Sebelum ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib mengesahkan
bahawa seseorang telah mematikan alat pengesan radar pesawat MH370 dan
melakukan pusingan U. Ekoran itu, timbul kemungkinan berlaku rampasan dan
sebotaj ke atas pesawat tersebut sehingga mendorong kepada siasatan terhadap
Kapten Zaharie.
Bagaimanapun, Chris Goodfellow yang berpengalaman 20 tahun
sebagai juruterbang mempunyai teori sendiri. Menurutnya, isu kehilangan pesawat
MH370 terlalu dirumitkan sedangkan jawapannya mungkin mudah iaitu berlaku
kebakaran di kokpit.
Dalam catatan akaun Google+ miliknya, Goodfellow, sebaik
mendengar berita pesawat itu berpatah balik ke arah Selat Melaka dari Laut
China Selatan, dia terus memeriksa peta dan mendapati MH370 mungkin menuju
lapangan terbang terdakat di Pulau Langkawi selepas berlaku masalah seperti
kebakaran dalam kokpit.
"Kunci utama di sini adalah pusingan kiri dibuat
pesawat itu. Juruterbang (Kapten Zaharie Ahmad Shah) adalah kapten yang sangat
berpengalaman dengan lebih 18,000 jam penerbangan. Mungkin juruterbang lebih
muda yang ditemu ramah (agensi berita) CNN tidak sedar mengenai pusingan kiri.
"Kami juruterbang lama dilatih untuk sentiasa tahu di
mana lapangan terbang paling dekat ketika terbang untuk perlindungan selamat
jika kecemasan."
Menurut Goodfellow lagi, apabila melihat pusingan kiri
dibuat oleh pesawat MH370 dan menuju terus ke arah bertentangan, nalurinya
memberitahu juruterbang itu mungkin mahu menuju ke lapangan terbang terdekat.
"(Zaharie) sebenarnya mengambil laluan terus di atas
laut ke Pulau Langkawi yang tidak mempunyai banyak halangan. Dia tidak kembali
ke Kuala Lumpur kerana dia tahu (laluan itu) merentasi gunung (Banjaran
Titiwangsa) setinggi 8,000 kaki. Dia tahu laluan ke Langkawi lebih mudah dan
jaraknya lebih dekat."
Ads by H12 Media Goodfellow percaya Zaharie mengambil
tindakan betul pada ketika mereka mungkin menghadapi masalah serius yang
mendorong pusingan U untuk ke lapangan terbang terdekat di Langkawi.
Katanya, terputusnya komunikasi termasuk kesan radar munasabah
jika berlaku kebakaran di dalam kokpit.
"Melihat masa kejadian, mungkin berlaku kepanasan
melampau pada salah satu tayar hadapan dan ia pecah sebaik pesawat berlepas dan
terbakar perlahan-lahan.
"Ya, ini boleh berlaku dengan tayar yang kurang angin.
Ingat ini pesawat berat, (dan insiden berlaku) pada malam yang panas dan
landasan yang panjang."
Katanya, ada insiden di Nigeria pada 1991 melibatkan Douglas
DC-8 yang tayarnya terbakar semasa berlepas menyebabkan asap tebal melemaskan
kru dan penumpang.
Katanya, juruterbang memang ada akses kepada topeng oksigen
tetapi ia tidak boleh guna masa kebakaran. Sebaliknya, kebanyakan juruterbang
ada penutup muka dengan penapis asap tetapi ia hanya boleh bertahan beberapa
minit.
"Apa yang berlaku adalah (kedua-dua juruterbang) lemas
akibat asap dan pengsan, menyebabkan pesawat itu terus terbang menggunakan
aplikasi sistem autopilot sehingga sama ada kehabisan minyak atau kebakaran
memusnahkan papan kawalan dalam kokpit."
Jika itu benar, kata Goodfellow, Zaharie adalah wira yang
bertarung situasi mustahil untuk cuba membawa pesawat itu ke Langkawi.
"Tiada was-was lagi dalam fikiran saya, itulah sebab
mengapa pesawat itu berpusing dan mengambil laluan lurus."
Jika berlaku rampasan atau sabotaj, katanya, ia tidak akan
sengaja pusing ke sebelah kiri dan menuju ke arah Pulau Langkawi.
Goodfellow mengakhiri tulisannya dengan kata-kata:
"Juruterbang bijak. Cuma tidak mempunyai masa mencukupi."
Apa yang ditulis Goodfellow dan ramai lagi pakar di seluruh
dunia tetap kekal menjadi spekulasi selagi pesawat MH370 tidak ditemui.


wondering.actually the nearest airport would be kota bahru or kuala terengganu airport instead of langkawi
ReplyDeleteMACAM2 HAL DAN CERITA YANG KELUAR KAN
ReplyDeletemun pun ada terbaca ni aritu..ape2 pun Allah lagi mengetahui kan..
ReplyDeleteada macam2 version cerita sekarang ni...
ReplyDeletemacam2 cerita yang timbul sekarang sampai dah x tau nak keep track yang mana satu..siap akak dah bosan baca surat khabar...mengharapkan petunjuk seterusnya je dari yang maha esa..
ReplyDeleteTeori yg macam2 kita dengar...moga Allah mempermudahkan segalanya.
ReplyDeletexberani nk komen pasal mh370 ni.. sebab trlampau banyak spekulasinye kn... hehehe
ReplyDelete