita semua n family..
ReplyDelete